Saturday, March 27, 2010

‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’

Hye semua. Lama nya tak tulis entry baru. Bukan tak mahu. Malas sahaja. *sama je kan?* jangan terkejut kenapa tiba-tiba ada entry baru. Bukan nak membalas balik entry adik kandung yang mengutuk saya di blog dia oke. No no nehi! But soon, will be. Huahua. Rilek dulu. Bagi panas sikit, baru kutuk balik. Ceh. Ouh. Hari ini. saya nak bercerita pasal istilah ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ dan dasar ini di UiTM. Wah! Bunyi macam gempak. Oke proceed.

Semua tahu, prime minister kita, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mengeluarkan dasar ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Apa kaitan dasar ini dengan UiTM di hatiku? *cewah. Ayat macam orang berfalsafah.* jangan risau. Saya cuma menyuarakan apa yang saya rasa. Dan saya yakin serta pasti, semua pelajar di UiTM juga akan menyoalkan perkara ini. huahua.

Kalau kita lihat, istilah ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ maksudnya, Negara kita, mendengar kata-kata rakyat. Atau dengan kata lain, apa pun, rakyat dulu. Cuba tengok balik di UiTM. Dekat mana istilah ini digunakan? Hah? Part mana satu rakyat didahulukan itu kalau parking student pun tak disediakan secukupnya. Parking lecturer dan staf, berlambak-lambak. Sampai terlebih-lebih. Rasa macam nak buat rusuhan pula. Eh. Rasa je. Tak berani pun.

So, point nya di sini. Kalau kami tak didahulukan, macam mana kami nak buat pencapaian UiTM ini naik yang kononnya mahu bertaraf antarabangsa? Haaa. Kan dah berkait tu. Kami tidak didahulukan, makanya pencapaian pun tak diutamakan. Tak percaya? Bila parking tak ada, berapa ramai student tidak mahu ke kelas? Macam mana nak score exam? Get my clue?

Cerita panjang lebar, saya pendekkan lah. Saya memang akan parking kereta katak biruku di tangga kejayaan yang saya telah ceritakan di entry Kelas.Kelas.Kelas. Hah. 23 haribulan yang lepas. Saya di saman! Sebab parking di situ. Oke fine! Kenapa nak saman? Sebab saya tak parking dalam petak kuning? Mana petak kuning untuk student? Mana? Karang, ada jugak buat mogok semua student jangan pergi kelas. Hah! Geram betul. Dah! Malas nak layan lagi pak guard. Peduli apa aku. Aku nak parking juga dekat situ. Still tak mahu buat sticker. Biar kan!

Saturday, March 20, 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Hello! Hello! Hye semua. Macam mana hari ini? Selalu hujung minggu anda semua buat apa? Ouh ya, ada event menarik untuk anda pergi pada bulan april nanti. It’s Gatsby Deodorant Street Fair. Street fair ini adalah dengan kerjasama dari nuffnang dan Gatsby oke.


Detail mengenai event ini:
Date: 17th April 2010
Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Apa yang menarik?
Banyak yang menarik di sana. Tak rugi kalau anda semua pergi. Ada lucky draws dan ini bukan sebarang lucky draws di mana anda boleh menang barangan elektronik yang bernilai sehingga Rm15,000. Kalau anda rasa anda lucky pada hari itu, boleh pergi ke street fair ini.

Bukan itu sahaja, event ini juga menyediakan pelbagai permainan yang menarik. Permainan-permainan yang boleh anda lihat di fun-fair ada di event ini. Jangan lepaskan peluang anda mencuba Sumo Wrestling (dalam air-bag suits), gladiator battle dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik yang anda akan lihat seperti di fun-fair.

Menarik bukan? Cara-cara untuk ke sana mudah sahaja.
Anda boleh pergi menelefon abang teksi dan cakap dekat dia macam ini, ‘Abang, saya nak pergi ke Gatsby Deodorant Street Fair dekat Berjaya Times Square.’

Jika anda tidak mahu menaiki taksi atau memandu kerana jalan di Kuala Lumpur agak sesak pada hari minggu, anda boleh menaiki monorail dari KL Sentral ke Jalam Imbi. Berjaya Times Square berada berhampiran Stesen Monorail Jalan Imbi.

Teruja bukan? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah lawati laman web ini: http://www.gatsby.com.my/streetfair

I guess I see you guys di Gatsby Deodorant Street Fair ini pada 17 April nanti oke?

Friday, March 19, 2010

If you own a digital camera, it doesn’t mean that you’re a photographer.

Sekarang ini, kalau saya sebut digital camera, confirm semua orang tahu DSLR kan? Jangan kata orang yang bekerjaya, budak-budak sekolah pun dah ada digital camera sendiri. Saya? Saya tak ada. I’m not really interested in those ‘creatures’. I mean, bukan tak minat langsung. It’s smart. Really. Kalau orang guna depan mata kita, definitely kita cakap ‘pergh. DSLR siot. Smart gila.’ For the fact is, it’s only a camera though. Bukan apa pun. Kalau I guna Lumix baba pun, and edit sedikit, letak dalam facebook, confirm orang tanya, ‘dart! Kau pakai camera apa?’ -.-“

See orang zaman sekarang? Trend. Sangat typical. Yes. Sometimes, saya pun jadi sebahagian orang yang typical itu. : ) ouh well, saya nak comment sedikit. Sedikit je. Bukan banyak pun. To all those people that have their own digital camera. Stop pretending that you are a photographer. When you have this ‘creature’ it doesn’t mean that you are a photographer. Besides, you are just the owner of the ‘creature’. Siapa setuju? Duh~ -.-“

Tak setuju? Let me told you something. Lihat sahaja dalam internet. Berterabur gambar-gambar yang orang snap dengan digital camera. Now tell me one thing. Bila you tengok. Mesti you cakap, ‘Wah! Smart kut.’ Right? Yes. Terpaksa admit sebab tahu dia guna digital camera. Kalau setakat camera itu hebat, but still, cara menggunakan camera itu pun tak betul, serupa kalau you beli camera biasa right?

There’s a person. Memang kalau tengok update di facebook, tak habis-habis pasal camera dia. Macam hebat sangat lah camera dia. Tapi kalau tengok, gambar dia ada 1 je expression. I mean, 1 jenis sahaja. Macam, tema dia 1 sahaja. Alarh. Macam mana nak bagi terang? Oke macam ini. Kalau dia upload gambar, mesti gambar itu berlatarbelakangkan waktu senja, awan yang menutupi matahari yang segan silu nak melabuhkan tirai untuk tukar ke waktu malam. Dengan gambar close up model dia. Sangat lah meluat tengok, dari depan album, sampai belakang, gambar itu sahaja. Macam tak ada variety. Plus! Colour terlalu berat. Macam menipu pun ada. Macam kalau baju warna hijau cair, tiba-tiba nampak macam hijau pekat sedikit. Edit sahaja lebih. Tangkap gambar tak ada skill juga. Ada gambar orang kahwin, close up juga. Haha! *sorry huh. Siapa yang terasa.*

There’s another person. Kalau tangkap gambar, kadang-kadang sampai bawa tripod. Tapi still, gambar tak menarik pun. I mean. Kalau menarik, dia suka edit terlampau sangat. Even masa I bagi my pictureof the lion yang I snap dekat johannesburg, dia edit sampai nampak fake. Sangat lah tak menarik.

But! Some people have their own perspective in arts right? An art is something subjective any way. So, different people, different perspective. Jangan blame I for what I’m saying sebentar tadi. I cuma cakap apa yang I nampak. Apa yang I rasa boring dah untuk dilihat. Sometimes, something ordinary pun boleh jadi an art.

No offense. Saya cuma cakap apa saya rasa, apa saya fikir. To all those people out there, kalau betul-betul nak masuk bidang ini, buatlah betul-betul. Pelbagaikan skill. As I said before, if you own a digital camera, it doesn’t mean that you’re a photographer. You are just being the owner of the camera.

Thursday, March 18, 2010

sedih tapi boleh ketawa?

I miss my lappy. Urgh. Baru seharian dia dekat hospital I da rindu gila dekat dia. So, today ingat nak cerita benda-benda best. Tapi kalau dah lappy yang dipinjam dari baba ini tak berapa best sebab something’s wrong with the keyboard, tak ada mood larh nak cerita. Malas nak godek-godek. Sebab not in the mood to godek-godek laptop pinjam. Besides, pinjam. Buat cara pinjam lah kan. Hee. And now terpaksa menggunakan keyboard PC untuk menaip. Pity kan? -.-“

Well, remember I cakap I ada project and I’m looking forward to it. Hurm. Postponed lah dulu. Belum ada masa nak buat project itu. By the way, project lecturer bagi pun masih belum terbuat oke. Haish. Kenapa lah semester ini I macam quiet slow~ duh.

