Tuesday, February 14, 2012

Perangai budak lepasan SPM

Lama saya tak update blog. Memang lama betul. Mana kan tidak, setiap kali nak up date, sibuk la nak tidur. Maka nya, tidak terupdate lah blog ini.

Saya memang tak banyak cerita menarik. Sungguh. Setiap hari perkara yang sama sahaja berlaku. Pergi kerja, balik kerja. Kalau rajin sikit, pergi lepak makan malam dengan cik Wanie. Haish. But I do have a story to share.

As you all know, saya masih lagi kerja di Baskin Robbins. Reason, masih tak dapat kerja lain. Bosan kerja dekat sini lama-lama. Bosan menghadap perangai budak-budak baru. Serious.

This is where all the story began;

Kami tak cukup staf. Biasa lah. Ramai dah berhenti. Kami mesti cari staf baru. Sebagai orang paling lama kerja yang available, memang saya rajin tolong manager interview orang. So here is a boy. Dia semangat nak kerja. Sungguh. Kami pun ambil lah dia bekerja. Everything went so well sehinggalah dia dapat panggilan dari ibu dia. Saying that dia dapat PLKN. Dia punya perangai tak mahu bagitahu semua orang. Why? Just because tak nak semua orang bersedih. Last day dia kerja, baru dia ada keberanian nak bagitahu manager kami. Ika oke je. Sebab awak tu dapat PLKN. Takkan nak marah kan? So, dia berhenti.

One fine day, dia call saya. I really thought yang dia memang pergi PLKN. Tapi, hari selasa, macam mana boleh pegang phone? Dia cerita, dia dah balik rumah. Dia beli surat doktor untuk perlepasan PLKN menggunakan gaji dia. Lantak dia lah. Tak mahu nak layan. Tapi still, kami kekurangan pekerja. Kami tanya dia, nak kerja balik tak? Ya Allah. Sungguh kami tak marahkan dia berhenti hari itu. Tapi dia cakap, dia segan. What do you expect from a boy that had  just finished his high school? At first dia kata, tengok dulu. Fine, jadual dah buat. So, saya kena kerja dengan dia satu pagi, hari rabu.

Pagi rabu tu, memang hati kuat kata, budak nie takkan datang. So, saya buka kedai macam biasa. Tunggu, punya tunggu, sampai dah pukul 12, dia tak datang! Hari itu memang rasa nak menangis je. Tapi tak apa, saya kan  KUAT! Haruslah tabah. Sehinggalah manager mesej minta tolong naik stor untuk kira stok. Saya reply; "Tak boleh naik stor, budak tu tak datang." Dah kena marah pula. Sebab tak bagi tahu budak itu tak datang. Sabar je la. Cerita tak habis dekat situ. Budak tu dengan berani nya call lagi malam tu, tanya "OK tak?" Macam mana lah dia boleh tanya soalan itu? Of course lah tak oke! I'm doing the opening alone! And it is Wednesday! Haish!

Dia minta maaf. Fine it is. Dia cakap, suruh kawan dia kerja. Sebab kawan dia tak kerja. So, saya bbm lah kawan dia nie. At first budak tu kata, oke, dia masuk. So, saya buat lah jadual dia. Starting Chinese New Year. Then saya tanya, "boleh tak masuk kerja Raya Cina nie?" And guess what? Kawan dia ni tak reply!
Kami dah putus harapan. Jadi kami biar je. Selepas seminggu, dia dengan berani nya bbm, "Kak, bila saya boleh masuk kerja?" Ewah kau, ingat awak tu anak tokey ke? Sabar je lah.

Peringatan untuk semua orang terutama sekali budak baru habis sekolah. Jangan lah buat perangai. Dunia kerja tak sama dengan dunia belajar. Kerja dan belajar is two different thing. Stop la being too childish. Grow up la. Tak ada orang nak kan pekerja yang macam ini. Buat hal sesuka hati. Macam kita nak kan sangat dia bekerja. Haish. Tak lah saya kata semua budak lepasan SPM itu sama. Adik saya pun tak perangai macam itu. Rajin bekerja. Kalau boleh hari-hari nak full day. Tapi saya cuma nak mengingatkan.

Friday, January 06, 2012

The wedding ring

Bila dah masuk tahun 2012, rasa umur semakin meningkat naik. Eh. Baru 2 bulan lepas celebrate birthday yang ke 23. sekarang dah nak masuk 24 tahun. Hukhuk. Bila nak kahwin ni? Haih. Anyway, manager did said something about getting married. Katanya, harga emas dah naik sekarang. Oke lah. Emas 916 setakat 29 Disember RM187. Cuba fikir kalau lagi 2-3 tahun? Hue. Mahal tu. 

I don't know about you guys, but I rasa, you guys dah patut start membeli cincin dan gelang or whatsoever untuk wedding you guys. Tak kira lah kahwin nya lambat lagi ke, still, kalau tak beli sekarang, sampai bila pun takkan terbeli. Serius. Why? Sebab even harga barang tak naik pun, harga emas tetap akan naik. Gaji korang kalau naik pun, berapa percent je setahun. Itu pun kalau nasib baik lah naik. Kalau tak, semua perempuan pun cari penoreh getah sebab penoreh getah lebih kaya. Haha! *evil laugh*

Good Luck lah ye lelaki-lelaki di luar sana. :P

Saturday, December 17, 2011

Untitled

Saat ini saya berada dalam keadaan yang melemaskan. Yep. Lemas. Sebelum ini, kalau orang cakap nak pinjam duit, saya bagi pinjam terus tanpa banyak cakap. Sebab? Kesian. At the end, saya yang dalam kesempitan. Bila minta hutang balik, pergh! Macam-macam diputarnya.

Memang manusia itu jenisnya tak suka membayar hutang agaknya. Hari ini, Sabtu, 17 Disember 2011; dalam beg cuma ada RM20. Makan tengah hari pun dah RM10. Apa orang tu tak ada perasaan kesian langsung ke? Rasa macam nak marah je. Haih. Siap dengan selamba nya dia cakap, tak boleh ke buat macam biasa? Kenapa nak larikan diri? Well, hello! Dah buat tahi, bukan saya larikan diri. I just live my life as usual. Awak tu yang rasa bersalah sangat kan? If not, takkan lah sampai hari ini duk mesej di handphone arguing pasal I'm leaving you.

Semalam bergaduh dengan budak-budak Baskin. Ye lah. Tak puas hati sangat semua orang. Let see if I quit. Sibuk semua pujuk balik suruh kerja. Jangan berhenti. Nasib korang lah. Hati ini dah tawar pun. Pasal komisyen semua orang tak puas hati. Kalau nak, usaha la bagi dapat komisyen tu. Saya rasa, saya dah habis malas dah menjual. Kadang-kadang duduk tak buat apa-apa. Kadang-kadang keluar berjalan-jalan dalam Jusco. Itu pun semua orang tak puas hati saya buat sales banyak. Kamu orang lagi banyak masa dalam Baskin. Kenapa tak buat sales banyak. Haih.

Hari ini kenduri kahwin member. Dah lah kerja. How could I ever possibly nak pergi ni? Dah lah semua dah tanya. Haih. Remy, kalau aku tak dapat pergi, sorry banyak-banyak. Congrats for getting married. :)


Sunday, December 11, 2011

50-50

There is no 50% confirm in a relationship.
It's either you want him/her 100% or not.
If there is only 50-50 in a relationship, move on.
They don't deserve you. They don't deserve your love.