Monday, August 31, 2009

Untitled

Hari merdeka yang membosankan di rumah. Saya bermain dengan webcam. Hikhik. Completely kebosanan punya pasal lah kan. Tak ada kerja lagi. Nak wat macam mana. *Tak ada kerja apa nya? Sok test lar yang!* So, here is the pictures. Spastics I know. *Ilike the third pics. ;P *





Selamat Hari Merdeka


Wanie’s in KL. She’s staying at nanat’s place. Semalam, suppose I met her up. Tapi, it was cancelled last minute. Because;

  1. saya lupa jalan nak ke rumah nanat. Untuk pick her up.
  2. wanie tidak berani mahu naik LRT. Alone~
  3. wanie tak nak menyusahkan orang lain (nanat) hantar die ke LRT.

So kelmarin, saya kecil hati betul selepas wanie kata tak jadi mahu jumpa saya. In all of a sudden, air mata pun mengalir. *weih. Ko kenapa dart?* Cepat emosi lately. Mungkin kerana bendera merah akan dinaikkan dalam masa yang terdekat. Haizz.

But someone invited me for a movie. Probably mahu memujuk. *Wanie did thank him for this. Since I kecil hati dengan dia kelmarin itu.* Then today, saya ke movie; bertiga *plus kawan nana sekali*. Huhu. We all tengok cerita orphan. Best! Kalau ada ranking 5 bintang, saya bagi 4. Sebab; kalau mahu improvement, saya rasa, banyakkan lagi darah-darah. Hoho. Pasti menarik.

Synopsis cerita? Malas nak story sangat. Nanti you guys nak tengok lak tak syok. Enough with the 33 years old woman that looks like 9 years old kid *because of the hormon terbantut itu*. She is so psycho that she can killed whoever she wants just to be with the husband of the fosters family that adopt her. Gatal nya budak kecil! ;P But she's so damn cute. Seriously.

Ouh. Ouh. Enough with the orphan. Mahu ucapkan selamat hari kemerdekaan yang ke 52 buat negara Malaysia. ;)

Thursday, August 27, 2009

The Imperfectionist Cofession



Kamu lelaki terbaik.
Kamu lelaki terhebat.
Kamu yang tercinta.
Kamu yang tersayang.
Kamulah segala-galanya untukku.
Kerana kamu saya adalah saya sekarang. ;)



Hello baba. It’s 27th of Aug today. And it’s your birthday. This is the meaning that you’re 4 years old now. Oke. That’s sounds stupid. Saja je pergi buang another 4 kan. Let combined it together. You’re 44 now. ;)

Alhamdulillah. Masih panjang umur baba. Thank to Allah for everything. Because of Him, I still can hear your voice shout at my door in the morning just to wake me up; ‘akak! Subuh.’ I still can hear your voice bubbling to me about my academic; ‘awak ni, jaga pointer tu. Kerja sekarang mana nak bawah 3flat.’ And I was like; ‘alorh. Cgpa still 3 flat ape.’

Ouh baba. Baba is the only man that I known yang suka melayan perangai kami. Even umi selalu marah baba suka spent duit untuk kami dengan banyak sekali. But baba still akan spent a lot of money for us. I spoilt. Spoilt sebab suka beli itu, ini like duit itu, I boleh dapat free. Spoilt juga sebab selalu eksiden kereta, motor. sigh~~ I’m sorry baba. But being a good father as you are, you never get angry at us.

I love you baba. Sigh~~ I don’t know how to tell you how much I love you when I always make stupid mistakes and made you mad at me. Ouh. You never show your anger. You’re a very patient man. Yes. I’m not a good child that you ever had. But I’m trying to be one. You always said to me that; ‘men cannot be trusted.’ Every time you figure out who’s my boyfriend really is.

People said that it was obvious, I sangat manja dengan kamu. Kenapa? I pun tak sure. Maybe sebab I number 2 dalam siblings. And so you are. Also they said, I macam baba. Which part of it? Well, of course bahagian dagu kan. Haha! We had the same scars. Ngee~ but in different situation kita dapat parut itu. But still berjahit kan? Huhu.

They said that, mungkin saya akan ikut jejak baba which is kahwin awal. Urgh. Saya tidak mahu. Saya masih muda. Saya masih mahu enjoy. Saya masih mahu berada di rumah. Nanti tak boleh duduk rumah lagi. Kena ikut suami. Tak mahu. -.-"

Baba. Please let me know, when I’m almost there with my choice to have a future husband that as good, as patient, as loving, as caring, as smart, as perfect as you are. I trust you. I always do. Even though I selalu buat silap dalam memilih boyfriend. But I learnt from them. Thank you for telling me that he’s not the one for me. And always kept remind me of; ‘baba mahu serahkan awak kepada suami awak dalam keadaan yang sebaik-baik nya, tolong jaga diri awak sendiri.’

Thank you baba. I always love you. Because of you, I am what I am today. Thank you so much.

yes. itu saya. dengan baba. ^^.

Rojak

Assalamualaikum wbt ;)

*Ramadhan semua nak baik je. Haha!*

Tajuk entry rojak? Kenapa rojak? Hee. Hari ini punya cerita yang rojak.

Firstly; tidak ke kelas pagi tadi. Kerana tidak selesa dengan pernafasan yang turun naik seperti orang yang baru lepas membuat lari marathon 8km or something. Juga dengan hidung yang selsema dan tekak yang perit. Tidak dilupakan batuk berpanjangan. Telah berada di dalam kondisi yang tidak selesa ini selama hampir 4 hari mungkin. *Atau lebih. I’m not so sure. Sorry.*

Second; saya ke klinik. Mengisi borang Influenza-Like-Illness. Kerana batuk-batuk juga selesama. Tiba giliran. Check suhu badan, 37.0. Saya bebas dari H1N1. Alhamdulillah.

borang yang perlu di isi.

pulang dari klinik memakai mask.

Third; saya baru sedar lesen memandu saya telah mati semenjak 13 ogos 2009. Ini bermakna, sudah 13 hari saya memandu dengan lesen yang telah mati. Thanks to bobby kerana telah menyelongkar purse saya. dan telah terjumpa lesen saya yang telah mati itu.

Tuesday, August 25, 2009

Facts about Boys

Salam. Entri yang lepas, I wrote about 10 facts you need to know about a girl. Right? Entri kali ini, i will wrote about facts about guys pula. *Can’t you see? I love to use excuses for writing an entry and not doing my final year project?* sigh~~ -.-“

Oke. Here we go girls!

  1. Most of girls tak suka lelaki memandang mereka dari segi fizikal. Yes. Boys macam itu juga. They hate it when girls look at their materials. Plus, boys juga sedar that most of girls akan turut memandang lelaki dari segi $$ juga. *Its normal oke.*
  2. Cemburu tentang perkara yang remeh boleh tambahkan sikap romantic individu. But! If a girl is too much about this, he would think that you do not trust him. *Oke girls. Limit your jealousy.*
  3. Girls jangan marah if dia tak tahu apa kamu mahukan. Please! Itu cuma buang masa. Yes they don’t know what you want. If you want something, terus terang sahaja. *Lepas ini tak payah suruh boys berteka-teki lagi.*
  4. If boys jeling dekat girls yang seksi, that doesn’t mean that they wants to be in love with perempuan seksi itu. Mereka cuma mengagumi ciptaan Tuhan. *Erk? Better prove this fact is true oke guys!*
  5. Lelaki sangat kagum if you can cook for him. Even though ia cumalah sekeping sandwich. *Cepat semua pergi belajar memasak. ;) *
  6. They doesn’t care what you wear is ‘in’ or not. Mereka cuma mahu buah hatinya itu selesa dengan menjadi diri sendiri. *Huhu. Ini mesti sebab girls suka cakap, “oke tak pakai ini?” Haha!*
  7. Boys sangat pentingkan friendship. So, if anything yang sepatutnya you both sahaja yang tahu, keep it as a secret between you guys. -.-“
  8. Believe in his friends. They’re the best source to believe in. Because mereka yang lebih memahami dia kerana mereka bercakap dalam bahasa yang sama. *Ouh. If camni, kenal dengan semua kawan dia dulu baru couple. Haha!*

Ouh. Ada 8 fakta sahaja? Cis. Perempuan lagi banyak rupanya. Ngee.

Source: Remaja Ogos 2009.

Monday, August 24, 2009

facts of the day

Hari ke-3 puasa. a little bit letih. Sebab hari ini terik sahaja. Entri kali ini, saya mahu statekan facts about what happen to me today~ *Ini kira ringkasan untuk what happen to me lah konon nya.* ;)

Fact 1:

Bangun tidur jam 430 pagi, kerana tertidur ketika sedang membalas mesej jam 130 pagi.

Fact 2:

Bersahur ala-ala western. Which baba buatkan omellete hangus. *huk?* Eat all up with sausage and baked beans. ;)

Fact 3:

Lambat ke test *which I just remembered last night, that I had a test on Monday morning. ;P* Drive waja *BGL682* pada kelajuan 150km/j untuk segera sampai ke UiTM dihatiku. *Not fast enough. I think.*

Fact 4:

Cuba menggoogle jawapan sehingga kehabisan kredit. Haha! Sorry encik Yusof. *Mati aku kalau dia tahu.*

Fact 5:

Berselisih dengan ferari turbo berwarna hitam di depan dataran cendekiawan. *Yeke ini nama nya?* Berselisih dengan kereta pujaan *take note; it’s fairladyZ, guys!* on my way back home dari komuter batu 3. Juga berselisih dengan ferari F430 spider. Saat itu jantung ini terasa seperti ingin memberontak. Adakah ini petanda bahawa saya juga akan memiliki satu dari my top 3 car’s list? *Shut up lah. Berangan lebih.*

Fact 6:

Hari yang sangat panas membuatkan awan-awan di langit kelihatan begitu comel seperti cotton candy. ;)

Lokasi: Bukit Jelutong

Fact 7:

Terima text dari wanie yang dia begitu mahukan saya ke Perlis like immediately. And dapat tahu dari nana yang baba juga akan ke Perlis on this Wednesday. Pergh. Mana boleh! Mahu pergi juga. But saya ada presentation on Wednesday and class on Friday. ;(

Fact 8:

Bila maghrib, my cotton candy dah berubah warna. Hitam! *Apa lah Dart nie, nama pun maghrib.* And suddenly saya realize, Bukit Jelutong punya scenery di waktu maghrib yang cantik. ;)

Cotton Candy dah hitam.

Scenery di Bukit Jelutong yang cantik itu di waktu Maghrib.

*no editted oke. This is originally from my 2.0mpx handphone.*

Fact 9:

Current thoughts for now; serabut memikirkan test dan juga kerja-kerja yang perlu di submit esok. Anybody help?





Sunday, August 23, 2009

Happy 25th Anniversary

23 august 1984.

Kerana hari ini bersatu dua jiwa.

Kerana hari ini saya punya dua orang yang saya cinta.

Kerana hari ini saya lahir ke dunia.

Kerana hari ini, segala-galanya bermula.

Happy 25th anniversary to both umi and baba. Thanks a lot for being there for us. Thanks for teaching us how to know the world.


We always love you both.

Abang. Angah. Nana. Boy. Adik.

10 facts about girls

Hello semua. Macam mana puasa pertama? Oke ke Ko? Alhamdulillah, I manage to finish my 1st day puasa tanpa bendera merah datang menyerang. Haha!

Well. Semalam saya ada baca tentang 10 facts pasal perempuan di dalam buku remaja. Jujur saya katakan, saya setuju 90% dari fakta itu. Boleh tak? Hihi. Since a friend of mine which also known as Hisyam, macam no clue about girls, I decided to write it out here! So, guys out there; here is the 10 facts that I’d read. ;)

  1. Most girls susah nak cari things they hate about someone they love. That’s why ramai girls yang patah hati bila their relationships stop dekat tengah jalan.
  2. If a girl falls for a boy, the boy will stuck in her mind even though she’s out with someone else.
  3. Being too serious will annoys girls *seriously tak cool oke.*
  4. If a girl gives you thousands of excuses every time you asked her on a date, left her. Cause she’s not into you. *Tolong paham bahasa sikit.*
  5. Kalau kamu sukakan a girl. Try to start with a friendship. Then, biarkan dia kenali kamu dengan lebih mendalam. Because di situlah datangnya kepercayaan. ;)
  6. Girls love to express their feeling. Music, poem, painting, and writing is the easiest way to express it.
  7. Girl sukakan pujian. But most of them, tak tahu bagaimana nak menghargai pujian. *Hate to admit that -.-“ *
  8. Don’t ever tell a girl that they are useless.
  9. When the guy she loves and fall for stares at her, she’s melting like a chocolate! ;P
  10. Senyuman memberi seribu erti to them. Please! Jangan senyum sembarangan.
10 facts yang saya paling setuju ialah number 1 and number 4. Opsie. *Shut up lah dart*

Saturday, August 22, 2009

Played me a song

A friend of mine selalu tanya pada saya, why a girl suka sangat dengan lelaki yang tahu main gitar. Saya punya lah fikir and fikir. Ye lah, takut salah bagi jawapan. Nanti macam mana dengan guy yang tak tahu main gitar kan? Well, kalau a guy itu tahu main gitar, that’s a bonus lar. At least he got talent. Kalau semua gadis-gadis suka lelaki yang tahu bermain gitar, semua lelaki pasti mahu belajar main gitar lah lepas ini. Betul tak? Fakta. Semua boleh main gitar. Tapi, berapa ramai yang tahu hayati music yang dimainkan? Hue. Saya suka lelaki yang tahu main gitar. Kenapa? sebab saya ada prinsip ini;

I wish I have a musician partner life. So that when I’m in a middle of stresshits, he’ll play me songs.

Tiada kaitan dengan jiwa halus oke Encik Hafizi. ;)

Friday, August 21, 2009

Pakai lah Mask Untuk Selamat

Salam.
*Mentang-mentang dah nak masuk ramadhan, I started to write salam. :P never mind.*

Semua tahu H1N1 right? Semua sibuk pergi ke kedai cari mask. And pakai mask ke kelas dan berlagak seperti betul-betul mahu menyelamatkan diri dari H1N1 which the fact is mereka cuma mahu bergaya sahaja. Budak-budak di fakulti juga sibuk pergi ke pejabat fakulti sebab nak ambil mask free. Yelah, kalau beli dekat kedai, elok-elok harga murah, tiba-tiba sekarang jual rm5 pula. Siapa yang nak beli kan? Cuba kalau bukan musim H1N1, orang bagi free pun tak ada siapa yang nak.

Well, saya tidak pakai mask. Lemas babe! Orang kata, nak sihat ke, nak sakit. Tapi kalau saya pakai mask, saya rasa saya akan lebih sakit sesak nafas berbanding tidak memakai mask. Boleh tak macam itu? But semalam, saya terjumpa mask yang untuk construction dalam boy punya beg sekolah. Mask ini ada muncung macam belalang. Haha! Cute weih. Try test pakai tengok. :P


cute weih!
haha~ ;P

Try posing pula. Ngee~


Siot jep Dart. Sowie. Saya rate 18 gambar ini. ;P

This is my favourite oke.
Look~


blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, August 20, 2009

Puasa Datang Lagi

Hye semua.

Hari ini dah 20 Ogos. Hai ini last saya ganti puasa. *Teruk je ganti puasa lambat-lambat.* Esok dah hari syak, x boleh nak puasa. Sabtu semua umat Islam dah mula berpuasa. Saya suka bulan puasa. Siapa yang tak suka bulan puasa cepat bagitahu saya. Bulan puasa ini best. Boleh tengok budak-budak kecil yang berusaha nak habiskan puasa sebulan itu. And boleh buli adik dengan mengatakan, “tak boleh makan, kena puasa. bagi kurus sedikit.” Ouh I like that.

Selama saya hidup sepanjang 20 tahun ini, saya rasa sekali je saya pernah puasa penuh. Masa form 2. Masa sekolah rendah biasa lah. Kata puasa, tapi bila tengah hari sibuk nak masuk toilet mandi katanya. Tapi, pergi teguk air paip. *Hoho. Gila!*Bila dah naik form 1, konon nya lah mahu puasa penuh, tapi tak dapat juga. Biasalah itu, lumrah wanita. Diberi cuti bulanan. Heee. Form 2 berjaya juga lah puasa penuh. Sebab masa itu, cuti yang saya dapat lewat dari biasa. Fuh~ tak payah susah-susah fikir nak ganti puasa babe.

Years after years. Last year punya puasa kena ganti 11 hari. Menangis juga lah nak mengganti tu. This year, setelah membuat calculation; saya mendapati mungkin saya akan bercuti pada awal puasa juga akhir puasa. *Gila babe! Tak nak!* Jenuh lah nak mengganti nanti. Hukhuk. Sila doakan saya tidak terkena pada awal puasa juga akhir puasa.

Sekarang ini selera makan semakin bertambah-tambah. Emosi juga kurang stabil. Kerajinan mengemas semakin meningkat. Kemalasan ke kelas semakin menjadi-jadi. Kerisauan semakin menebal. Weih! Jangan lah macam ni. Tak suka lah. Aduyai~ Please. Please. Please. Jgn kacau my 1st day puasa bersama family en. ;(

By the way, banyak-banyak I bebel, I mahu ucap selamat berpuasa kepada semua umat islam di luar sana.

Please note: nana akan terbang ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran dia pada bulan puasa ini. ;)

Cinta Itu Subjektif

Hello semua.

Hari ini saya belajar sesuatu. Cinta itu subjektif. Kenapa?

Katakan pada saya, apa yang you guys faham tentang cinta? Tengah hari tadi, kawan saya cerita. Pasal girlfriend kawan dia. Girlfriend kawan dia mesej yang lebih kurang macam ini maksudnya; "Kamu seperti tidak sayangkan saya. Kamu seperti tidak menghargai saya. Kerana kamu tidak buat seperti apa yang saya lakukan untuk kamu"

Macam mana kita nak tahu orang itu betul-betul cintakan kita? As for me, ungkapan pada bibir; that's nothing. Kata-kata boleh menipu. *Bukan maksud saya setiap kata-kata itu menipu. Certain sahaja. Don't get me wrong.* Oke.

Contoh; seorang boy yang sudah berpunya, *the meaning sudah ada girlfriend* nak kenal dengan seorang girl. Then lama-lama rapat dengan that girl. One day, the girl asked; "Tak apa ke kita rapat macam ini? Girlfriend you tak marah ke?" That boy would simply answered; “I mana ada girlfriend.” Get what I meant here? Then keluar lah statement; “Ada couple kate single.” *saya selalu jumpa statement ini dekat gambar budak-budak myspace.*

Another example of ‘words tell lies’. *Suka saya phrase ini ;P. *There’s a girl, dia pakai tudung kuning, baju merah, seluar hijau, kasut biru. Sumpah hodoh gila pakaian dia. Semua orang pandang kalau dia berjalan. Dia mahu keluar dating dengan boyfriend dia. She asked him; “Oke tak I pakai macam ini?” the boy would reply; “Kamu cantik, jangan risau.” Motif? Nak sedapkan hati girlfriend dia. Padahal dia tahu, girlfriend dia tak cantik pun dengan pakaian macam itu.

*Why Dart suka bagi contoh lelaki ini? Adakah Dart mahu tunjukkan yang lelaki ini paling tidak boleh percaya kata-katanya? Oh tidak. Cuma saya tidak dapat berfikir contoh yang melibatkan kata-kata perempuan itu menipu. Nanti kalau terfikir saya tambah.*

Berbalik kepada contoh tadi. Mostly, girl yang suka tanya; “saya cantik tak?” or “oke tak kalau pakai macam ini?” or “tak apa ke kita berkawan?” Kenapa? Sebab, wanita itu dijadikan dengan hati yang cerewet. *Hate to admit it.* Kenapa girl cerewet? Sebab dia peka. Peka terhadap sekeliling. Lebih-lebih lagi perasaan lelaki yang dia sayang. Dia mahu jadi yang terbaik untuk lelaki yang dijadikan untuk nya.

