Friday, October 30, 2009

having breakfast with me

Hari ini saya breakfast sandwich buatan sendiri. Rupa bentuk nya agak tidak senonoh. Tapi full of khasiat zat besi dan galian penting yang sihat untuk tubuh badan kita. *eceh*

Well, I’m suppose to be studying CSA *Computer System Architecture*. What am I doing now? Pandai-pandai je cari alasan tak mahu study ye. Oke. Enough. Sebentar lagi saya study. Saya cuba. Saya promise. *Eceh. *

Berbalik kepada cerita asal. Sandwich saya mengandungi bahan-bahan berikut:

1. Roti



2. Salad



3. Olives



4. Mayonaise



5. Tuna



6. Cheese



7. Telur



Cara-cara untuk membuat sandwich yang sedap seperti Dart. Wah!

1. Rebus telur sebiji. *sebiji je dah cukup banyak.*
2. Letak planta pada roti and bakar. 2 keping oke. *kalau tak bakar roti pun tak apa. Depends*
3. Letak mayonnaise pada kedua-dua keping roti.
4. Tuna itu seeloknya dipanaskan. *Makan panas-panas lagi sedap.*
5. Letak tuna pada atas roti.
6. Letak olives yang dah di potong kecil-kecil. *optional*
7. Letak cheese di atas olives. Masukkan dalam microwave untuk 10 seconds. Bagi cheese tu cair. *baru meleleh babe makan!*
8. Pecah kan telur rebus dan lenyek bersama dengan mayonnaise. *untuk mengelakkan telur itu kering.*
9. Letak telur lenyek atas lapisan cheese tadi.
10. Letak olives atas telur. *optional.*
11. Letak salad atas sekali.
12. Letak lapisan roti yang terakhir. Siap! Makan!

Inilah hasil sandwich yang tidak cantik tapi sedap.
Sehingga saya makan dengan begitu comot.
Plus terasa mahu gelakkan diri sendiri kerana kehodohan makan breakfast. :P

Please note: olives itu adalah optional. Kalau rasa macam tak mahu letak, tak perlu letak. Ye lah, ramai yang tak suka makan olives ini since rasa dia itu masam + payau + pahit + blablabla. Indescribable. Saya pun tak tahu nak terang apa rasa nya. Tapi people says, makan olives elok untuk kesihatan. Boleh mengelakkan dari penyakit. Itu people kata. Buah baik, buah zaitun. Ada di sebut dalam al Quran pula tu. Tak salah kalau kita cuba makan. Prevention is better than cure aite? Yang penting, zaitun ini favourite saya! :)

Thursday, October 29, 2009

jangan lah buat hal please

Laptop sudah mula buat hal. Nasib baik semua kerja sudah settle. Tinggal final exam saja upcoming event. Tapi saya sungguh sakit hati tatkala saya *skema. Skema.* sedang menaip report dan tiba-tiba laptop terpadam sendiri tanpa memberi signal blue screen menunjukkan windows crash. Haizz~

Sejak akhir-akhir ini juga fan berbunyi seperti harimau mengerang kesakitan *macam pernah dengar je.* Mungkin sudah tiba masanya laptop ini di servis. Makanya dengan itu, saya sudah list kan my birthday present untuk tahun ini dari Baba. Miahahahahahhahaa! *gelak jahat*

Oke. Oke. Tak dapat tak apa, tapi hoping to get it itu, adalah sikit. :P
1. Servis laptop kesayangan.
2. Tambah RAM bagi laju sikit.
3. Mahu external harddisk sebab yang baba bagi hari itu punya dah rosak. *saya tak tahu, memang dah tak berfungsi. :P*
4. Ini optional. Mahu windows professional. Sebab bila saya install software tak cukup function yang sepatutnya ada.

Itu sahaja. Kalau rasa macam nak jimat duit, boleh minta pertukaran suka sama suka dengan laptop baru nana. Haha! *suka sama suka lah sangat. Macam nana nak bagi.* I won’t ask for a new laptop ever since laptop ini telah banyak berjasa. Hek? *poyo. Poyo*

Baba, sila pertimbangkan. Terima kasih. :)

Tuesday, October 27, 2009

pelarian part 2

Ahad [25 oktober 2009]

Bangun seawal jam 6.45 untuk sembahyang subuh. Saya terlalu excited untuk makan nasi lemak di gerai roti canai, terus kejut Nanat jam 7.30 pagi. Tapi Nanat tak mahu bangun. Jam 8.00 pagi baru semua orang bangun. Siap! Siap! Terus keluar. Cuba teka kami heading to mana?

