Thursday, February 11, 2010

Cermin mata! Cermin mata!

Siapa dekat sini yang pakai cermin mata? Angkat tangan nak tengok. Ouh. Ouh. Kalau you guys check mata, selalu nya dekat klinik ke, hospital ke, kedai cermin mata? Ha! Saya dapat check mata free! Dekat UiTM je.

*Selingan gambar tak ada kerja.*

Semua student UiTM patut tahu, UiTM ada klinik optometris. Tapi klinik ini ada dekat UiTM Puncak Alam sahaja. Kenapa? Sebab UiTM Puncak Alam sahaja yang ada course Optometris. UiTM lain tak ada. So, siapa-siapa yang duduk di UiTM Puncak Alam boleh lah melawat klinik optometris di tingkat 6 bangunan FSK 2,3,4. Eheh. Jangan Tanya kenapa bangunan itu 2,3,4. Saya pun tak tahu. Kalau tanya student dekat situ mereka pun tak tahu kenapa ada bangunan yang berlabel *wah! Berlabel katanya.* FSK 1,5 ; FSK 7; FSK 6 dan FSK 2,3,4.


Eheh. Cerita belum habis. Sabar dulu. Siapa yang mahu pergi check mata free, waktu operasi ialah pada hari Isnin – Khamis jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. *Promote. Promote.* Kalau nasib baik, dapat lah my Love doctor, cousin kesayangan *atas request dia suruh saya tulis macam ini.* Encik Ahmad Soffian bin Zahari.

Ini lah dia. Lelaki kedua yang saya percaya dalam hidup saya selepas ayah saya.

Ouh yes. Sebelum terlupa. Perlu diingatkan, doctor ini semua bertauliah. Mereka Cuma mahu memperaktikkan apa yang mereka belajar sahaja. Juga diingatkan, prosedur check mata orang ini mengambil masa 2 jam oke. Selagi lagi ulang, 2 JAM. Jadi, siapa yang mahu menggunakan khidmat doktor mata UiTM, sila kosongkan masa anda pada waktu pagi oke?

Please note: doktor perempuan ramai yang cun. :P

4 comments: