Tuesday, June 30, 2009

award from mae

awr2

dapat award lagi. ;) mae bagi. slalu jengah blog dia. tapi tak pernah nak drop comment. sebab i tak reti nak drop comment. selalu baca je. hihi. sorry tau mae. ;) tapi suka tengok dia tulis macam notes-notes puisi tu kat tepi tu. menarik ouh!

anyway, thanx for the award tau mae. cantik sangat-sangat. ;) kalau you guys nak jugak, pergi minta dekat dia. hihi~

berjalan-jalan ke sawah bendang


kalau sudah ke alor star, mesti lawat tok nek (my moyang) dekat kampung. *apa entah nama kampung tok nek* see those pictures? itu lah permandangan ke rumah tok nek. cantik je. sekarang padi tengah hijau lawa lah. nanti sudah musim menuai, dah tak cantik. ;P

setelah lama melawati sawah dan bendang, akhirnya sampai lah ke destinasi yang ingin di tuju. rumah tok nek. tok nek duduk dengan tok ngah (kakak kepada tok i). depan rumah tok nek ada rumah tok long (kakak tok i juga). rumah dia dah season betul ni. rumah orang dulu-dulu memang suka buat tinggi-tinggi ye? i tengok banyak pula rumah-rumah yang style macam ni.

rumah ini besar, tapi duduk dua orang je. 1/4 dari rumah je digunakan. len itu biar je tertutup. seram ouh! i kalau pergi rumah tok nek, i cuma duduk dekat ruang tamu sahaja. hehe. ouh. ouh. belakang rumah tok long ada sawah! see?

cantik nye. luas betul bendang ni.

muka yang wajib ambil gambar.
bukti lah i yang snap picture ni.
bukan orang lain.
betul tak?

puas tangkap gambar, naik rumah tok nek. tiba-tiba nampak baba buka durian. nyum. nyum. nyum. sedap nya. hihi. i kalau durian ni makan sikit-sikit boleh lah. banyak sikit je i makan, dah tak sedap perut. urgh. teruk kan?

i just told you guys rumah ini besar kan? but my tok nek dah tak larat lagi, makanya, yang menguruskan rumah ini my tok ngah. my tok ngah cacat sikit. kaki dia kecil. kira macam dia membesar, but kaki dia tak membesar. makanya, dapur nya juga adalah kecil dan rendah. plus kecil je dapur nya itu. see?

habis makan durian, pergi rumah tok long. ada pokok rambutan tengah berbuah lebat betul. sedap pula rambutan itu. manis tahu. huhu. kami pun mengait lah bagi jatuh. lepas tu kumpul banyak - banyak. tapi ada satu masalah, ada banyak betul semut pada rambutan-rambutan yang kami kait. ceh. jadi satu kerja pula mengetuk rambutan itu bagi membuang semut-semut itu.

baba dan umi mengetuk rambutan membuang semut.

ini salah satu contoh rambutan yang dipenuhi semut.
letih ouh buang semut-semut ini.


Monday, June 29, 2009

darah yang mengalir dari tubuh i

dulu i pernah terkena sakit di dalam telinga. kalau nak ikutkan, i tak boleh dengar lagu kuat-kuat. or cakap phone lama-lama. nanti telinga i akan rasa sakit macam kena siat-siat. *kesian kan?*

masa i mula-mula kena itu, masa i semester 2. jumpa doktor, he said that my ear bengkak. luckily cuma kena sebelah kiri sahaja. lama-lama, lepas makan ubat, pakai ubat letak dalam telinga, telinga i dah oke.

lately, tiba-tiba sakit teling itu datang balik. i pergi jumpa doktor lagi. and this time, doktor cakap i punya telinga masuk kuman. *doktor ini lebih bertauliah sebab check betul-betul. tak macam doktor yang 1st i pergi itu*

that doctor said, because of those kuman, telinga i dah bernanah. *hukhuk. pity me~* dia kata jangan di kacau. biar dia elok sendiri. jangan korek. jangan garu. jangan tutup. macam tu lah lebih kurang. dia bagi ubat-ubat ini :

doktor bagi antibiotik.
tapi ubat nya besar gila.

