Sunday, January 24, 2010

Saya tidak

Sepupu.kesayangan : awk kna kawen cpat2..
Dartiey : huh? x mahu lar
Hello. What’s with the dialogue? It’s a piece of the conversation between me and my cousin. What’s up with him nak saya kahwin cepat-cepat entah. Reason? Sekarang sudah 22. Kalau tua nanti, tak ada orang mahu. Persoalannya siapa yang mahu? Siapa boleh jawab? Saya tak boleh. Kamu? Kamu juga mungkin tidak. People come and go in my life. Tapi nak pilih the right one tu, susah. Bukan senang. Hari ini saya dengan dia. Esok lusa? Mungkin dia tinggalkan saya dan bersama yang lain. Siapa tahu? Saya tidak. Kamu?

Kahwin? Lupakan sahaja. Mungkin saya akan memerhatikan kawan-kawan saya naik ke jinjang pelamin dulu sebelum saya bersedia untuk berada di tempat seperti mereka. Kenapa? Kerana saya tidak percaya. Percaya pada mulut yang bercakap tentang cinta dan kasih sayang kepada saya. Funny? Nope! Fact! Mungkin juga saya akan memerhatian mereka mempunyai anak-anak kecil yang aktif berlari ke sana ke mari tatkala pada ketika itu saya sedang sibuk menguruskan diri sendiri yang masih tidak terurus lagi. Sigh~ mengeluh? Ya.

Senang mereka berkata-kata. Kahwin sahaja, dia pun bukannya muda lagi. Tapi bagaimana kalau dia bukan untuk saya? Bagaimana jika dia cuma a lesson learn in my life? I have to search all over again, am I? Bagaimana kalau suatu hari nanti, saya berkahwin dengannya, tapi saya tidak dapat memberikan zuriat padanya? Will he stay with me forever? Yes? Jaminan nya apa? Kamu jamin? Dia? Bagaimana jika sekarang dia katakan, I’ll stay with you no matter what happen tetapi at the end dia berubah fikiran? Bagaimana jika saya di benci? Bagaimana jika saya di buang? Jaminannya apa? Cinta. Lautan api sanggup di renangi. Gunung Everest sanggup di daki. Cinta. Buktinya? Tiada. Hari ini, macam-macam madahnya. Esok lusa? Kamu tahu?

Saya tidak.

Monday, January 18, 2010

NKVE or KESAS?


Pernah tengok NKVE jam? Seriously, saya tak pernah. 2 tahun dah saya duduk di Bukit Jelutong. Hari-hari menghadap NKVE dari tingkap bilik, tak pernah nampak NKVE jam teruk. Selalunya yang jam teruk, KESAS. Pagi ini, NKVE highway kesayangan pemandu-pemandu di waktu pagi kerana tak jam itu telah sesak pagi tadi. *cewah. Macam baca berita.*

Oke. Proceed. Pagi tadi, saya hantar adik pergi sekolah. On the way pergi, tengok dekat tol Shah Alam, jam. Fine. Perkara biasa, lepas tol ada simpang pula. Confirm sesak. Bila saya dah masuk NKVE menghala ke Klang. Eheh. Jam teruk dekat jalan arah ke KL. Saya dengan selamba, buat-buat tak tahu sambil dalam hati, berdoa nanti balik, tak jam lah. On the way balik, still the same.

Main point saya nak cerita dekat sini, bukan pasal jam tu. Pasal kereta kesayangan baba dan Nana yang saya cerita di entry yang sebelum ini mati di kala tengah-tengah kesesakan lalu lintas itu. Ouh thank you katak biru. Kau dah Berjaya buat aku cemas.

Nice one mini. Nice.

3 kali start, baru boleh hidup balik. Jantung dah macam nak tercabut ‘dup dap dup dap’. Kau memang sengaja nak tarik perhatian orang kan katak biru. Dapat je hidup balik, terus saya ambil laluan kecemasan. Haaa! Straight masuk exit Shah Alam. Cepat-cepat drove balik rumah. Mintak simpang babe mati tengah jalan lagi.

Please note; sebab itu saya rajin mengupdate blog pepagi buta. ;]

Sunday, January 17, 2010

katak biru ku

Tadi masa sibuk mengusha gambar-gambar di dalam handphone, baru teringat nak post satu entry. No wonder malam tadi rasa macam missing something semasa saya sibuk posting pasal UiTM kesayangan ramai tetapi bukan kesayangan saya itu meletakkan palang automatic di fakulti.

Hari ini saya wrote entry yang yang missing malam tadi. Haa! Ini bukan cerita tipu. Ini betul-betul. This sem, saya ke kelas menaiki katak biru. Uh. Apa itu katak biru? Ouh katak biru ku kesayangan baba juga Nana. Here she is. Panggil she tahu, sebab kereta kan bini kedua kepada seorang lelaki. Makanya dengan itu, ini bini kedua baba lah. Haaa!

First week selepas kelas start, saya drove mini cooper kesayangan semua ini. Sampai dekat junction seksyen 6, tiba-tiba mati. Hampeh. Kenapa? Why? Mengapa mesti mati di tengah jalan? Habis semua kereta dan motor yang lalu memandang kereta kesayangan di tepi jalan. Sigh~ -.-“


Ever since katak biru ini mati di seksyen 6, Ariff Iskandar a.k.a kawan di kala susah dan senang datang melihat. Saya state lagi sekali, melihat. Bukan membantu oke. Apa lah kau ni Arep. Lepas itu, semua housemates Arep datang to the rescue. Wooot! Wooot! Mula-mula Remy berhentikan kereta. Katanya nak hantar girlfriend dia pergi kerja. Oke fine. Lepas tu, tak datang-datang. Thank you Remy. Tunggu kena dekat mini cooper kau pula!

Lepas Remy,Zul datang bawak jumper lagi you. Lepas zul, Epy pula melintas. Tapi dia suruh buang je katak biru ku. Hampeh betul. Lepas itu, Onnie. Haa! Tengok! Semua pun nak ada. Kalau boleh angkut dengan rumah itu, rumah-rumah sekali datang melihat saya. Haha! Tapi mereka datang melihat je. Buntu weih! Kereta old-school ni. Bukan kereta baru nak main suka-suka call ‘pomen’. Masa tu, call baba. Ada dekat 6-10 kali call. Tak angkat-angkat. Think positive; ‘dalam toilet ni.’

After an hour dekat tepi jalan, akhirnya baba sampai to the rescue. Sekali baba usik fius je. Aduyai~ Nampak sangat noob gila bab kereta. Fail sungguh! Booo dekat dia sebab tak tahu pasal kereta!

Kelas. Kelas. Kelas.

I know it’s been a while since I had posted something up in this blog. Maaf lah, kesibukan kerana tidur menyebabkan saya tiada masa untuk post entry di blog ini. Haha. I don’t know what had happen to me. Ever since pergi kelas, pulang dari kelas. Pergi hantar adik sekolah, pulang dari mengambil adik. Saya kept on tidur jam 8 malam. Straight sampai subuh. Haa! Kuat gila tidur! Kadang-kadang saya bagun jam 12 atau 1. Itupun kerana terasa macam tangan kebas akibat tidur yang lama di atas lantai. Ouh yah! Kadang-kadang kalau saya bangun pun, saya akan tengok handphone *if ada message, saya reply.* then saya naik ke atas katil and then sambung tidur.

So today, saya mahu post bukan pasal saya tidur of course. Pasal perjalanan ke kelas sepanjang sem baru yang sudah bermula ini. sigh~ -.-“

As I said before, UiTM terlalu murah hati meletakkan palang-palang automatic yang bertindak sebagai touch ‘n go yang cuma lecturer sahaja boleh masuk ke dalam kawasan fakulti dan parking di dalam. Ever since that stupid palang yang menyemak di tengah-tengah pintu masuk dan keluar fakulti itu ada, kami students yang drove to the class terpaksa merempat mencari parking di sana-sini hanya untuk menghadirkan diri ke kelas. Ouh yah, the best part is, ada parking space, tapi kena berebut dengan budak sport rec, engineering, dentistry. Haizz~

And guess where I found out a place to park my car. Depan kolej teratai, berhampiran dengan tangga kejayaan. Ouh kenapa saya panggil tangga kejayaan? Sebab tangga itu mencuram macam 45degree agak nya. Plus! Anak tangga nya itu, kecil-kecil. ;]

saya pulang dari kelas.

siapa dia ni? tak tahu lah.

oke. ini lah dia, tangga kejayaan.
banyak pahala saya naik tangga ini mahu ke kelas.
Mungkin setiap satu anak tangga boleh naik 0.01 point CGPA ke.
;]

and bila sampai atas, tengok parking lecturer! kosong babe!

Terima kasih kepada UiTM kerana telah menyediakan perking lecturer yang cuma beberapa orang sahaja. Buat apa parking lecturer banyak-banyak? Students lagi ramai. patutnya buat parking student yang banyak. Entah apa lar UiTM ini. Parking di depan tangga kejayaan will lead to saman dari pak guard. Rumors dah tersebar pak guard pernah saman and clamp kereta parking di situ. Waiting for my turn pula lepas ini I guess. sigh~~ -.-"

Please note; agak-agak you guys, ada tak orang kuat UiTM baca my blog? Mana nak tahu, tiba-tiba luahan hati ini kedengaran ke. haha~

Friday, January 08, 2010

Terima kasih sungguh tagging aku.

1. Adakah anda rasa anda HOT???
Itu sudah semestinya. Paling hot is bahagian parut bawah dagu. haha! *hampeh nye jawapan*

2. Upload gambar kegemaran anda.

3. Cerita pasal gambar
Gambar my parents dekat atas Table Mountain. Credit to me. I'm so talented. Tsk -.-" *Poyo. Poyo*

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Hari Ahad lepas kalau tak silap.

5. Lagu terakhir anda dengar
Modread - Neeruza Ozawa. *Bunyi macam lagu jepun, padahal lagu melayu je.*

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
Main game di mukabuku

7. Selain nama sendiri anda di panggil nama apa?
  • Akak.
  • Dart.
  • Daty.
  • Aty.

8. Tag lagi 8 orang
  1. Nana
  2. Nesa.
  3. Boy.
  4. Deena. *Aku tak peduli kau nak buat dekat mana, yang penting kau buat. haha*
  5. Ezzah.

*ah.. 5 cukup lah. tak boleh nak fikir siapa lagi.*

9. Siapakah orang no.1 kepada anda?
My sister yang study di Jordan

10. Kata sesuatu mengenai orang no. 5
Ezzah. Aku nak pergi lawat kau sebenarnya 6hb, tapi ayah aku tak kasi ikut. Sebab dia pergi London kejap sangat.

11. No. 3 ada hubungan dengan siapa?
Dia ada hubungan dengan ramai gadis-gadis di luar sana. Actually, tak tahu siapa gf dia. Hari ini nampak dia gado dengan gf. Minggu depan dia dah dapat gf lain. Hebat. Hebat. Ouh. Dia juga adik saya.

12. Bagaimana pula dengan no. 4?
Hubungan dengan saya, rakan sekelas masa sekolah. Dia ada hubungan dengan bf dia yang satu course dengan dia.

13. Pesanan kepada orang no. 6
Tiada no. 6. macam mana ni?

14. Kata-kata cinta untuk no. 2
I love u Nesa. ;]

15. Adakah no. 7 dan 8 punya persamaan?
Siapa 7 dengan 8?

16. Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda
  1. Tengku Norfathihah
  2. 3 Jan 1987
  3. Hometown; Kuala Terengganu
  4. Ex-UiTM Perlis
  5. Bsc. (Hons) IT

17. Persamaan antara kambing ngan lembu?
Dua-dua ada ekor.

18. Perasaan anda buat tag ini
Heartless.

19. Adakah anda tahu si razman itu sengal?
Siapa razman?

20. GAY o LESS??
Siapa yang gay? siapa yang less? Haa.. Jawab-jawab.

Monday, January 04, 2010

Berberapa hari sebelum new year

Hello readers. Mood mengudate tengah banyak. Sila jangan Tanya kenapa. ;]

You guys tahu tak bila masuk tahun 2010 I mean like beberapa hari before new year, I pergi search google untuk ini:-


Resultnya, saya dapat INI. ;]

Wah! Cepat sungguh kalau bab tengok movie kan. Belajar malas. -.-“ ouh well. Belajar tu belajar juga, tapi hiburan itu perlu. Oke. :P

Ini adalah movie yang saya rasakan best and mesti pergi tengok di wayang. * Kenapa pula mesti? Oke. Boleh lah gelak sekarang. -.-“ *

