Sunday, June 28, 2009

where can i find the best cendol pulut in malaysia?

hello malaysia! ;) macam mana hari ini? sihat semua? urgh. hari ini mood i cukup baik. kenapa ye? ha. i sudah dapat menjejakkan kaki ke bumi arau kembali. yes! suka nya. excited nya itu, sehingga mulut i ini tidak boleh berhenti. asyik bercakap je. tak berhenti-henti. sampai nana marah. aduyai~

ouh ya! kenapa i pergi ke arau?nak menghantar nana ke uitm lah. dia dapat uitm arau. uh. tu lah. dulu kau asyik kutuk aku dapat ceruk hutan. kau tengok lah. betapa best nya duduk dekat uitm arau nun.urgh. mesti pelik kenapa i kata i uitm arau dulu sedangkan i ada di shah alam. and tidak pernah mengambil diploma. well, i dipindahkan ke shah alam. kerana pernah accident semasa di arau with resulting i failed 1 paper ccna. tsk~ itu punya cerita, nanti lah. ini nak excited cerita pasal perjalanan ke arau ni. ha.

ouh! ouh! i ada snap some pictures. but! menggunakan dopod. makanya, sila lah memahami kekaburan camera phone ini. =)

perjalanan dari alor star.
gila lah. jam teruk tu.
dekat tol. biasa lah. haha!

muka yang bakal ditinggalkan di hujung dunia. haha.
kesian kau nana.

blogger-emoticon.blogspot.com

siblings.

salah satu kolej yang menarik perhatian.
kolej ini warna nya pink ye kawan-kawan.
and guess what?
ini adalah kolej lelaki.
nama nya, kempas.
ada sejarah kenapa kolej ini berwarna pink juga menjadi kolej lelaki.

ini kolej teja.
i pernah duduk dekat kolej ini masa sem 2.
no bilik : T005

kolej ini i pernah duduk semasa sem 1.
nama kolej ini dahlia. sekarang nana pula yang duduk di kolej ini.
no bilik i : DA 4012
no bilik nana : DA 4026
see? kena tingkat 4.
tapi tingkat 4 pun dah macam tingkat 5.
sebab ground floor is tingkat 0.
makanya, jangan terkejut nanti nana akan jadi kurus macam i.
*blah lah dart. perasan!*

cafe kolej dahlia.
the best food serves di antara kolej-kolej perempuan punya dining.

academic heights.
sebelum i pindah, i sempat lah merasmikan blok akademik yang baru ini.
*nampak tak yang atas bukit itu?*

* * * * * * * * * *

lepas hantar nana, terus ke kangar. makan. makan. lapar lah. dah tengah hari. sambil itu, beli barang-barang nana sekali. ha. restoran yang wajib kami pergi kalau datang ke perlis is, jeng jeng jeng *sudah lah dart* FATIN CORNER. kenapa? sebab laksa dia lah paling sedap dekat perlis yang i pernah rasa. ha. kuah nya masyaAllah. pekat oke.sedap gila. wajib minum, CENDOL PULUT SPECIAL. pergh. cayaq ayaq liuq *cair air liur*. ha! menu dekat restoran itu sikit je. nasi ayam, bihun sup, laksa, cendol pulut, and air minumam. beza nya, ada special dengan tak je. kalau special mangkuk besar, ayam lebih. macam itu lah. get me?

blogger-emoticon.blogspot.com

baba siap cakap lagi, lepas ini kalau terasa nak makan laksa, boleh lah cakap. "nak pergi perlis. nak lawat nana." but lawat nana itu cuma memenuhi syarat sudah cakap macam itu. main reason datang ke perlis, makan di fatin corner. haha. so siapa-siapa yang datang ke perlis. lawat lah kedai ini ye. lokasi nya, berhampiran dengan putra palace hotel. kalau jalan dari arau, selepas roundabout, nampak putra palace dulu sebelah kanan, then nampak fatin corner. kalau dari kangar, nampak masjid dulu sebelah kiri, depan sikit, fatin corner. huhu. *promote. promote* oke. cakap banya tak guna lah. look at these pictures.

cendol pulut special yang melimpah ruah cendol nya.
plus, ada laici lagi you.
*nama pun special*

*oke. gambar tidak berapa cantik. sorry~*
ini adalah laksa special.
mangkuk besar tu.
baba, siap tambah dua kali.
*maybe sebab terlalu rindukan laksa ini sebab sudah 1 sem i dekat shah alam*

blogger-emoticon.blogspot.com

8 comments:

  1. hoihhhhhhh sedapnye nesa lapar tgk cendol tuh kt shah alam ade ke tk eh cendol yg sdp -,-"

    ReplyDelete
  2. nesa: ade kowt. cendol yg nek lori tu. hihi. cbe je try. =P

    benrauf: fuh~ kecur air liur tgk cendol tu kn?

    joe: kelantan ktne sdp? my gf org kelantan pown kate kt perlis sedap. =P

    ReplyDelete
  3. uh,,xajak da kumin ikot skali..=(

    ReplyDelete
  4. kumin: alorh kumin. xckp nk itot. kalo x da bwk skali. sbb dayah ikowt je. tsk. len kali nk lwt nana akak kabo ke kumin dulu ah~ okey yang? jgn cedeyh2. adiah brisbane ade kt uma. t akak anta ke kumin.

    ReplyDelete
  5. ahahah.
    akak nk anta?
    ssh2 jep eh..
    silakan mlawat kumin,,
    bwk durian skali eh..
    adek jugak..

    ReplyDelete
  6. kumin : hak2 bole plak cmtu. sat g kne halau sbb bau durian kuat sgt. haha~

    ReplyDelete