Thursday, July 30, 2009

Raya dah nak dekat!

In all of a sudden, I terasa macam nak dekat raya sangat dah. Kenapa? Kerana hari ini, umi masak rendang daging dan roti jala. Ouh man! rendang daging tu bukan daging lembu. Daging rusa lagi. Pergh. Tak nak meleleh-leleh air liur I masa tengah kacau-kacau daging itu tadi. Huhu. Roti jala, Nana yang buat separuh. And I buat separuh. Oke. Tipu. I buat 1/3 je. Tapi semua roti jala itu, I yang gulung. *Bajet hebat lah tu gulung roti jala.*

Puasa ganti pun belum habis diganti dah terasa macam nak raya. Mana tak nya, boleh pula umi pergi masak rendang itu satu kuali yang besar. *Tiada gambar sebab not in the good mood to snap pictures.* Umi punya kerja senang je, dia pergi campak segala ingredients dekat dalam kuali, lepas itu dia keluar pergi usrah. Meninggalkan I dan Nana yang sedang terkontang-kanting di dapur. Ceh. Kami lar berhempas pulas memastikan that rendang siap. fuh~ Hebat. Hebat. *Poyo sikit.*

Bercakap pasal roti jala, tadi umi cakap dekat baba; "Baba, kalau buat kuah durian sedap juga." Whatthe? Ouh man. Kuah durian. My favourite. Urgh. I kalau dah jumpa roti jala and kuah durian, I sanggup tak makan nasi. Bukan senang nak jumpa roti jala dengan kuah durian. Roti jala memang senang nak jumpa. Tapi kalau roti jala dan kuah durian, mesti susah nak jumpa. Tak tipu ni.

blogger-emoticon.blogspot.com

I still remembered. Last year punya puasa. Dah lah bukan musim durian. boleh pula I mengidam nak makan roti jala and kuah durian. *Please note; I belum pregnant lagi. Ini nama nya mengada.* I siap call my boyfriend cakap dekat dia I teringin sangat nak makan roti jala and kuah durian. *Oppss. Kantoi Dart pernah ada boyfriend.* Nak dijadikan cerita, selepas 3-4 hari I cakap I nak makan roti jala and kuah durian itu, I pergi ke bazar yang dekat Stadium Kangar. *I UiTM Perlis dulu. That's why I pergi Kangar. Get me?*

Tengah asyik pusing-pusing bazar itu, tiba-tiba hujan. Sibuk fikir macam mana nak pergi dekat motor, tiba-tiba I ternampak satu gerai dia tulis macam ini; "Roti Jala". Terus I tarik tangan boyfriend I pergi dekat gerai itu. I cakap; "nak roti jala rm2". Sekali adik itu tanya. "Kuah kari ke, kuah durian?" Sumpah I cakap mata I terus bersinar-sinar masa itu. cepat-cepat je I jawab. "Kuah durian. Nak kuah tu dua bungkus tau." Haha. Demand babe. Dapat je kuah durian, terus cabut balik. Dah tak fikir apa lagi dah. Hujan ke, tak ke, yang penting dapat kuah durian. Haha! *Sila sepak I sekarang oke.*

blogger-emoticon.blogspot.com

Pernah juga I pergi makan dekat kenduri khatam Quran anak kawan umi, I usually akan pusing dulu tempat dia letak food tu. Biasalah tu, nak tengok dia serve apa kan. Sekali ada roti jala lah pula, and sebelah bekas roti jala itu, jeng jeng jeng. Kuah durian! Belum habis pusing lagi, I dah pergi ambil pinggan, and ambil roti jala itu then terus duduk di meja. Umi gelak je tengok I buat macam itu. Well, nak buat macam mana, dah addicted sangat. End up, I duduk dekat situ, tak makan nasi. Duk bedal roti jala je. Haha!

blogger-emoticon.blogspot.com

Nanti bila-bila kenduri I ke, I nak serve my guest one of the menu, roti jala and kuah durian. Itu menu wajib! *Eceh. Dart poyo. Boyfriend belum ada dah nak cakap pasal kenduri. Boleh lah blah.* Oke. Oke. Tak nak cakap lagi dah. Cakap banyak pun nanti you guys tak nak baca. Pergi rasa sendiri. Then bagitahu I apa rasa nya. Huhu.

blogger-emoticon.blogspot.com

5 comments:

  1. pose xpnh cukp sudah mau igt raye ye =P

    ReplyDelete
  2. joe: alorh. da umi masak rendang. tu yg terasa mcm da nk dekat je raye.

    criestz: tape. cuti bersebab. =P

    ReplyDelete
  3. erkkk...atie Org mane ek?
    alep x pnah pOn makan rOti jala
    ngan kuah durian,x pnah jmpe pOn taw!!
    kalO lempuk durian ngan rOti keping2 adela,
    ngee...
    btw,menarek!!!wah!!
    leleh tOl dgr sal rendang,haish!

    ReplyDelete
  4. alep: org tggnu. tp ayah org kedah. ase nye ade je kowt . org mkn kuah durian kt seblh utagha tu. huhu.

    ReplyDelete