Monday, January 18, 2010

NKVE or KESAS?


Pernah tengok NKVE jam? Seriously, saya tak pernah. 2 tahun dah saya duduk di Bukit Jelutong. Hari-hari menghadap NKVE dari tingkap bilik, tak pernah nampak NKVE jam teruk. Selalunya yang jam teruk, KESAS. Pagi ini, NKVE highway kesayangan pemandu-pemandu di waktu pagi kerana tak jam itu telah sesak pagi tadi. *cewah. Macam baca berita.*

Oke. Proceed. Pagi tadi, saya hantar adik pergi sekolah. On the way pergi, tengok dekat tol Shah Alam, jam. Fine. Perkara biasa, lepas tol ada simpang pula. Confirm sesak. Bila saya dah masuk NKVE menghala ke Klang. Eheh. Jam teruk dekat jalan arah ke KL. Saya dengan selamba, buat-buat tak tahu sambil dalam hati, berdoa nanti balik, tak jam lah. On the way balik, still the same.

Main point saya nak cerita dekat sini, bukan pasal jam tu. Pasal kereta kesayangan baba dan Nana yang saya cerita di entry yang sebelum ini mati di kala tengah-tengah kesesakan lalu lintas itu. Ouh thank you katak biru. Kau dah Berjaya buat aku cemas.

Nice one mini. Nice.

3 kali start, baru boleh hidup balik. Jantung dah macam nak tercabut ‘dup dap dup dap’. Kau memang sengaja nak tarik perhatian orang kan katak biru. Dapat je hidup balik, terus saya ambil laluan kecemasan. Haaa! Straight masuk exit Shah Alam. Cepat-cepat drove balik rumah. Mintak simpang babe mati tengah jalan lagi.

Please note; sebab itu saya rajin mengupdate blog pepagi buta. ;]

4 comments:

  1. Mesti keta tuh best giler kan ..

    ReplyDelete
  2. best? sigh~~ kalo da asek nk buat hal, best ke? -.-"

    ReplyDelete
  3. mintak keta baru la..haha

    ReplyDelete