Friday, February 26, 2010

Nana, kau mesti baca ni

bRokeN heaRt: oi
bRokeN heaRt: da kul 12
bRokeN heaRt: bkn almost lg da
bRokeN heaRt: da 19
bRokeN heaRt: tinggal setahun lg ko nk jd teen
bRokeN heaRt: pasni jgn perasan muda lg org tua
nana: aku mmg muda
nana: DARI KAU
bRokeN heaRt: tp aku lebeyh awet muda
bRokeN heaRt: muahahahahaah
nana: walaupun hakikatnye aku rase ummi konfius
nana: umi ngn baba konfius
bRokeN heaRt: apesal plak
nana: aku sbnrnye kakak
nana: ko adek
nana: tp ms kecik dlu aku lg kcik dr ko
nana: maka
nana: dorg konfius
bRokeN heaRt: ko mmg besar dr dulu
nana: membuat ko kakak dan aku adek
bRokeN heaRt: jgn perasan ko kecik ea
nana: dan aku rase sbnrnye aku wardati
nana: kau nabeehah
bRokeN heaRt: hoh?
bRokeN heaRt: hi wardati
nana: umi dan baba kondius
bRokeN heaRt: da mcm pelik plak bunyi nye
nana: konfius
bRokeN heaRt: jgn perasan
bRokeN heaRt: aku tetap kakak
bRokeN heaRt: hurm
bRokeN heaRt: mcm mne nk bukti kn ye?
bRokeN heaRt: aku ase
bRokeN heaRt: kne buat test lar
bRokeN heaRt: eh
bRokeN heaRt: logik lar aku kakak
bRokeN heaRt: aku piyed dulu
bRokeN heaRt: ko lmbt
nana: eh
nana: ko hormon terlebih
nana: sebenarnye ko piyed drjh4
nana: aku piyed form3
nana: ha!
bRokeN heaRt: hoh?
bRokeN heaRt: tidak
bRokeN heaRt: tidak
bRokeN heaRt: aku blom matang
bRokeN heaRt: x bole jd
bRokeN heaRt: x patot
nana: bole jadi yea

conversation pada 24 feb 2010. happy birthday budak gemok. sila jangan makan dengan banyak sebab bila kau balik rumah, badan kau akan bertambah besar. Huahuahua. Jangan perasan kau adalah kakak aku, aku tetap kakak kau. Huh! Umi cakap umi tak konpius. Cepat balik jadi doktor. And jangan cari orang arab buat suami. Nanti kau susah nak balik Malaysia sebab cuti tak sama. :P

I lap-lap euw. :D

P/s: aku punya gigi dah cantik balik. :P

Saturday, February 20, 2010

Prosperity Burger

Tips untuk student yang tidak bekerja dan cuma ada duit untuk cukup-cukup makan dalam seminggu bagi mengelakkan membelanjakan duit kamu kepada adik-adik yang suka makan makanan yang tidak berkhasiat juga fast food supaya adik kamu tidak gemuk dan mengalami obesity pada usia yang muda. *hoh? Panjang~ Macam buat karangan SPM. Rasanya, SPM pun saya tak tulis macam ini.*

Tips ini berkesan kepada saya ;)

Kakak; ‘Adik nak makan apa hari ini?’ *maksudnya, nak suruh saya masak apa.*
Adik; ‘prosperity burger large. mcValue meal tengah hari murah kan.’ *pengaruh iklan kuat ni.*
Akak; ‘mana ada murah! Mahal juga dari lain-lain. Tak boleh. Nanti gemuk’
Adik; ‘Eh. Murah lah! Jangan tipu ea.’
Akak; ‘tak kisah lah murah ke, mahal ke. Tak boleh! Kalau adik asyik minta akak belanja itu ini, habis lah duit akak. Macam mana akak nak simpan untuk kahwin macam ni?’
Adik; *diam and senyum*

-gotcha!-

Friday, February 19, 2010

At-10-tion

Hello friends. Hari ini I ada satu pengumumam. Hoh. Apekah? Pengumuman. Silap taip. Sorry. *dasar malas nak tekan backspace betul. Never mind. * so! Back to the topic. Pengumuman yang ingin di buat tidak lah sebesar mana pun. No. no. I bukan nak buat contest. Belum sampai ke tahap itu tujuan I blogging. Huh. I nak buat pengumuman pasal I’m using my celcom semula. Bukan I dah tukar tak guna maxis. Still I guna juga maxis. But I guna dua number.