Eh. Lupa. Tadi nak beli nasi lemak kan? Haaa~ Kami pergi beli nasi lemak. After that, kami merayap ke Bukit Air. Huhu~ best gila kut mandi pagi-pagi air terjun. Sejuk meh! Dengan nasi lemak yang kami beli 11 bungkus. *Nafsu. Nafsu* mandi, gelak-gelak, we were like totally having fun! Ini dah macam orang kata, live life to the max arr~ *Poyos. Poyos*

Dalam jam 10 lebih, kami dah letih, balik lar rumah. Tak cukup nasi lemak 11 bungkus yang kami kongsi-kongsi beli tu, on the way balik, makan lagi apam balik. Lepas makan, semua tidur. Penat berenang punya pasal. Teruk. Teruk. Haha! But, I managed to get up early. Jam 2 petang dah bangun. Kerana kepanasan. Hoho. Lapar. Mandi sebentar. Kemudian pergi makan. Hue~ pizza di kangar punya service sangat lah tidak bagus. Lembab oke. Tapi topping dia penuh. Tak kedekut. Haha~ tiba-tiba rasa nak makan pizza lagi today. Haizz~

Driving Saga BLM best. Ringan sahaja rasa. Plus! Ini penting. Jimat minyak. Hee. Imagine 1 tank full cuma rm50 kalau guna Ron 95. Hek? Cuba drove Waja. Full tank almost rm90. Parah arr saya asyik nak minta baba duit minyak. Tak sampai 3 hari dah habis. Teruk. Kalau naik Saga BLM, dari rumah sewa ke kangar Cuma rm5 untuk pergi balik. *ingat motor apa?* tapi ini betul. Tak ada tipu punya. :| *muka serious*

Forget about the car. Every car ada baik buruk. Baik nya kereta itu, jimat minyak. Buruk nya, cepat rosak. Heh. Orang yang dah pakai sahaja yang tahu aite?

So malam semalam saya dah naik bas pulang ke shah alam. *cuma dua hari saya di arau* Oke. Otak sudah reformat. Fully recovered! Hopefully. :)

Hari ini timbang berat badan. Sudah naik 2 kg. menjadikan 42 kilos. Nampak sangat tinggal di Arau itu lebih bahagia. Wahahahaha! Till then, bye~ :)

Saturday, October 24, 2009

Pelarian part 1

Hello! Hello! Wah! Bunyi macam dah cured right? Guess where I am right now? Ouh yes. Saya di Arau. I had told you guys semalam di entry yang terakhir itu. I know. Silly me. Pergi tanya lagi. Haizz~

Well. Saya sampai pagi tadi. Awal pagi. Subuh. Nanat pergi ambil dekat station bas kangar. Plan yang awal nya, mahu bersama kak na, menyerang wanie. But the plan didn’t make up. Tiba-tiba lak kak na bagitahu ada report kena submit. Fine! Saya pergi sorang-sorang. Jawab sendiri dengan wanie nanti kalau dia merajuk. Haha~ being alone dalam bus, wasn’t a pleasant journey for me oke. Sumpah terseksa. Which saya terpaksa menahan kebosanan menaiki bas itu keseorangan. *Plus, menahan loya tekak seorang diri. macam nak menangis. sekian, terima kasih.* Haizz~

Tak apa. Kak na sudah minta maaf. Apa barang maaf-maaf. Nanti saya mahu pow dia ais krim baskin robin oke. Baskin robin. I’ll put it inside my planner. Mesti tak lupa mahu tuntut. Haha! Well, hari ini di rumah sahaja. Berbaring ketiduran. Mengantuk dalam kepanasan. Setakat ini, baru berjumpa dengan Wanie. Konon nak buat surprise, tapi dia senyum macam boleh agak kedatangan saya. Hek? Fine!

Baru berjumpa dengan Nanat juga Ellyn. Ouh yah. Housemate baru mereka which they called Baby. Oke. And baru juga ketemu sama Meon. Weih. Aku tau hang rindu gila kat aku. Terima kasih. Aku juga merindui mu abang. Haha! Teringat menjadi anak pak tam. Ngeh ngeh ngeh. Malam nanti mahu ketemu sama dengan coursemates pula. Having lepaks bersama-sama. Ouh yah. Papa tam tidak dilupakan. Tadi dah text I Tanya dah makan tengah hari ke belum. Wah! Caring you. Lempang orang tua tu tahu lah. Poyo ah nak caring dengan aku.

Nanti ah jumpa dia. Akan ku membawa diri ke burger kepunyaan dia malam ini. Mungkin. Kalau dia masih membuka kedai itu. Still remember mereka kata dia sudah tidak lagi mengusahakan burger kerana sudah bankrupt. Baru kau tahu betapa penting nya aku menjadi cashier sebentar kan. Hah! Kan dah merindukan ‘anakmu’ ini. *Dia bukan ayah kandung. Tapi suka act like one. Sekian terima kasih.* Oke. Oke. Friends yang lain tu, akan ku jumpa esok mungkin. Sebelum pulang ke rumah. Hopefully sempat jumpa semua. Kalau tak sempat, maaf. Sebab saya tiada kenderaan mahu gerak. Yang ada, kereta Nanat. Which I tak berani mahu drove lah.

Oke lah. Wait for the further story for the next entry. Till then, papai~ :)


Friday, October 23, 2009

my end of day~

Remember my entry yang saya tulis planner saya untuk bulan ini? Well, hari ini suppose to be my end of the day. Which I need to present my final year project. Well, cuba teka, saya di mana? Di mana tu, rahsia ah. Tak nak bagitahu. Starting jam 2 petang, saya off handphone saya. Saya tahu, pasti mereka akan mencari. *Pandai you guys call boyfriend tanya saya kan. And thank you boyfriend sebab tidak cover kan untuk saya and bagi tahu saya tak mahu present. haizz~*

Maaf. Saya tidak mahu present. Saya tidak ada mood. Kalau saya present pun, saya tahu, saya akan fail. Maaf Dr Fakhariah. Saya akan jumpa Dr sem depan lagi. Saya tahu. Saya sudah tidak peduli. Lulus ke, tidak ke, otak bercelaru sekarang. Jangan banyak bunyi lagi. Saya tahu saya macam mana kalau saya sedang serabut. Saya sudah nak masuk 21 tahun. Saya tahu keadaan nya macam mana kalau memaksa diri sendiri.

Maaf baba. Maaf ummi. Sem ini, ada repeat paper lagi. Saya tak mampu. Maaf sangat-sangat. Tenkiu baba. Giving me a chance to reformat my memory by giving me a permission to go to Arau. Sangat sakit kalau nak memaksa diri duduk di sini dengan melihat Sharil bin Ab Wahab lalu depan mata beberapa kali. Sehingga terasa seperti mahu kejar dengan kereta dan melanggar dia jatuh motor. Saya masih waras. *hopefully*

Pada saat kamu membaca ini semua saya tiada di sini. Tiada di Selangor. Mahu lari jauh. Ke Arau. Berjumpa wanie. Mahu format my memory untuk paper final. Hopefully tidak corrupt. Maaf semua. Jangan cari saya. Saya akan pulang. Tunggu sahaja.

Wednesday, October 21, 2009

my paper heart will bleed

Hey guys. How’s today? Well. Hari ini tidak lah begitu seronok untuk saya kalau nak tahu lah kan.

Everything starts with..

Hari ini kelas jam 10.30. Saya bangun subuh and mandi. Then menghantar adik ke sekolah. Pulang, jemur baju, basuh pinggan, etc. *kerja-kerja rumah yang berkaitan lah*

Hari ini gerak ke kelas jam 10.00pagi. bawa dengan kelajuan yang agak perlahan. 70km/j. *Saya tidak pernah memandu seperti ini oke.* Hari ini ada presentation MPI. *Kalau nak tahu apa itu MPI, pergi google. Kan senang. *

Sampai kelas, ada makan-makan. Eceh. Group members datang. Semua tak bawa laptop. Hue. Kelam-kabut capa and rozie balik ambil laptop. *Pity them* Huhu~ permulaan yang baik mula terjejas bila MPI itu tidak berhasil untuk di ‘run’ dengan baik. Semua nya gara-gara kami yang tak paham fortran language. Hoho~

Sesiapa yang mahu ambil course CS225, sila study semua language untuk computer architecture. Haha!

Saya pulang. Ambil adik di sekolah. Capa call. mahu settle MPI hari ini juga. Orait. Otak ligat berfikir. Assignment. Presentation. Final year project. Sumpah tertekan. Saya driving. Tapi otak melayang. In all of a sudden, saya lost focus. Kereta hampir accident. Haizz~

Terima kasih untuk jalan yang basah juga waja kelabu yang cuba menghimpit saya ke sebelah kanan dan memakan jalan saya. heh. Kau tak tahu kah, aku bawa dua orang kanak-kanak? Nasib baik saya masih berfikir saya membawa budak-budak itu pulang dari sekolah. If not, saya sudah langgar tiang lampu di divider tengah jalan itu.

Pulang rumah. Saya rilek sebentar. Mahu telefon wanie. Think. Mungkin dia sedang kelas. Tak apa. Relax lagi. Petang. Beli ice-cream. Lepak. Lihat orang. Otak kosong. Tiba-tiba saya and boyfriend bercakap pasal assignment. Saya jadi serabut. Cry. Penat. Sumpah penat. Bf blank. *mesti dia fikir. Dart ni kejap oke. Kejap tak*

Saya mahu drive balik rumah. Tapi otak serabut. Takut. What if accident lagi? Bahaya weih! Called wanie. Menangis. Menangis sekuat-kuatnya. I thought I was stronger. The fact is I’m not.

Saya serabut. Kenapa? assignment. Assignment banyak. Itu biasa. Presentation. Presentation banyak. Itu juga biasa. Final year project. Still undone. Sudah tiada hati untuk menyiapkan final year project. Terasa seperti tidak mahu present. Biar fail. Biar repeat. Kenapa? sebab I’m not ready. Physically. And mentality. Masih membaca? Terima kasih. -.-“

Peoples. Mereka suka cakap. ‘Alah. Biasa lah tu, part 5. Pelajar tahun akhir. Tak sibuk, bukan tahun akhir lah tu.’ Want to know something? Itu semua talks. Talks kalau kamu tak tahu kondisi saya yang sebenar. Apa rasa, kamu ada repeat paper and paper itu bersangkut pula 4 sem. Selama 4 sem, kamu kena masuk kelas junior. Masa itu, kamu akan rasa, jadual kamu lah paling carca merba. Paling teruk. Paling rosak. Masalah sana sini nak arrange kelas. Kemudian, kamu akan rasa miserable bila kamu terpaksa bersama dengan student lain yang bukan sekelas dengan kamu, or junior-junior untuk buat group untuk presentation, where kamu terpaksa cari satu masa kamu dan mereka betul-betul free untuk berbincang dan menyiapkan kerja kamu semua.

Masa itu, kamu terpaksa pulang lambat ke rumah dan kadang kala kamu terpaksa tidur di rumah kawan kamu. Pada ketika ini, kamu akan dimarahi oleh parents kamu kerana kamu keluar tidak tentu masa. Pada masa ini, house rules bertukar dari jam 10 malam ke jam 8 malam. Pada masa ini, kamu akan terasa seperti mahu menghentak kepala ke dinding. Dan secara tiba-tiba ibu kamu kata, ‘tak payah belajar lah macam ini. Belajar apa kalau sampai malam pun tak siap-siap lagi?’ pada masa ini, kamu akan terasa seperti mahu bertukar course kepada course yang lebih mudah, yang tiada menggunakan teammates yang banyak. Seperti course bahasa, atau art & design, atau seni kutlinari, atau perhotelan, atau apa-apa sahaja yang mudah.

Pada masa ini, kamu terasa seperti sudah tiada semangat mahu ke kelas. Seperti kamu akan berhenti belajar pada sem depan. Pada masa ini, kamu akan terasa seperti tidak mahu present apa-apa kerja yang diberikan. Pada masa ini, kamu terasa seperti selama 2 tahun setengah kamu bersusah payah belajar itu sehingga ada repeat paper, itu semua sia-sia sahaja. Terasa seperti dunia sekeliling kamu berhenti seketika.

Pada ketika ini, kamu akan mula tidur awal, seawal jam 9.00 malam. Dan terjaga pada jam 2.00 pagi atau lebih. Dan kamu menangis. Menangis semahu-mahu nya. Terasa seperti mahu pulang ke zaman kanak-kanak. Di saat kamu cuma perlu tidur jam 10.00 malam. Dan bangun pada jam 6.00 pagi. Saat di mana kamu cuma perlu belajar matematik, sains, bahasa melayu, English, sejarah dan subject-subject yang tidak memerlukan kamu berhempas pulas separuh mati menyiapkan kerja.

Pada saat ini, kamu akan rasa sakit hati dan ingin break up dengan boyfriend kamu bila sepatutnya dia memberi support kepada kamu tetapi dia cuma berkata, ‘orang lain pun ada masalah.’

Terima kasih kerana membaca sehingga habis.


Saturday, October 17, 2009

dosa besar aku~

Orang kata sebut nak gantung diri itu dosa. Ya Allah, saya ni main suka-suki hati je sebut nak gantung diri. Teruk. Teruk. Oke fine. Lepas ini tak sebut dah gantung diri. Saya akan sebut, saya mahu memengsangkan diri sendiri. Hoho.

Macam tak biasa pula pengsangkan diri sendiri. Tidur sampai tak ingat dunia. Sampai buat kak na, abang ejat and wanie risau lagi. Haizz~ ouh. Ouh. Please note. Pengsankan diri sendiri ialah tidur dengan nyenyak. Hek? Boleh kah? Boleh lah tu. Hue~

Sorry lah nana, aku suka tidur setiap kali aku serabut. Kesian kat kau terpaksa mengadu dekat boyfriend aku pasal cerita-cerita kau. Wahahahahaha! Tak apa. Tak apa. Kau ada kaunter aduan yang kedua selepas aku. Elok lah tu. ;P

Weih! Kalau kau nak skype, kau text lah aku dulu. Cakap jangan tidur. Nanti aku tahan ah mata sampai kul 3 pagi tunggu kau untuk online. Tau! Nanti kau pergi mengadu lagi aku tidur. Hoho. Sabar. Sabar. Jangan stress! Kakak kau memang macam ini. Kau pun tahu, setiap kali aku tidur awal itu maksudnya apa. Huhu~ ;)

Ouh yah~ ya Allah. Ampunkan lah dosa wardati binti za’im yang suka terlepas cakap ingin menggantung diri walaupun tiada di hatinya niat yang sebenar tapi dosa nya itu cukup berat untuk di tanggung. Ampunkanlah dosa nya itu ya Allah. Ameen~~

october sky yang gelap!

October has been such a busy month for me. Haizz~ kata bulan syawal. I’m suppose to be celebrating hari raya tahu tak? Every day asyik busy nak sambut raya apa nya. Tension jep. Things getting worst bila discussion that should be held tidak dapat dijalankan dengan sempurna ever since ada new rules dekat rumah kena balik before jam 8 malam. Noob haizz~

Kalau jadual saya and them sama tak mengapa juga. Ini dah drop paper, tambah paper yang repeat lagi. Tambah paper yang drop last sem which means being with junior. Macam mana nak sama jadual dengan orang lain. Oke. This is sucks! Repeat paper memang sucks! *Sorry for those bad words*

Let’s look at my planner oke.

1/10 – class ganti CSA [cancel]
2/10 – online assessment CCNA [done!]
4/10 – modul LPPKP [done!]
5/10 – test 2 protocol [done!]
- Submit assignment web [done!]
6/10 – ujian lisan huayu [done!]
- Kuiz CSA [done!]
8/10 – hi-tea concorde 2pm [done!]
- Appointment dentist 8pm [done!]
10/10 – bincang protocol di rumah capa [done!]
11/10 – sambung discussion yang menyusahkan itu [done!]
12/10 – Present protocol [done!]
13/10 – ujian bertulis huayu [done!]
- Test 2 CSA [done!]
14/10 – Skill test CCNA [done!]
15/10 – Discussion web programming 8pm [undone]
17/10 – rakaman drama untuk mandarin [done!]
19/10 – test 2 CCNA
20/10 – Ujian mendengar huayu
- Penyerahan projek drama
- Present MPI
- Appointment dentist 2
21/10 – final online assessment CCNA
23/10 – MY END OF DAY -> FYP PRESENTATION 2PM (I’M GOING TO BE DEAD FOR SURE!)

Kak Na ajak saya ke Arau on 24th jumpa dengan Wanie. Ever since dia tahu saya sampai terasa mahu menggantungkan diri dengan planner yang macam haram dan menyakitakan hati ini, juga dengan masalah laptop yang suka crash tiba-tiba. Well hello! Boleh tak jangan nak shut down secara tiba-tiba? Aku tiada duit nak baiki kau lah. oke. Oke. I need to be extra patient dengan RAM yang kecil ini. Jangan lah buka banyak-banyak tab or window. Oke dart? Mana boleh weih! Haizz~

Mahu beli RAM besar! Mahu beli RAM besar! Duh~ laptop kuh ini suka berbunyi-bunyi sehingga menyebabkan saya terasa seperti mahu menangis. Tsk~ -.-“

Siapa tahu saya ada masalah? Siapa tahu? Tiada siapa! Tenkiu~

Nana! Balik cepat! Aku nak maki kau macam selalu setiap kali aku tension dengan masalah. Cepat balik sebelum aku cuba menggantung diri. Duh~ *dosa dart. Stop talking about those shits!*

Please note untuk nana : selalu aku tidur awal and tak skype dengan kau sebab aku malas nak fikir hal yang selalu menyerabutkan otak aku. Haha~ lain kali bagitahu dulu kalau kau nak skype!


Friday, October 16, 2009

khas untuk nana

nana rindukan snowbelle. tengok aku dah letak banyak gambar snowbelle tuk engkau. haha. kesian dia, duk rumah tak dilayan. cepat balik weih. mungkin dia rindukan engkau~ ;)





Thursday, October 15, 2009

selamat ulangtahun bobby



KHAS UNTUK MOHD HAZEQ AL HAKIM BIN ADIL.

happy belated birthday to you. sorry for the late entry. quiet busy for some time. huhu. thanks for being such a good friend of mine and always being there for me. you're the best friend that i ever had. :)

Tuesday, October 13, 2009

10 oktober 2008

Lama dah tak update blog. Entry ini tiada yang menarik. Percayalah. Tak perlu lah nak sibuk baca. Heee~

10.10.08.
Hue. Tarikh keramat where 1st time I accident menaiki motor and kena tidur hospital. Teruk. Teruk. -.-“

Nothing serious. Cuma calar-calar. Which meninggalkan parut yang begitu banyak sekali. Huhu~

I would like to thank to all my housemate; Wanie, Sheila, Nanat, Ellyn. Thank you sebab terpaksa berkejar ke hospital untuk datang melawat. Thank you Wanie and Sheila sebab temankan di hospital and sanggup tak pergi lawatan semata-mata nak jaga aku. Thank you nanat sebab tolong salinkan baju hospital untuk aku. Thank you Ellyn sebab tolong nanat salinkan baju aku.

Tidak lupa kepada Uppa sebab tolong ambil aku dari hospital balik ke rumah. Thank you classmates yang datang melawat walaupun cuma sehari sahaja aku di hospital. Thank you Naim, Ben, Cheng sebab datang melawat dengan Zack malam itu. Thank you Noh sebab tolong bagi semangat.

Most of all thank you buat Zack sebab always being with me sepanjang I sakit accident itu. Thank you untuk you sebab datang malam itu, and sanggup tak balik kolej sebab takut tertidur nanti tak boleh temankan I dekat hospital siang nya. Thank you untuk you juga sebab bawakan foods untuk I and tunggu doctor tu buang kertas tanda PUASA pada my katil. Thank you for everything. :)


Friday, October 09, 2009

root canal's operation was succeed

Remember I told you guys about the story of my appointment on Thursday *which means today* which I need to undergo a surgery called root canal. *Surgery lah konon. Bajet hebat lah sangat.*

I told you guys the story along with the pictures oke?

This is me.
Waiting for my turn. hek~
Jantung saya dup dap dup dap macam bunyi kaki kuda berlari.
*Boleh ke bagi assumption macam itu?*

Before operation, kena dengar dulu penerangan dari doctor. aite?

First, letak gel dekat gusi.
Berangin je gel itu. Best. Best.

Next, bius!
Ouh. Mata dah berair. Sakit!

Bius pula dekat gusi belakang gigi.
Sakit gila!

Kumur. Kumur.
Darah! ;(

Sesi menggerudi menggunakan skru.
Masa ini, rasa macam dinding kena gerudi dengan mesin skru tu.
Haha!
Lama weih. Almost half an hour juga dia korek dalam gigi itu buang saraf.
Dia tarik saraf tu, bunyi macam tarik kertas ke apa ntah.
I couldn't describe the exact sound.
But! It's creepy. Seriously.

Siap! Penerangan about this session.

Description about my teeth.
Saraf di buang untuk beri ruang kepada nanah untuk surut sendiri.
Saraf da kena infection dengan bacteria.
Reason, tampalan tak kuat, bacteria dah masuk and terkena saraf.
Simple but make so much trouble to me!
;(

Sekarang bius dah hilang. Gigi rasa macam sengal-sengal. Berdenyut-denyut. Gusi sakit. Nak makan, saya perlu fikir 100x oke. Bukan 10x. Chait!
Next appointment would be held on 20th of October. Untuk letak endofile and tampal filling. Wish me luck for the next appointment.

Please note: by the way nabeel, this isn't funny. cerita betul tahu! Percayalah~

hi-tea at concorde hotel, shah alam

Majlis anugerah dekan dan anugerah persatuan terbaik.

I’m attending these event. Bukan sebagai penerima anugerah dekan of course. Sebagai wakil persatuan sahaja. Hue~ kecewa kan bunyi nya. But well, at least I manage to attend this event. =P

So, I have this pictures which I took to show somehow I’m enjoying the event. =)

Aiman was trying to kill me!


Si cantik yani ~ =)


Sibuk memilih mug untuk di bawa pulang. =)


Budak law yang tersesat sebab di bawa oleh saya. =)


Wednesday, October 07, 2009

Selamat menduduki perperiksaan



Ibrahim Mukhlis bin Za’im.

Good luck untuk kamu yang akan menduduki perperiksaan PMR pada hari ini juga hari-hari yang seterusnya.

Juga untuk nesa, taqi, kak na, semua yang ambil paper ini. Good luck diucapkan. ;)

Fate kamu sudah ditulis, tapi kamu masih boleh mengubah nya. It’s all in your hand! Make your own luck~ ;)

Tuesday, October 06, 2009

bubur instant pun ada jual

Ever since saya disahkan menghadapi masalah saraf dan nanah ada gigi. Saya menghadapi kesukaran untuk makan. Heh. Makan babe. Susah tahu hidup kita kalau tak makan. Sehari semalaman tak boleh nak makan apa-apa, siapa yang tahan. Nak minum air sejuk dah tak boleh. Nak minum air panas pun tak boleh. Kena minum air mineral je. Nak makan, nasi ke, ayam ke, semua dah tak boleh nak masuk dah. Gigi depan yang sakit. Bukan gigi belakang. Seksa ouh!

