Saturday, November 28, 2009

The sound of the wave

The reason kenapa saya suka tinggal di Bukit Jelutong. Where else you could see this kind of cloud up in the sky that looks like a wave in the ocean? ;]

Friday, November 27, 2009

for Nana from Rumah ;]

Hari ini, khas untuk semua readers yang membaca blog saya, saya akan upload gambar babies yang baru lahir hari itu. Hee. Tak banyak. Just a few. Khas untuk Nana juga yang sibuk mahu gambar snowbelle and her babies. Huhu~




There's a few more. Tapi macam tak menarik. Tunggu dah besar sikit, jalan pun dah tak jatuh tergolek dan tidak kengkang lagi, saya upload lagi gambar babies ini. Hee.

Please note to Nana; nama ekor pintal-pintal umi mahu letak Apple. Ekor panjang is Mya. Yang tompok-tompok masih belum difikirkan.

Thursday, November 26, 2009

hadiah hari jadian

Terasa macam over excited mahu tunjukkan my birthday present untuk ulangtahun yang ke-21. Hehe. Oke. Oke. Today dah pergi ambil hadiah yang dibelikan untuk diri sendiri itu. Ouh well, it is gorgeous! Hehe. I just bought long black cardigan from marble arch boutique. Ouh gambar? Mesti lah ada. Wait!
Tada! Hehe.

The parcel.
The cardigan.
This is how it looks like. ;]

Siapa-siapa yang mahu cardigan macam ini, boleh ah order dekat marble arch boutique. [click sini] Oke. I know semua mesti cakap saya merepek beli hadiah untuk diri sendiri. Tak mengapa. Sekurang-kurangnya saya boleh cerita pada anak cucu. ‘nenek beli baju cardigan sendiri sempena ulangtahun hari lahir yang ke-21.’ Walaupun biasa sahaja. Tapi boleh bangga sikit. :P

And I also got this beautiful birthday present from umi. Which is a comb and a mirror. Bak kata my cousin kesayangan dunia akhirat, Ahmad Soffian Bin Zahari *suka dia bahasakan diri sendiri macam itu* ‘umi bagi awak cermin itu sebab kalau nak mengurat orang, cermin diri sendiri tu sikit.’ Oke darling. Awak boleh diam sekarang. Nanti saya bagi ah cermin juga untuk birthday awak yang dah lepas itu. Hampeh!


Ouh. Hari ini celebrate birthday dengan lunch berdua bersama adik kesayangan di KFC menggunakan duit yang accidently terjumpa dalam diary. *bwahahahahaha!* And having a dinner with family at pizza hut was superb! Ngee~



Hari ini, I jotted here just a simple and silly note to all of you.

Terima kasih buat umi dan baba yang telah melahirkan saya, membesarkan saya, menjaga saya, melayan kerenah saya, menyayangi saya, mencintai saya dan segala-segalanya. I can’t thank you enough for 21 years I’ve been living as a human in this world. I love you both. So much that I don’t know how to pay you both back. ;]

Buat adik-adik. Nana, Boy, Adik. Thank you for being my lovely, yet crazy siblings. You guys gave me rainbow. Thank you for accepting me as a dumb and stupid sister which I know had done too much mistakes in my life. Learn from it, don’t do what I’d done. Thank you for supporting me as an older sister to you guys. Cinta kamu semua.

Untuk bintang hati saya. Kecintaan saya. Pelengkap saya. Kawan saya. Teman menangis saya. Teman ketawa. Teman gila-gila. Teman mendengar. Teman melayan nonsense saya. Teman saya mengarut-ngarut. Pendengar makian saya. Penenang saya tatkala susah hati. Teman saya untuk segala-galanya selepas Wanie pun asyik sibuk je. * :P * Mohd Hafizi Mokhtar. Kamu hadiah terbaik untuk saya. I heart you so much. Thank you for always being there for me.

Untuk teman baik saya. Kesayangan saya. Cinta hati saya. Teman menangis. Teman ketawa. Terima kasih untuk segala-galanya. Nor Alwani Omar, kamu kawan terbaik untuk saya. Sayang kamu sangat. I won’t ask for anything. Just be yourself. Hope kamu dapat bersama hafizi kamu ya! ;] *winks!*

Untuk Abang Ejat, Kak Na yang dah lupa birthday saya but then wish dekat saya selepas Wanie marah kalian berdua. Haha! Tak mengapa. Saya tak marah. Cuma funny with all those excuses untuk cover yang you both terlupa. Teehee. I love you guys so much.

Untuk teman-teman. Terima kasih banyak-banyak atas wish yang sungguh banyak di facebook, di ym, di skype, di message, di called, di myspace, di Friendster. Even though ada yang saya tidak berapa kenal, tetapi masih drop a wish on my wall, my page, my inbox. Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih kerana telah menjadikan hidup saya lebih berwarna-warni.

All of you, thanks for completing my jigsaw puzzle. I won’t ask for more. :)

Tuesday, November 24, 2009

The ups and downs in life

Things goes ups and down lately. Untuk menghiburkan hati yang lara. Dan melupakan segala kesakitan hati dari orang yang tak tahu cara nak appreciate hati ini, *Hope that you’ll learn to. Cause I’m counting on you.* saya, Wardati binti Za’im telah membeli hadiah hari jadi untuk diri sendiri sempena hari lahir saya esok hari. *oke. Boleh gelak sekarang.* hahahahahahaa! Sounds silly aite? That’s the fact! Belikan hadiah untuk diri sendiri oke. Just untuk menghiburkan hati yang sedang berduka, like I said earlier. Well, I deserve to reward myself for being such a fool for this past 21 years old, and to start thinking forward to the future. *Sigh~* I will pick it up tomorrow di pejabat pos laju. I won’t tell you what it is. I’ll tell you guys tomorrow.

Sunday, November 22, 2009

dup dap dup dap dup dap

Lagi 3 hari birthday saya. Tapi hati saya tak tenang. Macam ada something akan berlaku on that day. Kenapa ya? Haizz~ jantung saya macam ini -> dup dap dup dap dup dap. Terasa macam baru lepas berlari marathon. Huh?

family

There’s a fact in life. People come and people go. But only 1 stays close to us. Family. No matter how far we run, how high we fly, how deep we dive, the bond won’t break.

Tapi sekarang ini, ada lagi masih peduli pasal bond ini? Untuk strangers, a person sanggup buang family. Tak percaya? Imagine this;

Girl; darling, kalau kita kahwin, tak mahu duduk dengan family abang.
Boy; erk? Tak boleh lah. I dah lah anak sulung. Kena jaga family lah.
Girl; sampai bila nak duduk bawah ketiak mak? Tak malu ke?
Boy; oke. Oke.
. . . . .
Boy; mak, lepas kahwin tak mahu duduk sini.
Mom; kenapa? Rumah besar-besar macam ini siapa yang nak duduk? Tak kan mak nak duduk seorang?
Boy; alarh mak ni! Benci ah! Saya tak mahu tu, tak mahu lah!
Mom; baiklah.

Belum kahwin, dah buat macam itu. Kalau dah kahwin? Oke. Imagine this situation.

Brother; eh, kenapa kau cakap kasar dengan awek aku?
Sister; eh, mana ada kasar. Aku cakap cukup baik oke. Dia terasa kenapa?
Brother; kau minta maaf sekarang dengan dia. Kalau tak, aku pecahkan muka kau tu.
Sister; kau cakap baik sikit. Esok lusa, kau datang mintak tolong dengan aku, aku tak mahu tolong kau!
. . . .
Brother; eh, tolong ah, aku nak guna duit. Pinjam duit kau.
Sister; eh, apasal kau tak mintak dengan awek kau yang ko jaga sangat hati dia tu sampai adik sendiri kau sanggup nak pecahkan muka?

So? Get it now macam mana life sekarang? Untuk orang lain, family di buang. Tapi bila ada masalah, baru cari family. Peringatan untuk semua. *juga untuk diri sendiri* jangan lebihkan orang lain lebih dari family sendiri. Cause family is everything. I love my family. *chup chup muah muah!*

Friday, November 20, 2009

sampai bila kita nak kena tipu?

Sekarang kita boleh nampak semua produk-produk di Malaysia ini bersaing untuk dapatkan pelanggan yang ramai. Sebagai contoh, TMnet juga P1 wimax. Lolz. Tak habis-habis dengan iklan potong and connect. Macam-macam mereka ini mahu menarik pelanggan ye?

Kalau produk line telefon tak payah cakap lah. Banyak kut. Dengan Digi lagi, Celcom lagi, Maxis lagi. Ouh yah! Saya pengguna yang sangat best. Guna tiga-tiga line. Kalau nak call murah, saya guna Digi. Kalau nak text ke number maxis murah, saya guna celcom. Kalau mahu text ke number celcom murah, saya guan celcom. Tapi saya stick kepada maxis je dahulu sekarang ini since ramai member-member menggunakan maxis *and boyfriend juga*. =P

Ouh yah! Makanan. Ada juga promo-promo ni. Contoh yang boleh diambil ah kan, KFC. They all akan promote makanan yang saving itu. Berapa ye harganya? Plus minus RM6.90 ye? I don’t really know about it. Sebab saya tidak makan KFC. Hehe. :P

Persaing terdekat KFC, Mc D. Mc Value Lunch yang di promotekan kepada pelanggan yang berharga RM5.95 pada waktu tengah hari itu. Sekarang dah ada 10 pilihan aite? Sebut pasal makan mcValue Lunch, point saya untuk entry ini nak cerita pasal mcD je sebenarnya. *mukadimah yang begitu panjang. Haha! =P* hari itu saya makan mcD, saya bought filet o’ fish. *yummy*

Selalu saya beli double cheese burger. Tapi mahu ubah selera, filet o’ fish yang saya pilih. Bila saya buka roti itu untuk letak sos. Ouh man! It was so disappointed. Tengok cheese dia. Otak dia ah. Ada ke patut potong separuh cheese tu. Sungguh tidak adil. Mana boleh macam itu. Ini dah dikira macam menipu pelanggan. Pelanggan dia takkan kurang ah kalau dia letak sekeping cheese tu. Kurang ah rasa filet o’ fish sebab rasa separuh sahaja cheese. Sigh~~

Sampai bila rakyat Malaysia ini nak tertipu dengan benda-benda macam ini. Bagi harga murah, lepas itu serve dengan benda yang tak berbaloi. Macam celcom berukband broadband. Meluat sungguh guna. Line sungguh tak elok. Cerita macam-macam 10x speed. Ceh. Sudah lah! Makan duit orang je, service entah ke mana. Macam streamyxx. Nak upgrade lah konon nya, service line macam itu juga. Makin slow ada la. Tak patut tahu! Sigh~~ -.-“

spoiler

Wednesday, November 18, 2009

Girls

I just doing my online surfing. And I found this quote. Which I found it is interesting to all girls out there like me. ;]
"Girls are like apples. The best ones are at the top of the trees. The boys don't want to reach it because they are afraid of falling. Instead, they just get the rotten apples on the ground that aren't as good, but easy. So the apples at the top think there is something wrong with them. They just have to wait for the one who's brave enough to climb all the way to the top of the tree"
- Pete Wentz

Monday, November 16, 2009

kenapa nak bercinta dengan orang miskin, kalau boleh bercinta dengan orang kaya?

Hello! Hello! *kenapa lah suka sangat tulis hello dua kali? Dah macam cerita pisau cukur pula. hikhik* Ouh. Saya sangat lah suka dengan cerita pisau cukur itu. Menarik! Especially Fazura yang gedix. And Maya Karin yang gedik tidak menjadi. Bwahahahahaha!

The story began with Bella *Maya Karin* gagal dalam rancangan Siapa Nak Kahwin Jutawan. *bwahahahahah!*. Intan *Fazura* is Bella’s best friend and also housemate of course. Couple dengan Datuk Salleh *Radhi Khalid*. Intan and Bella going on a cruise untuk lupakan kisah kegagalan Bella dalam rancangan, Who Wants to Marry a Millionaire itu and plus, mahu cari bakal suami bertittle Datuk or maybe Tan Sri untuk Bella. ;P

The story continues lagi which saya tak mahu cerita banyak. You guys kena pergi tengok sendiri cerita ini. Huh! Sangat happening. Plus! Shahredza Minhat sangat cute oke. I’m so in love dengan muka cute itu oke. Ngee~ ;] *oppsie* adik sangat menyampah melihat saya meniru fazura dalam cerita ini. Wahahahahaha! Kelakar sungguh. Sorry adik. ;]

Rumusan;
Tahap kegedikan; 5/5
Jalan cerita; 4/5
Tahap lawak; 5/5



Pergi lah ke pawagam berhampiran untuk menonton! Have fun oke. Wink! Wink! ;]

saya phobia bawa kereta

Hello! Hello! Kelmarin anak-anak murid umi datang rumah. Impressive tengok semua budak first year datang rumah dan membuat bising. Bwahahahahahaha! It’s fun! Tapi first year? Hebat. Hebat!

They all tidur rumah malam itu. Lagi havoc lah rumah kami. Siap ajak tengok movie tahu! Semua masuk movie tu. Plus me, and Dayah. total semua yang tengok movie 14 orang. Cerita phobia 2. Oke. A little brief untuk cerita phobia;

Phobia 2 is dissected into 5 shorts stories; Novice, Ward, Backpackers, Salvage, and In The End

Novice
a Film by Paween Purijitpanya
the story focusing on a 14 year old; Pey, who has committed a crime Pa-Hin (throwing rocks) (being on the motorcycle throwing rocks to the cars windshield waiting for the car to crashed then steal money and other valuable items from the owner) and in order to keep the news low his mom decided that Pey must get ordained to become a buddhist novice to escape the crime he committed, under the guise of a monk, Pey remains unnoticed as a criminal. However, something deep down inside is bothering him. As he spend the night in the woods trying to meditate something is bothering him, his thoughts and something else. The grip of fear tightens as he realizes that 'karma' has no friend or foe when deciding a man's fate

Ward
a film by Visute Poolvoralaks
Arthit; a playful teenager crashes his bike and breaks both legs. At the hospital he has been moved from the ER room to a shared room. In the room, there is an old man in a coma who has been waiting for almost a month for his family to decide to pull the plug on his oxygen. What happens that night will make Arthit realize that being alone is always better that being around bad company.

Backpackers
a film by Songyos Sugmakanan
Upon graduation, a young Japanese couple decided to travel around Thailand by backpacking. After failed attempts to hitchhike from Samui island to Bangkok, the boyfriend waves a 1,000 Baht note in hopes to entice passing cats to pick them up. What is hiding inside the truck's trailer? Is there something deeper and darker that lurks behind the kind smiling face of the truck driver who lets them hop in? The answers to these questions will cause an adrenalin rush like no other.

Salvage
a film by Parkpoom Wongpoom
Nuch is a car dealer. She makes her living by rebuilding severely damaged cars. But little do unsuspecting bargain hunters know, beneath the new upholstery and shiny repainted exteriors are cars with horror pasts. One night after closing the car garage she discovers her son is missing. Reviewing the security camera tapes she sees her son climb inside a car that she recently bought but nowhere on tapes has him climbing out "Cemetary Garage" where you drive off with more that you bargained for.

In The End
a film by Banjong Pisanthanakun
Ter, Puak, Shin and Aey are the movie crew of an upcoming horror movie. They are shooting their last scene. On the last night, Puak is trying to be cool and tells one of the sick cast members that, "the show must go on". So when that actress accidentally dies during the filming she makes sure to come back from the dead to finish her role. The four of them must shoot the movie that has a real ghost playing the role of ghost in the end. and the main actress must not know about this.

-source : wikipedia


Rumusan untuk tengok cerita ini;
Tahap keseraman; 4/5
Tahap nak muntah tengok darah; 5/5
Tahap sakit jantung (terkejut); 5/5
Overall; 5/5
*Five star. Wink. Wink. ;] *

Tak rugi pergi tengok cerita ini. 5 cerita untuk satu tiket. superb! two thumbs up!

please note; tak paham tajuk phobia dengan semua cerita dalam cerita ini. tapi semua cerita ada kaitan dengan kereta.

Friday, November 13, 2009

Friday the 13th

-source: deviantArt


I’m officially finishing my 5th semester in UiTM. There’s another 2 semesters to complete. Haizz~ penat weih belajar! But it’s okay the fun in study you can’t get it anywhere else. Paper semalam okay. Senang kut. Tapi ada 1 chapter yang saya tak sempat nak study. Kinda takut juga 15 marks boleh terbang macam itu sahaja even though soalan simple and kedekut markah. Imagine 1 soalan dia bagi 2 marks je. perlu ke tak elaborate panjang-panjang soalan macam itu? Hek?

Well, tomorrow saya mahu pergi tengok movie. PISAU CUKUR. Wah! I can’t wait until tomorrow. Hopefully baba bagi keluar. Hee~ Happy Holiday semua! ;]

Ouh! Hari ini Friday the 13th apa ada dengan Friday the 13th ini? kita lihat jawapan wiki~

Friday the 13th occurs when the thirteenth day of a month falls on Friday, which superstition holds to be a day of good or bad luck. In the Gregorian calendar, this day occurs at least once, but at most three times a year. Any month's 13th day will fall on a Friday if the month starts on a Sunday. In 2009 this applies to the months of February, March, and November. The next instance of this appears on the calendar for the year 2015.
-source: wikipedia

Wednesday, November 11, 2009

my 2nd baby turning to 1 year old

Saya sepatutnya study untuk paper esok. Tapi kenapa saya kept on writing untuk entry baru ni? Haizz~ pandai je cari alasan. Kalau tak ada paper, tak ada pula nak menulis entry banyak-banyak kan? Huh! Marah saya sekarang! Oke. Oke. Jangan marah. Sebentar lagi saya akan stadi. Promise. *I will stick to my promise.*

Saya nak bagitahu. My babies dah berumur setahun! Wah! Don’t get it wrongly, masih ingat entry ini? 10 oktober 2008. itu my 1st baby. Yes. First time accident motor and kena tidur hospital. So, today is ulangtahun pertama juga untuk accident yang kedua. Huk~ -.-“ dua kali accident dalam masa sebulan? Hebat. Hebat. Yes. Sangat hebat masuk Emergency Room dua kali sebulan. Tepat-tepat sebulan pula tu. 10.10.2008 dan 11.11.2008. Siapa pernah macam ni? Angkat tangan! ;]

Sakit ouh accident kali ini. Siapa kata tak sakit? Tak mahu cakap banyak. Lihat sahaja gambar. Boleh agak macam mana keadaan saya ketika itu. Dengan final exam yang dalam proses. Huhu~ sangat sadis.

5 stiches. creepy huh?




2 stiches. another creepy one.

yes. I know. I tak cantik sekarang. But who cares? Saya adalah saya. Saya tahu diri saya macam mana. Parut-parut ini, buat saya nampak special what! *Sedapkan hati sendiri.* ;P

quick entry for 09.11.09

09.11.09 – cantik kan nombor ini? Well, this could be the most memorable date to our family. Tarikh ini, rumah kami kena rompak. Ouh yes. DI ROMPAK. *saja je nak repeat dua kali* Haizz~

Kejadian berlaku pada jam 2.30 petang. Pada ketika itu adik bongsu saya sahaja berada di rumah. Memandangkan saya, Wardati binti Za’im perlu ke UiTM untuk menduduki perperiksaan akhir semester maka, saya terpaksa meninggalkan adik yang berumur 11 tahun di rumah keseorangan. *terasa macam baca berita pula. Hek?* ouh well, luckily adik tiada apa-apa. Budak kecil, dia Cuma tahu menyorok. Fuh~ kalau tak menyorok, mungkin akan berlaku apa-apa padanya. Bahaya.

Perompak yang budiman itu telah merompak peti besi kepunyaan baba di dalam bilik tidur utama. *eh, kau tahu pula dalam bilik baba ada peti besi en.* well, technically, kalau kau nak rompak duit, kami tak kisah. Bak kata orang, ‘duit boleh di cari.’ Dokumen-dokumen dalam itu macam mana pula? Haizz~ menyusahkan orang sungguh lah perompak ini.

Luckily adik kesayangan tidak ada apa-apa. *and since when adik dah jadi adik kesayangan? Hee~ ;) *report polis sudah dibuat. Tapi, polis macam tak ada nak buat apa-apa pun. Kan best kalau jadi macam CSI tu. Datang investigate, tengok cap jari ape segala. Haizz~ Malaysia tak besar pun kalau nak cari perompak itu. Ouh I wish I could turn back time which I could save the day by coming back home early. Who knows I could spot the thief earlier ke kan? Haizz~

upcoming birthday present

Adik.
Selesai mandi.
Sarung seluar.
Seluk kocek.
Rm10!
Baba keluar.
Pergi tesco.
Adik? Ikut baba.
Pulang rumah.
Adik datang.
‘akak. Nah!’
Topup rm10.
‘happy upcoming birthday present!’
Wah! Thank you adik. ;)

please note; kredit tinggal 10 sen sahaja tadi. adik hero di waktu susah. hehe~ ;)

Tuesday, November 10, 2009

facebook's game best ke?

Hello! Hello! Hello! Siapa ada facebook? I’m sure ramai ada facebook. Apa yang best main facebook ni? Hurm. Let’s see. Saya paling suka kalau main games dekat facebook. Kalau tengok bookmark dekat bawah tu, semua games. Huhu. Tapi ada satu game ini, memang menjadi kegilaan kawan-kawan saya. Cuba teka apa?

PENCULIKAN!

Haizz~ dulu saya active lah juga main penculikan itu. Mana tak active. Kalau naik level dapat macam-macam. Hideout place, kidnap method, torture method. Tak nak kejam plak method dia. Menggunakan seluar dalam untuk menculik orang. Wahahahahhaa! *sila gelak oke.* Lawak. Lawak. Torture lagi kelaka. Pakai red chili lah. Pijak durian lah. Wahahahaha~ *boleh gelak lagi*

Sekarang sudah retired. Kenapa? Sebab setiap kali saya kena culik, ada orang rescue. And the best part is, the rescuer tu boleh pula culik saya. Baik tak payah rescue. Haa. And benda itu berpusing-pusing sampai mereka penat, and then baru sambung balik main culik saya. Situasinya macam ini; A culik saya. B rescue. A minute later, B culik saya, A rescue. Berulang-ulang. Orang yang sama pula tu. And I was wondering. ‘You guys tak penat ke?’

Setelah lama saya melihat kejadian kidnap-rescue di depan mata ini
*meaning; notification penculikan keeps on pop up.*, tergerak di hati melihat kedudukan. *wah! Ada kedudukan you.* kedudukan dia best. There are top serial kidnapper, top kidnapper, top rescuer, top hostage, and top torturer. Surprisingly, saya termasuk dalam list itu. Guess where is my place? Pfffttt~ *tahan gelak.* top hostage ah! Dah asyik kena kidnap-rescue je. Wahahahahahaha! Siap dapat nombor satu lagi tu. Jangan main-main ah. Game yang satu dunia boleh main dapat jadi ranking nombor satu. You guys boleh dapat ke? *nada berlagak sedikit. poyo.*

Haa. Ini bukti! Siap print screen oke~ tak percaya? Boleh try buka facebook, application penculikan, kedudukan, top hostage.



Untuk mereka yang masih bermain, have fun! ;)

upgrade your things

Saya baru tamat paper final exam yang kedua. Paper protocol. Overall? Tak tahu. No comment. Nampak macam senang. Hakikatnya macam susah. Eh. Ntah. Kalau baca senang lah kut. Tapi saya tidak baca. Tsk.. -.-“

Sehari before exam, senggugut yang teruk telah menyerang. Wargh! Nak bangun pun tidak larat. Apatah lagi membaca buku. Nasib baik, saya boleh ingat sikit-sikit command yang saya pernah buat semasa menjahanamkan ubuntu sehingga crash. Bwahahahahaha! Macam power jep crash kan ubuntu. Haizz~

Ouh yah! Saya sudah meng’upgrade’ mr dunhill. ;) *winks* sekarang, jangan siapa-siapa kutuk mr dunhill ini lembab lagi. Sekarang RAM dia dah jadi 2.5Gb dah. Haaa~ laju lah sikit dari sebelum ni. Ouh yah! Hard disk yang mempunyai kapasiti 120Gb juga telah di upgrade kepada 320Gb. Bwahahahahahaha! *gelak lagi.* terlebih space. Tak tahu mahu isi apa. Baba bagi hard disk besar-besar macam tak mahu bagi saya tukar laptop baru sahaja. Ye lah kan, 320Gb, it’s like u have your lifetime to put your data’s with this space! Belajar pun ada 2 semester je lagi. Get what I meant?

Tapi tak mengapa. When I’m the one who use the laptop, I’ll full it in a very short time. Huh! *cakap macam hebat.* Sebentar lagi mahu install ubuntu balik. Till then, papai!


Monday, November 09, 2009

tak susah pun nak guna photoshop

Hello semua! How was your day? Hee. Mine. Not so good. Sakit perut yang amat sangat membuatkan saya tidur sahaja satu petang. Huh~ PMS itu sangatlah tidak seronok untuk wanita seperti saya.

And wah! Apa saya buat ini? Menulis blog? Weih! Sok pagi paper. Haizz! Dart. Dart. Tak apa. Satu entri sahaja. Then, off to study. Promise ni! *hopefully saya stick to my promise. Heh~*

Actually, mahu share gambar ini;

original picture

editto.

See? Lawa tak saya edit. Bwahahahahaha! *Sila gelak ah sekarang.* Nak share macam mana I edit this picture. Heee. And here is the tutorial. Ouh. This works with all version of Photoshop. *Hopefully.* By the way, saya gunakan Photoshop CS3. Hee. And the turotials are;

  1. Open an image.
  2. Duplicate your layer. Layer >> Duplicate Layer.
  3. Change your new layers blending mode to Hard Light. *using the blending mode drop-down menu in the Layers Palette.*
  4. Filter menu and choose Other >> High Pass. * For this example, sy guna radius of 15 pixels, tp saya rasa, baik kamu experiment sendiri dengan photoshop kamu. ;) *
  5. *Here is a cool Photoshop trick.* With both layers visible and you are using Photoshop hit Ctrl-Alt-Shift-E. Ini untuk tambah a new layer to your image that is a direct composite of the two layers. It is basically the same thing as merging the two layers and duplicating it, but instead you still have your originally two layers intact and unmerged. *Kalau tak paham, buat sahaja step ini.*
  6. Anyways, change this composite layer to Overlay. *Using the blend mode menu in the Layers palette. *
  7. Now take that Overlay layer and apply a Sharpening Filter to it. *Be sure to sharpen the layer much more then you would for a touch up.*
  8. Layer >> New Adjustment Layer >> Hue/Saturation. * To give it a more weathered look it's a good idea to take some of the saturation out and add a warm tint to the image.*
  9. Click the colorize check box which applies a color to the image. Use the Hue slider to choose a warm color and keep the Saturation and Lightness sliders at a pretty neutral level, but feel free to expirement with those slider in your Photoshop image.
  10. Next, bring the opacity of this level down to let some color from underneath show through. I used an opacity of 50%.
  11. Create a new layer and fill it with 50% Grey by choosing Edit >> Fill on your new layer and selecting 50% Grey from the color menu in the Fill dialogue box.
  12. Change this layer to use the Hard Light blending mode just like you do at the beginning of the process by selecting Hard Light from the blending mode options in the Layers palette.
  13. Give this layer some noise, using your judgement, and be sure check on monochromatic.

And walla! Dah siap pun gambar kamu. Heee~ good luck! :)



Friday, November 06, 2009

short and simple

Currently pukul 1 pagi. Mata masih tak mahu lelap. Weih. Tidur lah Dart. Sok kena hantar adik sekolah. Buang masa sungguh di depan laptop tak buat apa. Kenapa? Something keeps on bugging me. Apa ye? Tak tahu la. Ada orang itu keluar. Tak cakap apa pun. Tak text pun. Fine! Tak mahu cari ah. Hati panas da. *might be nak PMS ni. Emo plak.*

Nekad. Kejap lagi, mahu baca protocol. Paper on isnin. Mungkin boleh membantu untuk tidur. Hopefully. Ouh Dart. Bersemangat lah! haizz~ *tak ada semangat.*

tsk. -.-“

Wednesday, November 04, 2009

my babies were born today

I’m so excited! I’m so thrilled! Kenapa weih? Kenapa? sebab, snowbelle yang menjadi kesayangan keluarga *kesayangan ke?* selepas ketiadaan fluffy *ibunya* ke rahmatullah telah bersalin pagi tadi! Oke. Tidak lah terlalu pagi. Dalam jam 11 pagi tadi lah kut.

Until now masih tidak jelas berapa ekor babies yang snowbelle dah lahirkan. Mungkin tiga ekor. *Nampak macam tiga. But adik kata lima. Almari itu gelap kut.* bila snowbelle bunting? Tak tahu lah. dari dulu sampai sekarang Nampak besar tu juga badan dia. Gemuk je. Tiba-tiba pagi tadi adik kata snowbelle dah beranak. Apa kes? Haizz~ wait until her babies besar sedikit, nanti I upload gambar babies pula. Here are some pictures I took semalam! Gemuk gila kut! Patut nya dah boleh agak ah dia mengandung tapi tak bole nak agak. Sebab look at her sleeping. Macam anak jantan! Haizz~







These are nmes Nana suruh letak;

Snowman, Snowboy, Snowgirl, Snowdot, Snowflake, Snowbus, Snowgrass, Snowbag, Snowhair, Snowwhite, Snowtree, Snowshoes, Snowcap.

Semua nama hampeh je. Tak boleh pakai langsung. Chait!

first november wasn't been too happy to start with

November. November. November. Busy. Busy. Busy. My life have been busy since the first day of November.

1st of November hari itu I got an examination. Heh. Imagine exam hari ahad. UiTM memang mengarut. Well. Tak mengapa lah. sekurang-kurangnya I got a place to study. Sambung cerita. Sibuknya belajar untuk paper CSA on 1st November itu, sampai I skip my breakfast and also my lunch. Tiba-tiba malam nya, I kena gastric. Wahahahahahaa! Padan muka. Tsk. -.-“

Bila masuk Dewan Al-Ghazali, *semua orang kata paper dekat BK. Kan bf saya betul cakap dekat dewan. Haizz~ * perut berbunyi-bunyi. Menandakan ‘LAPAR. LAPAR. LAPAR.’ Tak mengapa. Perjuangan perlu diteruskan Dart! Gambatte *apa ntah maksud ini. Hampeh.* pengawas itu cakap, ‘oke. Anda boleh mula menjawab sekarang.’ Bismillahirrahmanirrahim…~

Muka surat pertama..
Question 1; ‘alorh. Theory. Tadi skip chapter 1. Macam mana ini, tak apa, tinggal dulu. Tengok soalan 2.’ *skip, next!*

Question 2; ‘RADIX? Ape RADIX? Kopi RADIX? Haram apakah ini? Tak pernah dengar pun!’ *skip. Next!*

Question 3; ‘precision? Theory lagi. Adeh. Skip! Ouh. Pengiraan. Convert. Convert. Kenapa nombor macam pelik tak pernah nampak? Haizz~ tak mengapa. Jalan kerja sama sahaja.’ *at last! Ada juga yang boleh di jawab.*

Writing..
Calculating..
Writing..
Calculating..

Question 4; *had a glance at the clock.* ‘weih! Cepat nya dah sejam setengah! Question 4 apa ni? haaa~ yang ini pernah tengok. Overflow. Apa ye. Ouh. Adding 2 +ve numbers resulting –ve number.’ *1st theory yang di hafal.*

Writing..
Calculating..
Writing..
Calculating..

Question 5; ‘Lukisan! Huhu. macam mana ye gambar dia. Ouh! Get it!’ *lukis for both question (a) and (b)*

Sketching..
Writing..
Sketching..
Writing..

Question 6; ‘at last! Soalan favourite aku. At least ada juga yang aku tahu jawab semua.’

Writing..
Calculating..
Writing..
Calculating..

Question 7; ‘ini pun boleh jadi favourite. Alorh. Tinggal 45 minit lagi! Lukisan kejap lagi lah.’ *sudah 2 jam lebih menjawab exam.*

Writing..
Calculating..
Writing..
Calculating..

Question 8; ‘lorh. Leceh nya nak mengira. Lenguh dah~ whatthe? Kenapa tiba-tiba tak ada soalan symbol table? Alorh. Soalan (c) theory pula!' *pasrah~*

Writing..
Calculating..
Writing..
Calculating..

*30 minutes left* ‘sambung lukis soalan number 7. 5 marks yang membantu!’

Sketching..

Pengawas; ‘masa telah tamat. Letak pen anda sekarang.’

Siap! Even lompong-lompong. Tak menyempat nak mengejar masa. Tangan dah biru. Kesejukan punya pasal. Hampeh~

Surprisingly, soalan RADIX yang nombor dua tadi, satu kelas tak boleh jawab. Even budak yang paling nerd selalu ke kelas pun tak boleh nak jawab. Mana lah kami pernah jumpa base 18. tak logik!HAMPEH~