My sis bagi pinjam dia punya handphone ever since kalau dekat Jordan guna satu number je, so what’s the point dia nak guna sampai dua handphone kan? So, sebab dia dah dapat handphone cangih Umi which siapa pembaca setia my blog mesti perasan I pernah guna handphone itu suatu ketika dulu semasa I practical, makanya dengan itu, handphone Samsung nya diberikan kepada saya. Oke. Tidak diberikan. Diberi pinjam. Haish.

Siapa-siapa yang tidak dapat call my maxis num, bolehlah call number celcom saya. Terhad kepada keluarga, sahabat handai dan sesiapa yang mempunyai number saya. Tujuan saya guna dua number ini sebab maxis di Bukit Jelutong sangatlah ‘terbaik’ line telefonnya. Sehinggakan saya mengisytiharkan handphone yang tidak sampai setahun itu rosak padahal service provider yang tidak bagus. -.-“ ouh yes.

Ada lagi tujuan lain. Supaya baba tidak cakap saya pergi block number baba sebab tak mahu angkat call sedangkan maxis yang problem which kadang-kadang menjadikan handphone Samsung itu bengong seketika sehingga perlu on off kan ia. Eh. Mana boleh block number baba. Kalau I block nanti susah lah I nak mintak duit belanja. Haha! Joking. Joking. Baba jangan mara. I know you’re reading this. Hehe. Kalau I block susah lah nanti kalau katak biru mati tepi jalan. Superman mana I nak call. Huahua. :P

So. Siapa-siapa yang ada my celcom number yang I guna since form 5 dulu tu. Yes. Thats the number. And siapa yang ada my maxis number, tapi geram sebab I selalu lambat reply sebab mesej maxis lambat sampai, boleh text my maxis number untuk request my celcom number. Huh.

Thursday, February 18, 2010

parking di UiTM bila nak selesai?

Eheh. Lama dah tak update pasal UiTM punya parking yang sentiasa membawa masalah kepada student tu kan? Well. Dah hampir sebulan saya ke kelas tidak menaiki katak biru ku. Haaa. Cuba teka naik apa? No. no. bukan bas oke. Dekat Bukit Jelutong mana ada bas. Tak pernah nampak bas masuk area sini pun. Huh. Ouh well. Dah sebulan saya naik baby saya ini.


Ouh. Tidak. Ini bukan baby baru. Ini lah baby yang sama yang jatuh tergolek and hampir dikejar anjing semasa di Arau dulu. And. And. Baby ini juga lah baby yang sama I cuba selamatkan dari calar yang teruk dan telah menyebabkan diri sendiri terkena 7 stitches which is 5 dekat dagu and 2 dekat tangan. Haaa. Ini lah dia baby itu. Baby yang I sayangi selepas Mr Dunhill I *laptop I oke*. Jangan salah paham. I tak suka pink. Tapi sebab eksidensi yang telah berlaku. I kena tukar cover set jadi colour pink sebab colour hitam tak ada. Pity me huh? Tapi pink not bad oke.

Baby ini namanya, hurm. Ape ye. I tak pernah kasi nama dekat dia macam my lappy. Selalu I sebut RH2644 je. Memang tak ada kerja panggil number plat. Haha! So, siapa-siapa readers yang terjumpa baby warna pink ini di tengah jalan, boleh lar honk saya and cakap; ‘Dart! Aku readers blog kau!’ ewah~ ayat poyo.

Thursday, February 11, 2010

Cermin mata! Cermin mata!

Siapa dekat sini yang pakai cermin mata? Angkat tangan nak tengok. Ouh. Ouh. Kalau you guys check mata, selalu nya dekat klinik ke, hospital ke, kedai cermin mata? Ha! Saya dapat check mata free! Dekat UiTM je.