Buat beberapa hari ini, saya hanya boleh menelan bubur. Huk? Bubur? Tak apa lah. bedal sahaja. I bought this instant bubur nasi di mydin dekat d’pangkin. Sedih tahu makan bubur je. Tak kisah lah. As long as masih boleh berisi perutku ini. Hukhuk.

bubur instant maggi.

this one is perasa abalone. sedap~

By the way, semasa saya ke 1st dental, saya ada snap a picture of tempat menunggu giliran. Mewah babe. Siap ada carpet lagi. Huhu~ Best. Best. :)

PLEASE NOTE: adik kata, makan bubur malam-malam tak elok. tapi dia paw saya punya bubur juga. huhu.

Monday, October 05, 2009

bila kebosanan melanda dan tidak boleh tidur kerana kesakitan gigi.

Who was your last text from?
cheng ms. dia tnya khabar *sorry cheng. tiada kredit.*

Whats your middle name?
binti *wahahahahaha!*

Whats on your mind?
things to be done yg tak siap2 sebab kemalasan.

Does your crush/GIRLfriend/BOYfriend like you back?
yes. kowt~ :P

What is your current mood?
in love. :P

What color shirt are you wearing?
baju kurung warna hitam. *kes balik modul tak mandi terus tito. and now baru terbangun. hampeh*

Are you close with your dad?
yeah. so?

If you could go back in TIME and change something, would you?
saya tidak mahu berkenalan dengan lelaki itu.

Have a crazy side?
i think so~

Ever had a near death experience?
mungkin pernah. accident itu adalah yang paling teruk saya rasa.

Something you do a lot?
online. online. online. =P

Angry at anyone?
currently, nope!

Favorite Month?
nov. it's my birthday.. =p

Name someone with the same birthday as you?
kalau tak silap, raja redzwan.

When was the last time you cried?
semalam. lepas dapat tahu nak kena buat root canal.

If you could have one super power what would it be?
read others mind. =)

Whats the first thing you notice about the opposite sex?
huh? ahaha. honestly, their eyes. it tells you everything. :)

What do you usually order from Starbucks?
caramel ice blend.

Favorite TV show(s)?
tiada yang favourite. eh. kalau letak my friends tiger and pooh dengan pocoyo, include sekali tak?

Do you still watch kiddy movies?
sila rujuk soalan di atas. =)

What are you eating or drinking at the moment?
Nothing..

Do you speak any other language?
Malay and English..

Whats your favorite smell?
victoria secret love spell.

Describe your life in one word.
interesting. =)

Have you ever kissed in the rain?
tiada. crying ada. :P

Ever kissed on the beach?
hek? apa soalan ini?

What are you thinking about right now?
freedom~

What should you be doing?
sambung tidur. eh. tak. tak. mandi.

Who was the last person that made you upset/angry?
sharil. so?

What are you listening to?
she wolf - shakira.

Do you like working in the yard?
sometimes~

Do you ever want to get married? kids?
siapa yang tak mahu?

Do you act differently around the person you like?
sometimes. overexcited mungkin. somekind like, nak cerita semua pasal dunia ini dekat dia. 'sampai 5 tahun akan datang pun tak kan habis your stories itu' *ini dia cakap!*

What is your natural hair color?
purely black. =)

Who was the last person to make you smile?
bintang~ =P

What is your favorite meal at your favorite fast food restaurant?
double cheese burger.

Do you cut out coupons?
kalau ada. mahu bagi saya kah?

Whats the wierdest thing under your bed?
buku hot kepunyaan nana. wahahahaha!

please note: no taging. siapa nak buat, you may, as you please. saya tidak kisah.

wardati za'im
bukit jelutong
2.18am

Saturday, October 03, 2009

root canal

Salam semua. How’s life lately? Mesti sibuk pergi open house ke sana ke mari. Sorry tak update blog ini. Yes. Sampai dah bersawang. Saya tahu. Saya sedar. Bukan sengaja. Kesibukan yang amat sangat. Plus, kesihatan diri yang tidak mengizinkan. Tsk~ -.-“

Kesihatan~ sigh~~ lately, gigi sakit. One thing great about it, gigi yang sakit itu adalah gigi depan. Huk. Nak makan susah weih. Kalau sakit gigi belakang, boleh tukar makan sebelah lagi satu. Ini gigi depan weih! Sakit tahu nak makan. Seksa gila!