  1. Case 39
  2. Tooth Fairy
  3. Haunted Universities
  4. Percy Jackson and the Olympians
  5. Alice in Wonderland
  6. Diary of a Wimpy Kid
  7. Iron Man 2
  8. Shrek Forever After
  9. Toy Story 3
  10. Resident Evil : Afterlife
  11. Harry Potter and the Deathly Hallows
  12. Upin Ipin : Angkasa
Haa. Rujuk sendiri bila tarikh akan ditayangkan. Bukan sengaja check on movies in theater. Alang-alang tak dapat nak buka jadual kelas di iCress *laman web jadual kelas UiTM.* Mengusha lah movie-movie. Ini senarai yang macam menarik dari bulan satu sehingga tahun 2011 *which is Upin Ipin itu.*

Happy 23rd Birthday Teha

Hello. Hello. Hari ini dah 4 January. Saya tahu saya dah lambat sehari untuk wish birthday kawan saya; Tengku Norfathiha. Bukan apa. Letih saya pikir, nak tulis apa untuk birthday budak ini. Still, otak saya tak boleh berfungsi untuk taip something yang menarik. Hurm. Mungkin kerana sibuk pikir kan kelas untuk semester ini. Ye lah. Course saya banyak kelas pagi, and saya tak mahu bersesak-sesak di jalan raya dengan orang yang sibuk mahu ke kerja hanya kerana saya mahu ke kelas. Juga bersesak-sesak di pintu UiTM selama 15 minit. Dan mengambil masa mencari parking dan berjalan ke kelas. So, kena ambil precautions. Register kelas yang lewat sikit dari pagi which ambil kelas dengan budak course lain. *oke. That’s too much. Dah jauh menyimpang dari tajuk asal*

Haaa! Pelik tak macam mana saya kenal cik teha ni? Tak perlu pelik. Tak perlu. Kami dulu sama-sama belajar di UiTM Araustralia. That’s how I knew her. Dulu dia senior saya. Dulu saya rapat dengan housemate dia, Putri Anis Nadiatul Ida. *oke. Nama putri pun mencapurb sekali* Dulu saya selalu lepak rumah budak ini. Tidur rumah dia. Makan rumah dia. Mandi dekat rumah dia. Haaa. Dulu juga saya suka kutuk ex-boyfriend saya dalam bilik cik Teha ni. Sebab roommate dia tu *si Farah*, kalau bab mengutuk orang memang syok di buat partner.
Tapi itu semua dulu. Sekarang susah dah nak buat semua itu. *Tsk -.-" * Saya dekat UiTM Shah Alam. Cik Teha ni sudah kerja di Terengganu. Ouh babe! Tak apa, kampung aku pun dekat Terengganu. Bila-bila kalau aku balik kampung boleh lah nak lepak-lepak ke. :D even though jauh di mata, once my friend, always be my friend. Right Teha?

Haa.. sudah-sudah bercerita.

I just wanna wish you happy 23rd birthday. *ouh. Sengaja di besarkan.* May God blessed you and your life. ;]

Haa. Jumpa satu gambar dengan dia.
Ini masa dinner BITZ. ;]

Friday, January 01, 2010

010110



It’s New Year baby. Happy New Year semua. It’s time to open a new book and paint it with all the colours you can as you go through this year.

2009. This year banyak sungguh ajar aku about life. Tak kira lah apa pun, yang pasti semua yang berlaku dalam life ini semua ada dalam tahun 2009. Tahun ini lah belajar pasal family, friends, relationship, semua ada. Cukup setahun saya duduk dekat UiTM Shah Alam ini. Life dekat Arau dengan life dekat Shah Alam, lain. Kalau dekat Arau, tak sambut new year. Still remember. Masa part 2, hari new year falls on Tuesday. Kami ada kelas kut. Heh.

Anyway, enough with all those ayat-ayat yang menyedihkan. Hari ini 010110. Kalau ikut binary number it’s equals to 22. Tahun ini saya akan menginjakkan umur saya ke setahun lagi tua which is 22 tahun! Wargh! Tak suka. Tak suka. Saya sudah semakin tua. Boooo untuk umur 22. Kalau umur 21 oke lah juga. Bila terbalikkan, jadi 12. Huh~ kalau mahu 21 sahaja sampai bila-bila boleh? Heee…

By the way, Happy New Year you alls!