*Selingan gambar tak ada kerja.*

Semua student UiTM patut tahu, UiTM ada klinik optometris. Tapi klinik ini ada dekat UiTM Puncak Alam sahaja. Kenapa? Sebab UiTM Puncak Alam sahaja yang ada course Optometris. UiTM lain tak ada. So, siapa-siapa yang duduk di UiTM Puncak Alam boleh lah melawat klinik optometris di tingkat 6 bangunan FSK 2,3,4. Eheh. Jangan Tanya kenapa bangunan itu 2,3,4. Saya pun tak tahu. Kalau tanya student dekat situ mereka pun tak tahu kenapa ada bangunan yang berlabel *wah! Berlabel katanya.* FSK 1,5 ; FSK 7; FSK 6 dan FSK 2,3,4.


Eheh. Cerita belum habis. Sabar dulu. Siapa yang mahu pergi check mata free, waktu operasi ialah pada hari Isnin – Khamis jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. *Promote. Promote.* Kalau nasib baik, dapat lah my Love doctor, cousin kesayangan *atas request dia suruh saya tulis macam ini.* Encik Ahmad Soffian bin Zahari.

Ini lah dia. Lelaki kedua yang saya percaya dalam hidup saya selepas ayah saya.

Ouh yes. Sebelum terlupa. Perlu diingatkan, doctor ini semua bertauliah. Mereka Cuma mahu memperaktikkan apa yang mereka belajar sahaja. Juga diingatkan, prosedur check mata orang ini mengambil masa 2 jam oke. Selagi lagi ulang, 2 JAM. Jadi, siapa yang mahu menggunakan khidmat doktor mata UiTM, sila kosongkan masa anda pada waktu pagi oke?

Please note: doktor perempuan ramai yang cun. :P

Monday, February 08, 2010

Account Cancellation

Saya sudah delete account Friendster juga Myspace. Ever since saya rasa semua social network itu macam tak bernyawa je. So, teman-teman lama, siapa yang mahu contact saya semula, add lar Facebook saya ye? ;) *wink-wink*

Eheh. Kenapa keep Facebook? Sebab boleh nampak flow nya macam ini; time sekolah, semua orang sibuk Friendster. Habis SPM, semua orang sibuk nak ada Myspace. Time tu Friendster dah ketinggalan zaman. Masuk U, semua orang nak ada Facebook. Eheh. Kenapa saya ikut orang? Yes. Saya typical Melayu. Hahahaha. Tak ada lah. Saya nak main game je sebenarnya. Hahahahha! *Evil Laugh*

Tanya saya, game apa saya tak main dalam Facebook? Farmville, Petville, Fishville, Barn Buddy, Crazy Planet, Penculikan, Rock Riot, Home Inn, Restaurant City, Country Story, Ponzi Inc, Hapy Pets, Gangster City, Roller Coaster Kingdom, Sky City, My City Life, Farm Country, Tiki Farm, Happy Aquarium, Medical Mayhem, Friends For Sale, Rock Lagends, Words Challenge, SuperPocus, Typing Maniac, Geo Challenge, Music Challenge. Ada lagi game yang tak tersenarai?

Bak kata kawan saya; kalau dah nama nya budak komputer, game memang tak kan boleh dipisahkan. Heee~ :D

Thursday, February 04, 2010

Akak fasi, snap lah gambar kami

Macam dah lama sangat tak update blog. Bukan nak kata malas. Tapi, memang malas pun sebenarnya. Hehe. Well, hari sabtu yang lepas, bertarikh 30 Januari 2010, ada Program Pemantapan Ukhwah untuk Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Data dan Perangakaian atau lebih dikenali dengan CS225. *Cewah. Nama nak hot gitu.*

Atas kehendak hati yang lara setelah terdengar ketua projek program itu cakap; ‘dart, tengah hari makan sambal ikan dengan udang masak lemak.’ Terus saya pergi letak nama sebagai fasi you.

Hahahahaha! Overall program, it’s fun! Saya jadi photographer tidak bertauliah. Problem nya di sini, saya masih belum dapat lagi gambar-gambar yang saya snap itu. Ouh well, nanti sahaja saya upload. Sehari lepas program itu, saya kena demam teruk. Until today pun, suara masih serak basah ala-ala Ramli Sarip. Cuma bila nak menyanyi suara saya tak keluar seperti Ramli Sarip sebab tersangkut-sangkut. Haha! Please pray for my health oke.

Please note; dadah-dadah yang doktor bagi betul-betul buat saya rasa macam nak muntah. I really hate medicine!