Hari ini ke dentist. After 3-4 hari menanggung kesakitan itu kan. Tak jauh pun dentist. Bukit jelutong punya 1st dental yang dekat atas bukit tu sahaja. Yang ada pun doctor ganti. Tapi taka pa lah. dah sakit sangat ni, belasah sahaja lah~ huk. Dia check. Dia kata ada bengkak. Siap bagi saya cermin nak buktikan ada bengkak. Oke. Nampak nanah. Tsk. Ada nanah belakang gusi dekat dengan gigi itu. Hukhuk.

Dia ketuk gigi itu, ouh man! Sakit lah! -.-“ dia sembur pula gigi tu dengan air. Wah! Ngilu. Hukhuk. Mata dah berair. Lepas itu, dia kata, nak x-ray. Oke. Fine then. X-ray lah. Lepas x-ray, dia tunjuk. Ada tampalan dekat gigi itu. Huk? Bila ntah tampal gigi depan. Lepas tu tampalan itu terkena urat saraf dekat gigi. That’s why gigi itu sakit.

Solution? Huhu~ this is interesting. ‘gigi awak kita akan jadikan gigi mati.’ whutthe? Ouh mummy! Tak mahu! Tak mahu! ‘erk. Doctor, macam mana nak jadikan gigi mati itu?’ *cover cemerlang chuak dalam hati.* Tapi doctor cakap bahasa arab campur melayu. Satu haram pun tak paham. Lepas tu nurse pun explain;

blogger-emoticon.blogspot.com

‘Nanti kita akan tebuk lubang di belakang gigi awak, lepas itu, kita akan buang saraf itu. So that kita boleh buang nanah dekat akar gigi itu. Then kita akan masukkan endofile. Lepas itu kita letak filling. Then, test sakit lagi ke tak. Tapi treatment kena pergi 2-3 kali juga lar. So, I prefer kamu balik dan fikirkan masak-masak dulu.’

Hek? What? Mata dah nak berair. Weih. Gigi ko akan mati Dart. Lama-lama akan reput. Ko tahu tak ko akan jadi orang tua dalam masa yang singkat? Umur baru 21 babe! Gigi depan dah tak ada. Macam mana ni? Hell no! Tak mahu! Tak mahu!

‘oke. Saya mahu buat appointment. Selasa malam boleh?’
‘selasa malam penuh, rabu malam pun penuh. Khamis boleh?’
‘alright then. Boleh.’
‘sementara waktu, kami bagi kamu antibiotic dan pain killer. Oke?’
(angguk) hek. Ye lar. Oke kan sahaja.

blogger-emoticon.blogspot.com

You guys kena paham. Siapa tahan tak makan sehari semalam? Sampai tak boleh nak tidur, badan panas terasa nak demam. Nak final lagi ni. Sebab tu lah kena setuju. Haizz~ Masuk kereta, mata dah berair. Tsk. -.-“ Tak nak ada boyfriend~ sebab dah tak laku. Nanti boyfriend tinggalkan. Sebab dah tak cantik. *bila kau cantik dart?* Wargh! Sedeyh nya~

blogger-emoticon.blogspot.com

wardati.
bukit jelutong.
4.32 pm

Thursday, October 01, 2009

selamat bulan October :)

It’s October babe! Hue. There’s only 3 weeks left untuk ke kelas. Kemudian final exam. Kemudian habis sem ini. Huh. Cepat nya masa berjalan. Macam terkejar-kejar pun ada. Yes. With all those projects yang baru minggu lepas found out. And those kerja-kerja assignment. And those proposal yang tak terbuat. *and yet, saya boleh pula menaip blog ini. Interesting huh? Kerja tak siap lagi oke.*

Entry ini. Saya mahu wish dekat kawan-kawan saya yang senasib dengan saya, semoga berjaya menyiapkan final project proposal for subject Dr Fakhariah. Kepada Syafa and Zu, good luck untuk present hari Isnin walaupun tajuk belum confirm. Hoho. Untuk kita bertiga yang baru nak ambil subject protocol sem ini, good luck untuk mencari balik file proposal yang dah tak tahu letak dekat mana. Plus baru sedar nak kena present 2 minggu depan. *Hebat betul kami ini.* Tidak dilupakan, untuk subject web programming yang tak habis-habis menangguh kerja presentation project system yang tak tersiap itu. Haha! *Teruk. Teruk.*

Kepada mereka-mereka di luar sana, jangan lah contohi kami. Ambil sikit-sikit subject part 5. Banyak project, bikin runsing kepala je! Haha! I’m dead for sure. Untuk itu, saya ingin menceriakan hati saya dengan meletakkan gambar ini.


model : me
venue: rumahku syurgaku
caption: hodoh. diam ah! :P