yang ni ubat tahan sakit doktor bagi.
kedekut betul bagi 2 biji je.
ni betul-betul bila perlu sahaja nie.

ubat titik ke dalam telinga.

but the problem here is, bila i guna ubat titik itu, telinga i terasa panas terkena ubat itu. *mungkin dalam proses nak baik lah tu* at the same time, ubat itu juga menyebabkan rasa gatal-gatal. makanya dengan itu, you guys knows what happen right?

i amek cotton bud, juga kapas, juga pengorek telinga. i try garu pakai pengorek telinga itu. bila i keluarkan, ambil kau! darah! ha! kan doktor dah cakap. degil. nak juga diusik. kan dah terkena sendiri.

i tak boleh nak cakap apa dah. tak boleh mengadu dekat baba. nanati confirm kena marah. sebab i yang gatal-gatal pergi garu siapa yang suruh kan. aduyai~ sekarang rasakan sendiri kesakitan nya itu.

and bila i agak dah berhenti darah, i minta tolong adik letakkan ubat. *dengan niat, boleh lah cepat kan proses untuk baik* bila setitik masuk ke dalam lubang telinga, meronta-ronta i atas katil. sakit macam kena bakar api. hurm. macam kena cucuh dengan putung rokok. ha! macam itu lah rasa nya. aduh.

itu lah dia. kuman. kenapa kuman diciptakan? untuk kita selalu beringat. kalau bukan sebab itu, kenapa kita kena basuh tangan selepas keluar dari toilet? *jangan kata you guys tak basuh pula* so dart, jangan salahkan kuman itu kenapa dia diciptakan oke! you should be thankful Allah itu masih sayangkan anda. besides, sakit itu menghapuskan dosa kecil. jangan marah-marah~ ;)

please note : everything happens for a reason ;)

Sunday, June 28, 2009

where can i find the best cendol pulut in malaysia?

hello malaysia! ;) macam mana hari ini? sihat semua? urgh. hari ini mood i cukup baik. kenapa ye? ha. i sudah dapat menjejakkan kaki ke bumi arau kembali. yes! suka nya. excited nya itu, sehingga mulut i ini tidak boleh berhenti. asyik bercakap je. tak berhenti-henti. sampai nana marah. aduyai~

ouh ya! kenapa i pergi ke arau?nak menghantar nana ke uitm lah. dia dapat uitm arau. uh. tu lah. dulu kau asyik kutuk aku dapat ceruk hutan. kau tengok lah. betapa best nya duduk dekat uitm arau nun.urgh. mesti pelik kenapa i kata i uitm arau dulu sedangkan i ada di shah alam. and tidak pernah mengambil diploma. well, i dipindahkan ke shah alam. kerana pernah accident semasa di arau with resulting i failed 1 paper ccna. tsk~ itu punya cerita, nanti lah. ini nak excited cerita pasal perjalanan ke arau ni. ha.

ouh! ouh! i ada snap some pictures. but! menggunakan dopod. makanya, sila lah memahami kekaburan camera phone ini. =)

perjalanan dari alor star.
gila lah. jam teruk tu.
dekat tol. biasa lah. haha!

muka yang bakal ditinggalkan di hujung dunia. haha.
kesian kau nana.

blogger-emoticon.blogspot.com

siblings.

salah satu kolej yang menarik perhatian.
kolej ini warna nya pink ye kawan-kawan.
and guess what?
ini adalah kolej lelaki.
nama nya, kempas.
ada sejarah kenapa kolej ini berwarna pink juga menjadi kolej lelaki.

ini kolej teja.
i pernah duduk dekat kolej ini masa sem 2.
no bilik : T005

kolej ini i pernah duduk semasa sem 1.
nama kolej ini dahlia. sekarang nana pula yang duduk di kolej ini.
no bilik i : DA 4012
no bilik nana : DA 4026
see? kena tingkat 4.
tapi tingkat 4 pun dah macam tingkat 5.
sebab ground floor is tingkat 0.
makanya, jangan terkejut nanti nana akan jadi kurus macam i.
*blah lah dart. perasan!*

cafe kolej dahlia.
the best food serves di antara kolej-kolej perempuan punya dining.

academic heights.
sebelum i pindah, i sempat lah merasmikan blok akademik yang baru ini.
*nampak tak yang atas bukit itu?*

* * * * * * * * * *

lepas hantar nana, terus ke kangar. makan. makan. lapar lah. dah tengah hari. sambil itu, beli barang-barang nana sekali. ha. restoran yang wajib kami pergi kalau datang ke perlis is, jeng jeng jeng *sudah lah dart* FATIN CORNER. kenapa? sebab laksa dia lah paling sedap dekat perlis yang i pernah rasa. ha. kuah nya masyaAllah. pekat oke.sedap gila. wajib minum, CENDOL PULUT SPECIAL. pergh. cayaq ayaq liuq *cair air liur*. ha! menu dekat restoran itu sikit je. nasi ayam, bihun sup, laksa, cendol pulut, and air minumam. beza nya, ada special dengan tak je. kalau special mangkuk besar, ayam lebih. macam itu lah. get me?

blogger-emoticon.blogspot.com

baba siap cakap lagi, lepas ini kalau terasa nak makan laksa, boleh lah cakap. "nak pergi perlis. nak lawat nana." but lawat nana itu cuma memenuhi syarat sudah cakap macam itu. main reason datang ke perlis, makan di fatin corner. haha. so siapa-siapa yang datang ke perlis. lawat lah kedai ini ye. lokasi nya, berhampiran dengan putra palace hotel. kalau jalan dari arau, selepas roundabout, nampak putra palace dulu sebelah kanan, then nampak fatin corner. kalau dari kangar, nampak masjid dulu sebelah kiri, depan sikit, fatin corner. huhu. *promote. promote* oke. cakap banya tak guna lah. look at these pictures.

cendol pulut special yang melimpah ruah cendol nya.
plus, ada laici lagi you.
*nama pun special*

*oke. gambar tidak berapa cantik. sorry~*
ini adalah laksa special.
mangkuk besar tu.
baba, siap tambah dua kali.
*maybe sebab terlalu rindukan laksa ini sebab sudah 1 sem i dekat shah alam*

blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, June 26, 2009

site visit at plaza alam sentral

hari ini nak menambah-nambahkan lagi kejelousan you guys semua. sebab entri kali ini nak upload gambar pergi main bowling masa tengah lunch sewaktu practical. haha. orang kata, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. alang-alang dapat lunch lama, pergi lah ke bowling untuk bermain. haha.

itu lah. siapa suruh nak pergi practical jauh-jauh. tak nak practical dekat uitm. sebab tak dapat elaun katanya. ha. lagi banyak benefit lagi ada lah. kerja relax. *relax lah sangat. isnin nak kena submit projek kau lah dart!*

oke lah. admit lah. tak ada lah relax sangat kan. but still. sampai boleh keluar tengok transformers time lunch. juga bermain bowling time lunch. *of course lah hari yang berlainan oke* can't you see? sangat seronok hidup i ni oke. ha. sila lah jelouse sekarang. i sangat suka membuat orang jelouse. *astaghfirullahalazim. mengucap dart. jangan bangga diri. (this is the good side of me talking oke)* but betul lah. siapa suruh pentingkan duit! stress tahu? (and now the bad side of me talking).

oke stop lah dart. penat lah taip. tak sabar nak tunjuk picture yang di snap ni. hehe. sila menatap gambar-gambar ini dengan perasaan jelouse ye. enjoy. ;)

sila perhatikan gaya-gaya kami berempat bermain.
*gaya-gaya budget juara*

hisyam.

capa.

dart.

fizi.

oke. now look. ini lah gaya yang sangat sampah sebab mengharapkan bola itu tidak masuk ke dalam longkang. oke shadap. jangan gelak. i know it looks so funny and stupid. haha. you guys kena paham. this is my first time playing this game. haizz. jangan gelak tahu!


*dart. tolong lah cover sikit.*


ouh kasut-kasut yang comel.
macam kasut mc Donald.


kesian hisyam.
sampai patah kuku main bowling.
*hisyam pun baru first time main.*
blogger-emoticon.blogspot.com

no caption.
no comment. ;P
blogger-emoticon.blogspot.com

pilih bola. pilih. jangan tak pilih.

saya pilih pink!
8kg je. tak larat nak angkat berat-berat. haizz.

blogger-emoticon.blogspot.com

filem lucah di mana hero mati



maaf kerana tajuk entri yang agak panas. hihi. entri kali ini i nak cerita pasal poster ini. hue. dekat sini siapa sudah tengok cerita transformers? cepat. cepat. angkat tangan! uh?

dengar cerita, dalam masa dua minggu ini semua cinema full! booking pun full. walk-in pun boleh dikatakan full. but lucky for me, i sudah pergi tengok movie ini. oke. sila jelouse sekarang. haha! *tapi kalau dia kata full semua tu menipu je. sebab kelmarin masa pergi tengok ade je kosong. berlambak-lambak.*

eh cerita ini seriously best gila tak tipu lah. sebab itu lah i tulis tajuk entri macam itu. lucah betul cerita hero pun boleh mati. ha. tapi i tak nak lah bagitahu siapa hero yang mati itu. *ouh. ada banyak ke hero dalam cerita itu?*

cerita ini jadi lucah juga bila hero pun boleh menangis sebab nak kena berpisah. haha! *oke. stop laughing dart.* sudah. sudah. pergi lah tengok cerita itu sendiri.i tak nak cerita. yang pasti best. ouh. tiba-tiba i terasa nak that camaro. boleh tak?

eh tak nak. tak nak. kena beli myVi dulu. haha! *boleh pula macam tu* satu je saya confius dalam cerita ini. macam mana dia bezakan decepticons dengan autobots? tapi kalau sudah tengok movie dari awal sampai habis, i sudah boleh differentiate lah which one is which. hue.

apa lagi. cepat. cepat. pergi ke panggung wayang yang terdekat dan menonton filem yang menarik sepanjang summer ini. *iklan sekejap* by the way, kalau you guys nak pergi tengok, silalah belanja i juga. sebab i nak tengok lagi. *please. please. please. urgh~*

please note: i'm looking formward for harry potter and the half blood prince's movie. tak sabar nak tengok cerita ini dengan wanie. =P

Thursday, June 25, 2009

ini yang terbaik untukku

i had made up my mind. entri before this i had once said, siapa yang boleh sediakan fairladyZ untuk i, boleh lah kahwin dengan i. tiba-tiba terfikir. mungkin fairladyZ itu macam sesuatu yang agak mahal lah. maka nya, i would like to change what i want from the choosen 1.

even though sudah made up my mind, still i want a car. *haha. gila kejam kau dart*. maka nya dengan itu saya mengumumkan. saya inginkan myVi seperti yang masuk dalam pertandingan perodua co challenge wakil uitm. see? tak ke murah sikit dari kereta sebelum ini?

i don't know what the value is. but i tahu lebih murah lah kan. fairladyZ dengan myVi. get the difference there? ha. nak tahu apa yang special dekat myVi yang masuk eco challenge itu? sila rujuk kepada gambar di bawah. haha.







i want this car. except for the uitm logo di tepi yang besar gedabak itu. juga nama perodua yang terpampang di depan nya itu. yang pasti kereta yang airbrush seperti ini. siapa-siapa yang boleh belikan. i'll be delightful to accept it. hihi.
blogger-emoticon.blogspot.com



gambar bersama dengan kereta wajib ambil oke. dapat sentuh pun tak apa lah.

blogger-emoticon.blogspot.com