Sunday, August 09, 2009

The Pieces I Can Hold

Salam.

Hari ini punya entri tiada birthday wishes. Hihi. Sila tunggu 16th and 17th baru ada birthday wishes lagi. ;P So, hari ini my entry would be something like luahan perasaan oke.

I nak tanya you guys lah kan. Siapa yang suka being popular. Tak kisah lah, popular masa di sekolah ke, popular dekat kampung ke, *macam jaguh kampung lah* or popular dekat universiti ke?

As being me, I tak suka being popular. Seriously. Sangat tak cool. I bukan nak bangga and cakap; "Ouh. Aku popular." No! I tak mengaku I popular. Tapi, being someone yang cerita hidupnya diperkatakan orang, tak popular kah dia? I penat. I letih. I tak mahu jadi bualan orang. Kalau benda betul. Yes. I admit it. Tapi kalau benda yang tidak betul. Bagaimana pula?

Hari ini. Dart. Girl yang suppose to be a strong girl. Akhirnya menangis lagi. Kenapa? Kerana letih. Letih mendengar. Kata-kata orang. Yes. Lidah itu boleh membunuh. Tapi Dart cuba melawan. Dart tak boleh menyerah. Dart kuat.

Hari ini, I dapat YM. From my ex-schoolmate. Dia kata, lama dah tak borak. Since habis sekolah. Macam-macam cerita dia dengar pasal I. Bad story. Yes. When he said to me, bad. He means it. He said; "Dart kamu merokok? Dart kamu pernah tidur di rumah lelaki?" Apa mahu jawab? Mahu deny? Bagaimana? Oke.

Here's the fact. Yes. I pernah merokok. Dunhill light. Lama sudah. Berhenti sudah. Masa itu I baru hendak kenal dunia. Baru belajar menjadi remaja. Itu normal. Kalau anda katakan pada I itu abnormal. Katakan padaku, di kotak itu, tertulis kah frasa "Rokok Untuk Lelaki" ? Tidak! Ia cuma bertulis, Rokok Membahayakan Kesihatan. Yes, I silap. Tapi I tak menyesal. Kenapa? I belajar sesuatu. Never regret of anything.

Fact kedua. Yes, I pernah tidur dirumah lelaki. Correction there. Rumah ibu bapa lelaki itu. Bukan lelaki is the meaning of rumah sewa. Rumah sewa? No! Kau gila apa mahu tidur rumah sewa orang lelaki? Rumah ibu bapa is the meaning tidur bersama dengan family dia. Dengan mama, babah, angah, along, see? Ramai. Bukan berdua. Kalau nak tidur berdua, I would kill myself dulu sebelum berani pulang ke rumah berjumpa Umi dan Baba. Mereka tahu? Yes. Jika tidak, kenapa I boleh pergi?

Fact ketiga, I tidak suka menjadi popular. I tidak suka hidup bualan orang. I tidak suka, orang berkata belakang. I tidak suka orang kata macam-macam. Tapi itu dunia. Itu manusia. I? Terima seadanya. Mereka penat. Mereka diam. Pada saat mereka sedar, dengan berkata belakang; mereka tidak dapat pulangannya, mereka akan tinggalkan semua cerita itu. Zip it all.

Kamu dengar pengakuan ini. Suka hati kamu mahu fikirkan apa. As for me, I'll be what I am. And that's something that you'll never BE!

PLEASE NOTE: LECTURER SAYA MULA KENAL SAYA. LEPAS INI TIDAK BOLEH PONTENG KELAS LAGI. OUH I TAK SUKA POPULAR~

2 comments: