Thursday, August 20, 2009

Puasa Datang Lagi

Hye semua.

Hari ini dah 20 Ogos. Hai ini last saya ganti puasa. *Teruk je ganti puasa lambat-lambat.* Esok dah hari syak, x boleh nak puasa. Sabtu semua umat Islam dah mula berpuasa. Saya suka bulan puasa. Siapa yang tak suka bulan puasa cepat bagitahu saya. Bulan puasa ini best. Boleh tengok budak-budak kecil yang berusaha nak habiskan puasa sebulan itu. And boleh buli adik dengan mengatakan, “tak boleh makan, kena puasa. bagi kurus sedikit.” Ouh I like that.

Selama saya hidup sepanjang 20 tahun ini, saya rasa sekali je saya pernah puasa penuh. Masa form 2. Masa sekolah rendah biasa lah. Kata puasa, tapi bila tengah hari sibuk nak masuk toilet mandi katanya. Tapi, pergi teguk air paip. *Hoho. Gila!*Bila dah naik form 1, konon nya lah mahu puasa penuh, tapi tak dapat juga. Biasalah itu, lumrah wanita. Diberi cuti bulanan. Heee. Form 2 berjaya juga lah puasa penuh. Sebab masa itu, cuti yang saya dapat lewat dari biasa. Fuh~ tak payah susah-susah fikir nak ganti puasa babe.

Years after years. Last year punya puasa kena ganti 11 hari. Menangis juga lah nak mengganti tu. This year, setelah membuat calculation; saya mendapati mungkin saya akan bercuti pada awal puasa juga akhir puasa. *Gila babe! Tak nak!* Jenuh lah nak mengganti nanti. Hukhuk. Sila doakan saya tidak terkena pada awal puasa juga akhir puasa.

Sekarang ini selera makan semakin bertambah-tambah. Emosi juga kurang stabil. Kerajinan mengemas semakin meningkat. Kemalasan ke kelas semakin menjadi-jadi. Kerisauan semakin menebal. Weih! Jangan lah macam ni. Tak suka lah. Aduyai~ Please. Please. Please. Jgn kacau my 1st day puasa bersama family en. ;(

By the way, banyak-banyak I bebel, I mahu ucap selamat berpuasa kepada semua umat islam di luar sana.

Please note: nana akan terbang ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran dia pada bulan puasa ini. ;)

7 comments:

  1. damn skinny(-,-') *hehehehehe* - boy

    ReplyDelete
  2. suke3 puasa...
    salam Ramadhan utk kamu..

    ReplyDelete
  3. mae: salam ramadhan buat kamo. :)

    ReplyDelete
  4. sile kawin dan mengandung.anda akan selamat 9 bulan.
    :)

    P/s:I wish I got cuti oso.

    ReplyDelete
  5. pembetulan.Sila kawin n pregnant.Anda confirm puasa penuh punye.Kalau x de simptom lain la.

    ReplyDelete
  6. apis: kalo da bersalin bulan pose x ke x bole pose gak tu kn?

    ReplyDelete