Katakan pada saya, siapa yang paling sensitif tentang keadaan kamu ketika kamu masih kecil semasa kamu di rumah? Ayah, atau ibu? Siapa yang akan bangun pada waktu malam untuk memberikan kamu ubat jika kamu mengigau kerana demam panas. *Ada pengalaman cik Dart ni.*

Jangan salahkan girl jika mereka sibuk mahu tanyakan “ke mana kamu pergi tadi?” or, “keluar dengan siapa tadi?” bukan niat dia mahu menyibuk. *Kalau jenis queen control itu, lain cerita oke.* Cuma dia risau. Sebab itu girl ini complicated. *Argh! Hate to admit that. (-.-“) * Juga jangan salahkan girl, bila mereka beri sesuatu dan tanyakan pada kamu “kamu suka tak?” Jangan salahkan dia kenapa dia mahu tahu kelemahan kamu. Kenapa? Sebab dia mahu tahu kesukaaan kamu.

Lelaki itu ego. Kerana ego, mereka bagitahu, “saya sukakan hadiah kamu, tapi saya mahu rahsiakan apa yang saya sukakan tentang hadiah itu.” Rahsia. Jika kamu sayangkan dia, kenapa kamu mahu merahsiakannya? Kenapa kamu memilih dia jika kamu mahu merahsiakan semuanya darinya? Jika begitu, lebih baik dia jadi orang asing pada kamu. Betul tak?

Kenapa lelaki tidak sensitive? Kata umi, “mereka nampak, tapi tidak perhati.” Kenapa weih umi cakap macam itu? Contoh terdekat; Baba. Selepas 25th years married. Baba still tak noticed handbag kesukaan umi jenis yang macam mana. Di sini, saya mahukan pendapat anda. *cepat je pergi conclusion, sebab panjang sangat entri kali ini.* Buktikan pada saya, bagaimana kamu tahu si Dia cintakan kamu? As for me, kalau ada orang katakan; "Dart, I love you." I would simply say; "Prove it!"

PLEASE NOTE: suddenly, saya rasakan saya meleret terlalu panjang sehingga seperti point dia macam tak ada kaitan langsung. ;P

PLEASE NOTE LAGI: Baba pernah keluarkan statement; “Jangan percaya kata-kata lelaki.” Mungkin sebab itu contoh saya banyak lelaki. Sorry.

Tuesday, August 18, 2009

Confession of a Teenage Drama Queen

Hello Readers!

Hari ini saya dengan murah hati nya ingin membuat pengakuan. Penat sudah menyimpan rahsia ini. Jadi, hari ini saya telah mengambil keputusan drastik. Mahu membuat pengakuan. Pengakuan bahawa saya sudah berpunya.

blogger-emoticon.blogspot.com

Yes. Hati ini telah ditawan. Tetapi saya konfius dengan perasaan saya. Dua lelaki dalam satu masa. Yes. Itu kerja gila. Saya perempuan. Orang kata, jangan tamak. Perempuan cuma boleh terima seorang. Tapi saya sayang. sayang kedua-duanya. Tak nak berpisah dengan kedua-dua nya. Kedua-dua nya memerlukan saya. *Ye ke?*

And now, I presenting; both stars of my heart.
Mohd Aiman Daniel dan Mohd Adam Asyraf



Both chenta hati ku yang suka datang rumah and hugs me.
And kissed me on my cheeks, forehead, and lips.
Two persons that I won't give up my heart to.


Monday, August 17, 2009

Dart dan Boxer

Hello world!

Entri kali ini, cerita pasal boxer. Kalau kita bercakap pasal boxer, biasanya kita akan teringat budak lelaki. Am I right? Most of them, mesti pakai boxer. Especially dekat hostel-hostel. Katanya selesa. Nowadays, girls pun ramai je yang suka pakai boxer dekat hostel-hostel instead of using hot pants. Reason? Selesa. Saya, one of them. Pakai boxer senang, xde rasa macam tight seperti pakai hot pants.

Tetapi, berapa ramai girls yang pakai boxer sebelum pakai jeans? Sila mengaku sekarang. Kalau lelaki tak perlu mengaku. Itu normal oke. Well, saya suka pakai boxer before pakai jeans. Hihi. Reason? Saya rasa selesa lah. Apa lagi. Saya pun tak tahu kenapa. Bila pakai boxer, rasa lebih selamat. Kalau orang tanya, I would say macam ini; cuba imagine. Saya girl. Girl itu lebih vulnerable dari guys. Vulnerable meaning kalau nak jadi apa-apa, perempuan yang top victim lah kan. *Apa saya dah mula merepek ini?*

Straight to the point. Kalau mangsa rogol, kebanyakan nya perempuan. Am I right? Bila saya pakai boxer, saya rasa confident lebih sebab imagine jika perogol itu mahu rogol; buka seluar ada lagi seluar then ada lagi seluar lagi. Haha! *Lucah! Maaf ye kawan-kawan.* Cukup. Cukup. Tak nak cerita banyak-banyak. Nanti habis semua readers block blog saya ini. Adeh.

Sebenarnya nak cerita, semalam temankan nana ke Jusco Bukit Raja. Dia nak beli baju putih untuk di bawa ke BTN pada minggu ini. T-shirt and baju kurung. Saya nak cerita semalam juga saya membeli 3 helai boxer baru. Mukaddimah bukan main panjang. Biasa lah itu, nak sedapkan entri. Haha. *Maafkan saya ye readers.*

So, here we are.
3 boxers that I bought last night.

Well, kulit muka saya agak sensitif. *Bukan agak actually, memang terlalu sensitif.* Kering sangat. Dari sekolah, saya memerlukan cream untuk melembapkan muka saya. Teringat masa sekolah dulu, muka saya seperti dibakar dan kulitnya menggelupas. Sehingga saya menangis setiap kali tiba waktu tengah hari untuk balik sekolah. Then baba bawa saya ke specialist. And the cream that the doctor gave to me worth rm170. Hoho.

Selepas dari kejadian itu, baba beli Oilatum. Dan cream itu baba beli di Pharmacy di London. So, everytyme bila cream hampir habis, baba need to go to London to buy me a cream from the pharmacy over there. *Maaf. Tiada gambar. Tiub cream itu sudah buang sebab dah habis. * Semalam, cream itu sudah habis. I need a cream, fast. Since baba tidak ke London lately sebab baba worked for DCA sekrang, so, saya pergi beli Eucerin. Pernah pakai sekali produk ini before this semasa baba tidak ada flight ke London.

Ingredients nya lebih kurang dengan Oilatum. Semalam saya ke Watson di Jusco. I got this package. The last bottle the Watson had. *Lucky me.* Saya main ambil sahaja. Baba bagi rm100 untuk saya beli cream ini. Semasa hendak membayar, baru terfikir, "How much does it worth?" Sekali dia scan; RM 62.80. Terkejut saya. Oke. Next time, biar lah baba yang belikan. Sebab saya mula rasa macam saya ini melecehkan. Beli cream sampai rm63. Apa kes? Hoho.

Mahu kahwin sama lelaki kaya. Sebab nak suruh suami bayarkan semua ubat-ubatan saya. Boleh tak? ;P

Hold Me Tight And Never Let Go


To the world greatest person;

You gotta take the good
with the bad;
smile with the sad;
love what you got
and remember what you had;
learn to forgive
but never forget;
learn from your mistakes
but never regret;
people change, things go wrong;
just remember, life goes on.

Happy Birthday Untuk Kamu!
*sorry, entry kali ini agak gedik. maka nama nya dirahsiakan. :P *

Sunday, August 16, 2009

Outing, Bowling. Movie

Hello dunia!

Ada cerita. Kerja gila punya cerita. Haha. Last thursday saya pergi berseronok dengan coursemate. Well, tak ada lah maksud berseronok itu macam pergi ke club ke, party ke. Tidak. Tidak. Hoho. Kami tengok movie. 12 orang. Tiket baik punya. Row atas sekali. Alarh. Tengok dekat Jusco Bukit Raja je pun.

Dalam ramai-ramai 12 orang itu, 2 orang je guys. Cis. Guys yang lain tak sporting arr. Ajak having fun pun tak nak join. Tak syiok! Oke. Oke. Tak nak cakap arr pasal mereka. Tak best. *Kecil ati sebenarnya tak ramai yang join.* Ada a few pictures. Sila menjamu mata-mata anda semua. ada 10 orang girl. Siapa-siapa yang berminat untuk berkenalan boleh dail number ini; 1-800-44-tak-dapat ;)

gadis-gadis rempitan course saya. ;)

nampak tak syafa macam jadi ceti kira duit?

maafkan saya di atas muka yang spastik pada dua gambar di atas. :P

kalau dah nama nya perempuan, gambar dekat toilet WAJIB ada.

ouh I like this picture.
macam cinta tiga segi berlatar belakangkan gay yang sedang bercinta.
haha!

habis movie, bowling lah~
apa lagi?
yeah, that's me.
bersweater itu.
sedang mengambil turn untuk baling bola.
haha!

Friday, August 14, 2009

Mereka kata

Mereka kata;

Wanie: Awak kenapa kurus sangat? Selalu seluar putih itu nampak fit. Kenapa macam longgar sangat?
Dia: You kurus!

Weih. Nak percaya siapa weih? Wanie; teman rapat merangkap girlfriend semenjak dari part 1 yang sudah 4 bulan tidak berjumpa? Atau Dia; seorang yang setiap hari berjumpa?

Hari ini saya pelik. Kenapa saya kata saya pelik? Sebab saya tidak suka makan sayur. Tapi, tengah hari tadi, saya makan sayur. *Whatthe?* Saya ambil salad, kerabu mangga, sambal belacan, sup ayam tapi sayur yang banyak. Pelik betul selera hari ini. Macam mana nak gemuk weih? Makan sayur je. Daging nya mana? Ceh!



Makan tengah hari yang di belanja oleh bob.
Thanx bobby! ;)

Wednesday, August 12, 2009

Nana Siot Jep!

1- Nama timangan anda?
- usually, they called me dart
- but, orang-orang tua called me aty, dan irsyad juga. *weih! sape irsyad nie weih? haha! :P*
- ada juga panggil darty *weih! what's the different pun dengan yang dua di atas? ;P*

2- Anda seorang yg.....?
- banyak cakap di blog. Tapi pendiam pada perkenalan pertama. *whatthe?*

3 - Insan yang teristimewa?
- mami, papi, siblings
- nor alwani binti omar
- lelaki idaman mungkin?

4 - Lagu kesukaan?
Perlu ke saya listkan semua? Most played dekat winamp di laptop adalah;
- Blitz - mimpi yang mati
- All American Rejects - Another Heart Calls
- Keri Hilson - Knock You Down
- Wani Ardy - Letter To Saviour

5 - Makanan kesukaan?
- Laksa
- Double Cheese Burger terbaek!
- Pak Tam Burger Daging Cheese Kosong ;)

6 - Sikap yang membuat anda stress?
- Mereka yang tiba-tiba tidak mahu bertegur dengan saya.

7 - Warna kegemaran?
- Purple
- Black

8 - barang yg mesti ada dlm beg
Beg? Beg apa? Handbag ke Bag ke kelas?
- Pencil box
- Lip ice
- Eyeliner
- Handphone
- Wallet

9 - Kali terakhir anda menangis?
- Semalam.

10 - Tag untuk 6 rakan anda?
- Tak Nak. Bole tak? *Malas tag. nanti you guys tak buat. :P*

Tuesday, August 11, 2009

Saya Rasa Saya Rindu

Saya rindu. Rindu pada kawan-kawan. Rindu pada kenangan. Rindu pada masa lalu. Saya mahu. Mahu putar balik masa. Mahu berada dengan mereka. Mahu bersama mereka. Mahu peluk mereka. Tapi saya tahu. Itu mustahil. Ini kenyataan. Ini keadaan. Ini sekarang. Sedar lah Dart. Keadaan itu tidak boleh berpusing semula.

Saya tak suka. Bila kawan yang rapat dengan saya, buat macam tak kenal saya. Saya sedih. Saya mahu dia kembali seperti dulu. Mahu dia borak dengan saya semesra dulu. Mahu lepak dengan dia. Bercerita dengan nya. Saya rindu kan waktu itu. Saya sedih. Saya diam. Saya terkesima. Bila saya tegur dia, dan dia tidak senyum pada saya.

Jika boleh, saya tak mahu tengok keadaan itu. Tapi saya tahu, walau macam mana pun, saya tetap kena hadapi keadaan itu. Saya mahu dia jadi diri nya yang dulu. Yang masih boleh tersenyum saat saya terjumpa dia. Bukan dia yang cepat berjalan pulang tanpa sempat saya bercakap dengan nya. Bukan dia yang seperti kata kawan kami, 'cuba melarikan diri.'

Sekarang saya mahu kan Wanie. Mahu bercerita pada Wanie. Mahu cakap, "awak, mungkin dia dah tak nak kawan dengan saya lagi." Kalau dia membaca, saya mahu cakap. "Kamu kawan terbaik saya."

Saya rindukan kawan saya.

Sunday, August 09, 2009

I have a favor to ask

Hello world! Entry kali ini, saya mahu type dengan menulis "saya" instead of writing with "I". Boleh kan? Hue. Ouh. saya mahu tanya anda semua. Siapa yang ada tips rambut panjang dengan lebih cepat? Lama sangat dah rambut ini pendek. *Even though baru satu sem, tapi da almost setahun dah ni.* Saya mahu ia panjang dengan lebih cepat. Dah penat menunggu ni. Rindukan rambut panjang dahulu. Hukhuk.

blogger-emoticon.blogspot.com


Why saya pergi potong rambut sependek ini. And now saya sudah mula rasa kerinduan yang amat sangat pada rambut panjang saya.


Niat dihati mahu simpan rambut panjang. But, remember hari itu saya nak potong fringe tapi bila sampai di kedai nyah itu mereka telah cut hujung-hujung rambut saya untuk di trim *kononnya* and hasilnya adalah ini. *Whatthe? Bila mahu panjang weih?*


Weih. Rindu pada rambut ini. This is masa matrics dulu. Dalam kereta, on my way back to Klang. *Effect cahaya itu bukan saya yang buat, itu adalah effect matahari pada waktu petang oke.* Sekian terima kasih. ;P



Tamat matrics, saya cut rambut, tapi tak sependek rambut yang first tu. It tooks me 3 sem untuk dia panjang semula macam ini. And lepas itu saya pergi gatal potong and rebonding kan menjadi seperti gambar yang first itu sebab rambut sudah mula rosak akibat curly kan rambut without further treatment. *Ouh padan muka kau Dart!*
blogger-emoticon.blogspot.com

Darn! Mahu cepat panjang rambut. Please. Please. Bagi saya tips rambut cepat panjang dan sihat. Hoho! Sedih weih! Saya kurang gemar bila rambut pendek. Saya rasa saya buas. Saya nakal. Saya malas. Saya lebih kepada perangai lelaki.

Bila rambut saya semakin panjang, saya sudah mula kembali memakai kebaya ke kelas. Juga kerap memakai skirt labuh. Juga memakai shawl. Semua pakaian yang saya pernah tinggalkan pabila saya berambut pendek.

*Bajet kau gangster ah rambut pendek pakai shortss, pants apa segala? Perasan betul~ ;P *

Urgh! HELP?

The Pieces I Can Hold

Salam.

Hari ini punya entri tiada birthday wishes. Hihi. Sila tunggu 16th and 17th baru ada birthday wishes lagi. ;P So, hari ini my entry would be something like luahan perasaan oke.

I nak tanya you guys lah kan. Siapa yang suka being popular. Tak kisah lah, popular masa di sekolah ke, popular dekat kampung ke, *macam jaguh kampung lah* or popular dekat universiti ke?

As being me, I tak suka being popular. Seriously. Sangat tak cool. I bukan nak bangga and cakap; "Ouh. Aku popular." No! I tak mengaku I popular. Tapi, being someone yang cerita hidupnya diperkatakan orang, tak popular kah dia? I penat. I letih. I tak mahu jadi bualan orang. Kalau benda betul. Yes. I admit it. Tapi kalau benda yang tidak betul. Bagaimana pula?

Hari ini. Dart. Girl yang suppose to be a strong girl. Akhirnya menangis lagi. Kenapa? Kerana letih. Letih mendengar. Kata-kata orang. Yes. Lidah itu boleh membunuh. Tapi Dart cuba melawan. Dart tak boleh menyerah. Dart kuat.

Hari ini, I dapat YM. From my ex-schoolmate. Dia kata, lama dah tak borak. Since habis sekolah. Macam-macam cerita dia dengar pasal I. Bad story. Yes. When he said to me, bad. He means it. He said; "Dart kamu merokok? Dart kamu pernah tidur di rumah lelaki?" Apa mahu jawab? Mahu deny? Bagaimana? Oke.

Here's the fact. Yes. I pernah merokok. Dunhill light. Lama sudah. Berhenti sudah. Masa itu I baru hendak kenal dunia. Baru belajar menjadi remaja. Itu normal. Kalau anda katakan pada I itu abnormal. Katakan padaku, di kotak itu, tertulis kah frasa "Rokok Untuk Lelaki" ? Tidak! Ia cuma bertulis, Rokok Membahayakan Kesihatan. Yes, I silap. Tapi I tak menyesal. Kenapa? I belajar sesuatu. Never regret of anything.

Fact kedua. Yes, I pernah tidur dirumah lelaki. Correction there. Rumah ibu bapa lelaki itu. Bukan lelaki is the meaning of rumah sewa. Rumah sewa? No! Kau gila apa mahu tidur rumah sewa orang lelaki? Rumah ibu bapa is the meaning tidur bersama dengan family dia. Dengan mama, babah, angah, along, see? Ramai. Bukan berdua. Kalau nak tidur berdua, I would kill myself dulu sebelum berani pulang ke rumah berjumpa Umi dan Baba. Mereka tahu? Yes. Jika tidak, kenapa I boleh pergi?

Fact ketiga, I tidak suka menjadi popular. I tidak suka hidup bualan orang. I tidak suka, orang berkata belakang. I tidak suka orang kata macam-macam. Tapi itu dunia. Itu manusia. I? Terima seadanya. Mereka penat. Mereka diam. Pada saat mereka sedar, dengan berkata belakang; mereka tidak dapat pulangannya, mereka akan tinggalkan semua cerita itu. Zip it all.

Kamu dengar pengakuan ini. Suka hati kamu mahu fikirkan apa. As for me, I'll be what I am. And that's something that you'll never BE!

PLEASE NOTE: LECTURER SAYA MULA KENAL SAYA. LEPAS INI TIDAK BOLEH PONTENG KELAS LAGI. OUH I TAK SUKA POPULAR~

Friday, August 07, 2009

Sometimes Love Comes Around

NOTE THAT: THIS IS AN AUTO PUBLISHED POST

Salam readers. *Rajin je tulis salam sekarang ini. ;P * Please take note that; this month my posts will be full of birthday wishes. Either to my family members or my love one *:P* or my friends. heeee.

5 August, tarikh yang sama dengan bithday Umi is birthday Capa. Still remember that she's the one yang menjadi penghulu wanita pertama dalam course kami yang mula bermain dengan game travian a.k.a kampung. Adalah sedikit celebration for her birthday.

So, this post, is to my one and only best buddy ever. Muhammad Afiq bin Zaharin. Which also known as Zack.

7th of August is his birthday. So, I wanna wish you a very happy birthday. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan segala apa lagi yang others suka wish bile tiba tarikh ulang tahun kelahiran itu. Hihi.

My dearest zack, I wanna thank you so much for being my best buddy ever. Thank you because you always being there for me when I need someone to talk to. For someone that being able to cuddle me and comfort me when I'm down. Someone that always telling me whats right when it's wrong.

Also being someone that always show me the way when I'm lost in searching of getting to know the world. Tons of Thank you for taking a good care of me even though you suka bawa seringgit time lepak makan malam and I terpaksa belanja you aite. Oke. Oke. Tak terpaksa. I ikhlas belanja. ;P

Thank you for waiting for me at the Hospital Kangar when I accident malam itu dengan Cik Wan dekat Arau. Sorry sangat sebab malam itu I dah buat you risau gila. And sorry juga buat you tak tidur malam itu sebab niat nak jaga I the next morning sampai I dibenarkan keluar hospital. Thank you sebab bawa makanan yang banyak sebab I terpaksa puasa dari malam I eksiden itu till the next morning tapi in the end I cuma makan roti canai and nasi hospital. *And you pula yang habiskan makanan yang you bawa itu.*

Thank you sebab suka bawa I berjalan-jalan dengan your friends. Pergi Langkawi, Bukit Air, Padang besar, etc. Thank you sebab sanggup accompany me pergi overnite dengan Nanie and Sharil dekat Penang. ;P

Thank you juga sebab sanggup tunggu I dekat depan rumah masa I menangis sebab broke up dengan Sharil. And thank you sebab sanggup lap kan air mata I and hug me when I menangis dengan begitu teruk. Thank you sebab ingatkan I if the guy yang I fall for isn't right one for me. *Gotta admit it. You're really good at this.*

I tahu banyak salah I pada you. Tapi you pun pernah buat salah oke. Sampai I menangis risaukan you hilang dari kolej. Ceh. Sumpah tak cool masa tu oke. Please jangan buat macam itu lagi. Please note that I sayang gila dekat you. *Sweet tak? ;P*

Kalau nak senaraikan thank you itu banyak sangat dah. So, I stop sini dulu lah. Nanti banyak pula rahsia I terslip out di sini. Oke. Oke. Thats all from me. Last but not least, thank you so much because you always be by my side selama 3 tahun you jadi my bestie.


Happy 21st birthday Encik Muhammad Afiq bin Zaharin.

PLEASE NOTE : ANDA SEMAKIN KURUS. SILA BAGI GEMUK SEDIKIT SUPAYA I BOLE KEEP ON CALLING U PENGUIN GEMUK. INSTEAD OF PENGUIN KURUS. LANGSUNG TAK SEDAP OKE. :P

Thursday, August 06, 2009

The Melody That Rhymes

NOTE: THIS IS AN AUTO-PUBLISH POST

Wanita paling cantik pernah Dart lihat, wanita paling berdedikasi pernah Dart jumpa, wanita yang paling bertanggungjawab kepada Dart dari setiap segi, setiap isi hati sanubari, setiap aspek psikologi. Wanita paling Dart hormat keputusannya, wanita yang berjaya buat Dart berjalan bangga menjadi sebahagian dari hidupnya. Wanita yang Dart sentiasa panjatkan kesyukuran di atas keberadaan nya di sisi Dart dari mula ke akhirnya, pada setiap ketika Dart memerlukannya.

Ummi. You're the only woman that I love for throughout my whole life.

Oke. Sangat jiwang. Sila sepak saya sekarang. Adeh. Well, 5 Ogos 2009 was birthday Ummi! Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Masih panjang umur Ummi. Since I kecil. I tak pernah nak wish birthday Ummi depan-depan. I macam takut. I don't know why. Ummi garang. Yes. Tapi I suka. Buat I rasa takut nak buat something yang pelik-pelik. Haha!

Yes, sometimes I terasa macam terpinggir bila I saw nana macam dapat lebih perhatian dari Umi berbanding I. But I know Umi juga sayangkan I. Especially, everytime my birthday, I would get as many as tons of presents from you. Hihi. *Kau jeles sekarang, Nana. =P *

I really wanna be like you, Ummi. Such a very talented and educated and wise and outstanding and smart and great woman. You're such an idol for me. I really love you lots.

This is my mother.
The one i adore so much.
*I really look alike her.*
Mungkin I juga akan menjadi seperti Umi suatu hari nanti.
Who knows.

Tahun 89'
That's Baba, Umi, Abang and Me.
*Yeah. Itu I. Dipangkuan Umi.*
*Sumpah nampak macam lelaki. Ceh.*
This is Umi, tahun lepas.
Masih cantik seperti dahulu.

Tuesday, August 04, 2009

double date would be nice

Salam semua. *Dah rajin tulis salam sekarang oke.* Jam sudah menunjukkan 4.23 a.m. Susah betul kalau tidur awal. Mesti terjaga pukul 3, pukul 4. Then, tak tahu dah nak buat apa. Buka facebook, myspace, friendster, ym. Kebuntuan. Tak ada benda menarik dah. So, I nak tulis lah blog. hihi. And sekarang I tak tahu nak cerita pasal apa. Boleh tak macam itu? Hue. Oke. Oke. Lets see if I can come out with an idea. Ouh oke. Lets talk about the weekend that I had been through minggu lepas shall we?

So, weekend hari itu Nana balik hari Sabtu. Why are you so rajin untuk balik awal ke Arau. If lambat sikit, aku dah bawak kau berjalan-jalan oke. Ceh. Padan muka hang tak dapat berjalan-jalan. Last Saturday, tiba-tiba I dapat phone called dari my bestest *tiada perkataan ini di dalam kamus.* bestie dari Subang. Dia on the way ke Shah Alam. Wah! I'm so thrilled. Gila kau. lama dah tak jumpa dia oke. Sangat rindu.

Dia sudah cakap, he won't be back home on his birthday *7th of August* since UiTM dah letak cuti untill 2nd of August kan. Birthday dia pun seminggu sahaja lagi. So, macam membazir duit juga lah if dia balik lagi aite? Thats oke. I belanja U makan sekarang. Sekali dia tak nak I belanja makan pula. Cis. Demand je dengan I. Fine then, lets take a walk around Plaza Masalam yang kosong itu. Haha. End up, I bought him a shirt yang I sendiri tak perasan ada tanda 50% off. Haha. Dart, sila pakai spectacles untuk memudahkan anda membaca lain kali. *Tsk :'( Hodoh lah selepas ini kalau pakai spec.*

Alarh. Jumpa sekejap je? Never mind. Nanti keluar lagi oke.

Then on Sunday, Dayah nak pergi dating. *She's a schoolamate Nana yang datang rumah sebab I pick her up dekat bus station Shah Alam sebab dia baru balik bercuti seminggu dari kampung and dia pula belajar dekat UiTM Shah Alam.* Dia suruh I minta izin dekat Umi nak pergi KLCC. Oke then, I dah minta. Dapat je keluar, I terus drove pergi KL sentral. Mahu drop my car dekat situ sahaja. And then naik LRT. Senang cerita. *Mesti you guys budget I dah tahu naik public transport.*

Well the fact is, nak beli tiket LRT tu pun tak tahu dekat mana. *Ouh malu babe!* Haha. mengikut instict I yang selalunya betul ini, I figure out juga lah LRT punya mesin tiket tu dekat mana. Ramai gila orang babe! Ceh. Tak mengapa. Kita perlu bersabar. Sabar itu separuh daripada Iman kan. Fine then. I dah terasa macam keseorangan. Dayah dah jalan dengan boyfriend dia dah. I called Kumin. *Kawan sekolah Nana juga yang study dekat UIA PJ* Tak sempat we all nak naik LRT sama-sama. Sebab lepas beli tiket, and naik dekat platform baru dia called dia sampai dekat KL Sentral. But, I dah janji nak tunggu dia dekat KLCC. Oke lah tu.

Sampai sahaja KLCC, we all pergi beli tiket movie dulu. *We all = me, Dayah and boyfriend dia. Kumin belum sampai KLCC.* Mahu tengok movie katanya. I kena teman. Duh~ Lepas beli sahaja tiket. I called Kumin. Tanya dia dekat mana. I letak je call, both of them hilang. Dalam hati, "F*CK!" *Oke, harsh words. Sorry.* Siap I dapat text pula lepas itu; "Kitorang jalan-jalan dulu tau." I dah menyumpah seranah. Imagine arr. You guys dah teman pergi KLCC. Sekali kena tinggal macam itu je? Tak ada nak cakap apa-apa pun. Luckily I called Kumin. Kalau Kumin tak dapat nak datang macam mana? Dah lah semua orang yang I called, tak boleh nak datang. Ada kerja apa segala. Including Bobby! *Note this Bobby!*

Lama juga lah tunggu Kumin dekat depan TGV itu. Hati dah berdegup kencang. I feel like crying. Urgh. I can't be in the crowd. Serious. I sangat takut berada di dalam crowd keseorangan. I repeat, KESEORANGAN! Tsk :'( Dah lah hari itu ada PC Fair. Ramai gila orang kut. Then I started to text a friend of mine and trying to ignore semua orang. Tiba-tiba Kumin berdiri depan mata, masa itu hati I tak payah nak cakap lar. I dah rasa lega gila. FUH! Then beli movie ticket for her and berjalan-jalan di dalam PC Fair.

Dalam pukul 5.30, kami masuk movie. *That movie starts at 5.00. We're late for about half an hour oke.* Habis movie, makan, and balik terus. Itu pun Dayah's boyfriend siap nak suruh I tunggu Dayah somewhere sebab dia nak Dayah hantar dia balik sampai ke train station yang dia drop kereta dia. "F*CK! Kau dah jalan berkepit berdua tinggalkan aku, kau nak aku tunggu? Balik sendiri!" *Ini cakap dalam hati je.* Sampai KL Sentral, terus hantar Kumin balik UIA PJ yang we all almost sesat dalam kawasan perumahan sebab bila malam, all those signboards tepi jalan I tak nampak dengan jelas. *Dart, pakai lah spec.*

Ouh, pasal nak balik tadi. I said NO! Balik dengan I. Haha! Then balik rumah. Sampai rumah, terus hantar Dayah baik UiTM Shah Alam. Haizz. Moral of the story Dart; Kalau orang suruh ajak teman pergi dating, JANGAN PERGI! unless you brought your partner along. *Ini kira macam double date lah.*

So, here we are.
Khairummin Al-Fishayr.
*Eit Kumin. Betul ke eja macam ini?*
Nana, sila jelouse sekarang we all having fun sama-sama. :P

Sunday, August 02, 2009

surat untuk si gemuk pendek dan berlemak

Salam readers. *Tak pernah letak salam, kali ini letak salam lah. =) * Hari ini, bertarikh 2 Ogos 2009. Adik bongsu yang disayangi ramai di dalam rumah I iaitu Ahmad Hilmi bin Za'im telah genap 11 tahun. *Sekali lagi, rasa macam tulis berita. Betul tak grunge?* Oke. Oke. Most of my friends semua tahu how adorable my little brother is. And yet, he's growing up. *Oh I really can't accept this please.* So, I wrote this letter to him;

My dear adik yang gemuk, pendek, dan berlemak;

Please take note that awak sudah membesar dengan begitu cepat sekali. It's seems like yesterday that you still in my laps looking at the camera and all those peeps around you snap your picture. *Bajet handsome lah tu.* Yes well, you the only one that putih semasa lahir. Sebab kami semua tidak seputih anda. And it was end up like; "Adik bukan adik-beradik kami, sebab adik sahaja yang putih semasa lahir. Dan hidung juga tidak mancung macam kami. Juga rambut lurus sewaktu lahir."

Sedangkan Abang Boy juga mata sepet semasa lahir. Abang pula kulit gelap semasa lahir. Akak juga berambut lurus. Kak Nana the only one with dahi luas. Haha. All those things cuma mahu mengusik adik sahaja. Please don't worry, because you are my little brother and always be. ;)

But between kita semua, you're the only person yang tidak suka pergi camping dan akan menangis bila Akak trying to put all you're things in the backpack. Sila take note adik, adik sudah besar. Camping were suppose to be fun. And yet, you're crying like you're not going to see us again. Oh stop that oke.

Still remember, last month that you're going for a camp di Ulu Yam. and yet, I'm the one who pack all you're belongings that morning sebab adik cuma letak sehelai baju putih dan sehelai baju hijau juga tiga helai seluar tracksuit. Nasib baik Akak buka adik punya beg and looked at you're clothes yang tidak cukup itu. And I'm started to bebel-bebel sebab risau memikirkan what are you going to wear at night, or to salat, etc.

Cis! Please be so grateful to have me as your sister yang cukup sabar mengejutkan adik bangun pagi tanpa memukul adik like they do. Also the only sister yang meminta maaf jika marah pada adik. And the one who always make sure that you bring enough clothes to go for the camping thing. Haha! *Perasan.*

Please take note also, since kamu sudah membesar. You can't sleep with me anymore. Sila tidur di dalam bilik sendiri. Because you're annoys me with your mengigau thing. Especially bila I'm still not sleeping and suddenly you talk like you speaking with me or with someone I don't know. Cis! Sungguh scary oke. But somehow, that made you unique from other siblings I had.

So, here we are. My one and only annoying brother. Today you're 11th. Happy birthday to you. I know you're going to read this esecially when i tell you, "Akak kutuk adik dekat blog." And you're start to scold at me and call me "Akak, you're so damn skinny, I hate you." Yes, hate me now. Nanti malam jangan tidur dengan akak dalam bilik. Miahahahahaha! Padan muka budak gemuk pendek yang berlemak. Ouh, by the way, sila bersenam dengan lebih sedikit. Dan please, kurangkan makan anda. Akak semakin takut tengok kamu membersar dengan mendadak. *Even Kak Nana pun boleh kata kamu gemuk yang amat sangat.*

ouh. Please stop growing up adik. ;P
I know I can't stop that. Tsk. :')
*Bajet sungguh letak gambar sendiri pegang adik.*
Ouh. I like my hair. Masih panjang lagi. ;)
*Iklan sekejap oke.*

Yes. The most handsome boy in our family.

You're growing up too fast oke.
I love you so much adik.