Wednesday, September 16, 2009

try to put yourself in my shoes

Hari ini tiada mood. Kenapa? banyak betul benda buat saya serabut. Saya penat. Saya letih. Haizz~ saya rasa tak ada mood sangat-sangat lah. Senang cerita. Ouh. Nak raya pun tak ada mood. Kerja satu apa pun tak siap lagi. Weih! Bila nak pergi arau ni? Saya dah tak boleh nak terima semua ini. Aduyai. Saya dah nampak sinar-sinar cahaya yang saya akan failed subjek project proposal. Jangan tanya kenapa. tapi keyakinan dan instinct saya kuat menyatakan saya akan fail. Huh.

Saya benci lah macam ini. Kenapa weih. Kenapa? wargh! Help! Period lambat lagi kut. Ini bukan masalah period. Ini masalah serabut. Nana pergi Jordan. Meninggalkan 3 bakul baju dia yang tak dilipat. Then? Expect me to lipat lah? Weih. Assignment aku pun terkejar-kejar weih. Itu pun banyak tak siap lagi. Kau tunggu lah. Kalau aku rajin, aku pergi lah lipat. Kalau tak, tunggu aku dah habis final nanti baru lipat.

Semalam bengang. Kenapa bengang? Tak nak cerita. Malas. Nanti semua orang tahu kenapa saya bengang. Saya mahu simpan. Simpan dalam hati sahaja. Eh. Eh. Dah call Wanie semalam. Dah cerita dekat dia. Sampai kredit dah habis. Punya lah nak kata sangat-sangat stress.

Saya ada banyak lagi assignment nak kena buat. Project-project yang memerlukan saya pergi berdiskusi dengan syafa, zu, and ida. Duh~ nak kena minta izin baba tidur rumah syafa lagi. Aduyai. Malas betul lar. Nanti baba bising tak bagi. Leceh betul lah nak buat kerja macam ini. Dulu dekat arau sebab I’m the only person yang duduk rumah lain, saya pergi rumah coursemate, terpaksa balik pukul 2-3 pagi. Naik motor lagi. Dah nak buat macam mana? Terpaksa. Bukan ku pinta jadi sebegini.

Duduk rumah, ingat senang lah sikit. Gerak ke sana sini buat kerja. Lagi susah adalah. Haizz. Itu dah naik kereta. Belum kalau saya naik motor. Tak boleh keluar rumah langsung kut. Sem ini, kalau banyak lagi fail paper sebab carrymark rendah sebab banyak assignment and project tak memuaskan, saya tak nak cakap banyak lah. saya mahu berhenti belajar. Eh. Boleh ke? Tapi saya plan nak sambung master. Aduyai~ masalah. Masalah. Benda simple. Kenapa mesti jadi rumit? Wargh! Tension argh! Mahu vacation. Lepas raya, by hook or by crook. Mahu ke arau berjumpa wanie. Kalau tak dapat pergi. I rather being coma than being stress like this. Huk~ T.T

Hukhuk. Tolong! Tolong! Ouh please. Stop asking me to be patient. Because you wouldn’t know how it feels like putting yourself in my shoes.

wardati za'im
bukit jelutong

2 comments:

  1. "kdg2 kte perlu bersyukur bila kte kne uji. sbb itu tandanya Allah syg kn kte sgt2. n nk kte ingt dkt die. ;)"


    nesa tahu tuan punye ayat ni kuat =)

    ReplyDelete
  2. nesa; erk? that really helping me. tenkiu syg. :"> im trying to be strong. i hope i will. hue.~

    ReplyDelete