Wednesday, May 27, 2009

kenapa sampai macam ini dugaan yang saya hadapi?

remember lagi tak saya cakap saya demam masa 1st week practical. *rujuk entri ini* well, tidak lama selepas itu, saya dah sihat lah kan. tapi, malang tidak berbau. ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. kesihatan saya yang baru sahaja saya perolehi ini diganggu semula oleh demam. haizz. apa lah. baru sehat seminggu, da demam balik. and the best part is, saya selsema tu, sampai mata ini berair-air seperti menangis kematian orang yang tesayang.

ha! imagine lah sendiri bila you guys tengah syok sendiri main game di laptop tetapi tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kerana mata you guys kabur dek air mata yang mengalir tidak berhenti seperti you guys tersentuh kerana kalah di setiap level game itu dan adik you guys menyatakan "sudah lah tu, sedih tengok ko main game camtu" (terlalu excited menulis sehingga terlupa meletakkan tanda noktah. haha!)

huh~ begitu lah keadaan saya malam itu. pergh. jangan nak kata lah. saya sedang excited nak bermain game turtle odyssey. tetapi tidak berjaya menghabiskan satu level pun kerana mata saya asyik mengalirkan air mata. *hilang konsentrasi tu!* ha. ingat best ke selsema teruk. musim-musim panas macam ni pun boleh selsema. sepatutnya batuk lah. *eh. tak nak. tak nak. tak nak sakit oke. cukup! cukup!* well. here's the picture for now lah. *mesti snap. tak penah jatuh sakit sampai macam ni!*



boleh nampak tak kesedihan di wajah yang nak tidur pun tak dapat kerana air mata yang asyik jatuh mengalir.
dan juga hidung yang merah dek selsema yang teruk.

till then,papai!

blogger-emoticon.blogspot.com

2 comments: