Friday, November 20, 2009

sampai bila kita nak kena tipu?

Sekarang kita boleh nampak semua produk-produk di Malaysia ini bersaing untuk dapatkan pelanggan yang ramai. Sebagai contoh, TMnet juga P1 wimax. Lolz. Tak habis-habis dengan iklan potong and connect. Macam-macam mereka ini mahu menarik pelanggan ye?

Kalau produk line telefon tak payah cakap lah. Banyak kut. Dengan Digi lagi, Celcom lagi, Maxis lagi. Ouh yah! Saya pengguna yang sangat best. Guna tiga-tiga line. Kalau nak call murah, saya guna Digi. Kalau nak text ke number maxis murah, saya guna celcom. Kalau mahu text ke number celcom murah, saya guan celcom. Tapi saya stick kepada maxis je dahulu sekarang ini since ramai member-member menggunakan maxis *and boyfriend juga*. =P

Ouh yah! Makanan. Ada juga promo-promo ni. Contoh yang boleh diambil ah kan, KFC. They all akan promote makanan yang saving itu. Berapa ye harganya? Plus minus RM6.90 ye? I don’t really know about it. Sebab saya tidak makan KFC. Hehe. :P

Persaing terdekat KFC, Mc D. Mc Value Lunch yang di promotekan kepada pelanggan yang berharga RM5.95 pada waktu tengah hari itu. Sekarang dah ada 10 pilihan aite? Sebut pasal makan mcValue Lunch, point saya untuk entry ini nak cerita pasal mcD je sebenarnya. *mukadimah yang begitu panjang. Haha! =P* hari itu saya makan mcD, saya bought filet o’ fish. *yummy*

Selalu saya beli double cheese burger. Tapi mahu ubah selera, filet o’ fish yang saya pilih. Bila saya buka roti itu untuk letak sos. Ouh man! It was so disappointed. Tengok cheese dia. Otak dia ah. Ada ke patut potong separuh cheese tu. Sungguh tidak adil. Mana boleh macam itu. Ini dah dikira macam menipu pelanggan. Pelanggan dia takkan kurang ah kalau dia letak sekeping cheese tu. Kurang ah rasa filet o’ fish sebab rasa separuh sahaja cheese. Sigh~~

Sampai bila rakyat Malaysia ini nak tertipu dengan benda-benda macam ini. Bagi harga murah, lepas itu serve dengan benda yang tak berbaloi. Macam celcom berukband broadband. Meluat sungguh guna. Line sungguh tak elok. Cerita macam-macam 10x speed. Ceh. Sudah lah! Makan duit orang je, service entah ke mana. Macam streamyxx. Nak upgrade lah konon nya, service line macam itu juga. Makin slow ada la. Tak patut tahu! Sigh~~ -.-“

spoiler

2 comments: