Thursday, October 29, 2009

jangan lah buat hal please

Laptop sudah mula buat hal. Nasib baik semua kerja sudah settle. Tinggal final exam saja upcoming event. Tapi saya sungguh sakit hati tatkala saya *skema. Skema.* sedang menaip report dan tiba-tiba laptop terpadam sendiri tanpa memberi signal blue screen menunjukkan windows crash. Haizz~

Sejak akhir-akhir ini juga fan berbunyi seperti harimau mengerang kesakitan *macam pernah dengar je.* Mungkin sudah tiba masanya laptop ini di servis. Makanya dengan itu, saya sudah list kan my birthday present untuk tahun ini dari Baba. Miahahahahahhahaa! *gelak jahat*

Oke. Oke. Tak dapat tak apa, tapi hoping to get it itu, adalah sikit. :P
1. Servis laptop kesayangan.
2. Tambah RAM bagi laju sikit.
3. Mahu external harddisk sebab yang baba bagi hari itu punya dah rosak. *saya tak tahu, memang dah tak berfungsi. :P*
4. Ini optional. Mahu windows professional. Sebab bila saya install software tak cukup function yang sepatutnya ada.

Itu sahaja. Kalau rasa macam nak jimat duit, boleh minta pertukaran suka sama suka dengan laptop baru nana. Haha! *suka sama suka lah sangat. Macam nana nak bagi.* I won’t ask for a new laptop ever since laptop ini telah banyak berjasa. Hek? *poyo. Poyo*

Baba, sila pertimbangkan. Terima kasih. :)

No comments:

Post a Comment