Last Thursday ada seminar CaiREX dekat Dewan Sri Budiman, UiTM. Seminar CaiREX ape? Seminar kerjaya untuk budak-budak final year. *Bunyi macam hebat dah jadi budak final year.* well, bukan nak cerita pasal seminar pun. Nak cerita pasal kejadian berlaku pagi itu sebelum mula seminar itu.

Hari itu, I drove pergi UiTM. Gatal sangat nak drive. Serves me right, I tak jumpa parking pun. Setiap tempat, pak guard jaga. Kiri kanan. Semua jalan masuk pak guard jaga. Ada lah dalam 3 kali I pusing kawasan DSB itu untuk cari parking. Kali yang ketiga I round, time tu dah pukul 9.30 pagi. I thought, pak guard dah blah kut. Sebab student semua dah masuk kelas kan kul 8.30.

Tiba-tiba, dalam jarak 4 meter depan I, I nampak lah seorang pak guard ini. Dia naik motor UiTM. Scooter karisma warna putih itu. I still remembered his face. Dia macam perasan I nak parking tempat staff, dia menuju ke rah i. dia nak berhenti belakang 1 kereta mungkin, tiba-tiba I nampak dia jatuh tergolek. Bukan jatuh biasa, jatuh macam ala-ala cerita Hindustan tu. Haha! :)

I tak berhenti. I tak berani. I tahu, kalau I berhenti, nanti dia saman ipula. Sebab, what’s my excuses driving dekat parking staff kan? So, I blah je terus. *jahat. Jahat.*

Monday, March 15, 2010

3D lebih menarik oke.

Saya dah tengok Alice in Wonderland! Huahua. *Berlagak sikit bunyi nya* Brief sikit. Overal cerita, Superb! Tak rugi kalau pergi tengok. Dari awal, sampai akhir, memang terrific! I like. Imaginasi kena tinggi tengok cerita ini. Well, cerita ini adalah sambungan kepada cerita kartun yang zaman kecil-kecil dahulu. Eh. Zaman belum lahir tetapi waktu kecil pernah menonton sekali. Hah!

So hari itu pergi tengok dengan adik-adik and baba. Boleh pula dalam lift on the way balik baba cakap tak paham tengok cerita itu. Haizz~ -.-" Sabar je lah. Adoi.

Advice saya, pergi lah tengok 3D punya. It's more worth it oke. Kalau ada masa nanti saya nak tengok yang 3D pula. And then berlagak pula dekat adik. Huahua! >:)

Rating; 10 stars out of 10! :P

Sunday, March 14, 2010

Sale is everywhere!

Malaysia banyak betul sale kan? I was wondering. Ini kah sebabnya tourist suka datang Malaysia selain daripada pantai-pantai dan pulau-pulau yang cantik?

Sekarang ada Grand Prix Sale. Kenapa ye namanya Grand Prix Sale? Pelik lar. Well, siapa yang tak setuju Malaysia banyak sale? Let me tell you the facts about sale dekat Malaysia ini. Malaysia ada 3 bangsa kan? India, Cina, Melayu. Every races, have their own celebration. India - Deepavali; Chinese - Tahun Baru Cina; Melayu - Hari Raya. Hah! Itu belum campur perayaan-perayaan yang kecil-kecil. Macam Chap Goh Mei, Thaipusam, Hari Raya Aidiladha. Hah! Banyak lah perayaan kalau nak dihitung dengan jari.

So, setiap perayaan, mesti ada sale. Confirm! Kalau ditambah, tolak, darab dan bahagi, semua ada 3 kali sale sepanjang tahun. Lepas itu, campur dengan sale cuti sekolah, yang orang selalu sebut, Back to School punya sale. Lepas itu, tambah pula sale tengah tahun. Sometimes people called it Mega sale. Hah! And bila sampai akhir tahun, Year End Sale pula. Kira lah berapa kali sale. Saya pun dah tak terhitung dengan jari dah. Uncountable.

Sale ini seronok. Paling seronok orang perempuan lah kan? Time ini lah nak beli macam-macam. Saya tengah tunggu bila mood saya nak sampai ini? Mahu shopping! Mahu shopping! Bila mood nak ada ini? Sigh~~ -.-"

Friday, March 12, 2010

Forbidden Love

Tadi saya macam nak taip sesuatu. But then saya lupa, saya tutup blog. And now baru saya teringat apa yang saya nak tulis . Haha!

Sekarang saya nak cerita kisah pelik dunia sekarang. Well, kadang-kadang kita akan rasa annoy dengan melihat lelaki berpasangan dengan lelaki. *Gay* Nampak weirdo sikit. Kalau perempuan dengan perempuan macam tak berapa pelik sebab bila mereka rapat, mereka macam adik beradik. Cuma yang akan nampak pelik bila perempuan yang menyerupai lelaki *pengkid* akan berpasangan dengan perempuan yang hot gila. Dengan kata lain, lesbian.

Jangan salah faham, saya bukan nak bercerita pasal gay, or lesbian. Ini bukan untuk menjatuhkan air muka sesiapa. Just for sharing sahaja. Besides, sharing is caring kan. :)

Kalau dekat Malaysia orang yang buat sumbang mahram memang akan dikeji, dicaci. Betul tak? Cuba you all imagine, kalau ayah berhubungan dengan anak perempuan. Or abang dengan adik perempuan. Bila mereka menjalinkan hubungan itu, mereka ada perasaan seperti pasangan kekasih dan menikmati setiap detik bersama-sama. So, kalau mereka menjalinkan hubungan and dapat baby, apa panggilan untuk bayi itu? I mean, macam mana dia nak panggil ayah dia itu ayah sedangkan ayah dia itu atuk dia? Urgh! I really don't have a clue for that.

So guys, cerita panjang lebar tak guna juga, straight to the point. Here you go.

Lokasi; Selatan Australia.
Pasangan: John Deaves, 61 and Jennifer Deaves, 39.

Statement oleh Jennifer:
I was looking at him and sort of going "Oh, he's not too bad."Like you might look at a man across the bar at a nightclub.

Statement oleh John:
Much the same. I met Jennifer and I realised she was a beautiful, desirable woman.

Eheh. Boleh tanya tak? Mana otak? Mana akal? Ayah dengan anak pun tak tahu mana satu. Hello! Binatang might be tak kenal adik beradik or ayah anak. Tapi kau manusia. Mana common sense yang you suppose to protect your family? But instead of that, you sendiri yang rosakkan hidup anak you. Oke. Even though dia rela, but still, she's your daughter. Guess what? They both have a baby. Mereka claim. Anak pertama perkongsian hidup, mati sebab penyakit genetik. Anak kedua sihat walafiat. Pelik hah?

Temuramah lebih lanjut; sila click sini :)

Thursday, March 11, 2010

Semalam yang hangat

Baru saya perasan. If saya stress, saya kurang makan. If saya tak ada mood, saya tak makan. Semalam saya cuma makan sarapan sahaja. Hari ini, saya kelaparan. Tapi tak tahu kalau saya ada selera nak makan. Oleh kerana semalam saya tak ada selera, pink day saya tidak menjadi semalam. Semalam siap pakai baju pink, tapi percubaan nak beratur di baskin robin dan melihat scoop itu dicedok dalam bekas very bery strawberry dan letak di dalam cup sambil telan air liur sangat lah tidak berhasil. Semua nya gara-gara tiada mood. Nampak baskin robin, hati kata "mahu! mahu!" tapi bila nak parking; "malas lah".

Tak apa, minggu hadapan ada lagi. Semalam ada test. Sebelum test semua orang muka stress gila. Kelam kabut sana sini. Tiba-tiba lecturer entrepreneurship tu cakap; "It's normal lar to fail an exam and repeat it all over again." Haha! Rock oke. It's normal katanya.

By the way, hari ini cuba untuk mengumpul segala mood yang ada untuk ke kelas pula. Ouh yah! Saya ada project. And I am so excited about it. *kan bagus kalau nak exam macam ini. Excited and then succeed. -.-" *

Tuesday, March 09, 2010

Wednesday = Pink Day

Kalau waktu-waktu stress selalunya orang perempuan suka makan chocolate, ais-krim. Yes. Yes. I'm one of them. Malaysia sekarang kan asyik panas sahaja. Kalau makan ais-krim syok ouh panas macam ini!

Semalam, masa tengah mengusha facebook. Ada one of my friend letak profile picture gambar ini!

Kalau lepas ini ada sesiapa nampak Dart dekat Baskin Robin setiap hari rabu beratur membeli ais-krim dengan berbaju pink, jangan tanya kenapa. I told you guys already. This is the reason why. :)

Get your double Jr scoop with a price of one single scoop. :)

Ouh tak sabar nak tunggu wednesday! :)

please note: baru perasan, kerana terlalu excited, dari atas sampai bawah penuh dengan icon ' :) ' Heee

Monday, March 08, 2010

Stress huh?

Sekarang kerja macam banyak gila! Sampai tak ada masa untuk diri sendiri. ouh saya perlukan urutan spa. Kalau ada dalam bilik, sangat lah terbaik. Confirm saya tidur dengan lena. Huahua.

And tiba-tiba time masa inilah hati terasa macam nak pergi berjalan-jalan. Bila fikirkan nak pergi jalan, terasa macam nak balik Arau and pergi beli cendol pulut dekat Fatin Corner and makan dekat jetty Kuala Perlis sambil tengok sunset seorang diri. *Ouh man! Layan blues pula.*

Relaks sikit ouh otak. Serious tak tipu. Ini duduk bandar apa ada? Nak cari port menarik nak makan keropok lekor sambil tengok matahari terbenam pun tak ada. Yang boleh nampak dekat dengan Istana tu. Hah! Situ sunyi babe. Seram~~~ -.-"

Ouh cendol pulut. Yummy~~ :P

Kau macam gajah

Tengok! adik kandung sibuk suruh editkan blog dia jadi macam blog budak belajar oversea yang tak boleh diletakkan linknya di sini sebab orang itu might baca blog ini. hah!

So, semalam saya tolong adik kandung edit blog dia dengan menukar pelbagai layout sampai lah dia berpuas hati dengan colour striking gila sampai sakit mata-mata aku nie hah!

Click here for the result. Lawat lah blog adik kandung yang dari waktu saya online tadi tak habis-habis tulis dekat ym macam ini; 'Nama kakak saya wardati. dia gemok. lagi gemok dari saya. dia tipu kata saya lagi gemuk dari dia. berat dia 80kg bahagi dua. dia sangat gemok dari gajah. atok gajah lagi kecik dari dia.'

Hampeh. -.-"

Friday, March 05, 2010

muka saya hitam

Masa dekat kampung hari itu, umi cakap muka saya hitam. Semuanya gara-gara saya suka picit-picit muka. Hah! Balik je rumah, rajin betul saya pergi cari kedai untuk buat facial muka. Tapi tak jumpa lagi. So, siapa tahu, tempat nak buat facial dekat area Shah Alam?

Ever since saya terasa muka saya dah hodoh, rajin betul pergi beli mask dekat watson’s. Haha! Lepas pakai, terasa muka suci bersih. Ceh. Terasa je. Bukan nya nampak suci bersih pun. Ye lah. Nak putih bersih mana boleh berlaku dalam sehari. Betul tak? Macam masa balik dari capetown dulu, dua minggu saya terperap dalam rumah semata-mata mahu pulihkan balik kecerahan kulit muka. *hahaha!* ouh well, it works oke.

Anyway, kalau ada sesiapa tahu dekat mana nak buat facial area Shah Alam ini, boleh drop comment ye. Thank you guys! Eh. Guys jarang pergi facial. Thank you girls! ;)

Thursday, March 04, 2010

Makan tangan kanan, boleh jadi kecil.

Rajin betul saya post lagi satu entry untuk malam ini. Haha! Tak kisah lah. Guys. Guess what? Esok cerita Alice in Wonderland keluar! *macam lah semua orang tak tahu kan?* oke fine. Semua orang patut tahu cerita itu. Ye lah. Advertisement sana sini. Lepas itu, dengan muka Johnny Depp kesayangan semua pula yang terpampang di billaboard. Siapa yang tak tahu esok keluar cerita itu dekat movie, memang sangat pelik.

To be honest, saya memang sangat in love dengan cerita ini. Ever since I was a little kid. Haha! Cerita kartun yang keluar tahun 1951 kalau tak silap, saya ulang tengok banyak-banyak kali. Huhu. Maybe sebab cerita itu banyak lagu. Lepas banyak benda boleh bercakap. Arnab, kucing, caterpillar, etc. Best. Best. Seronok apa kalau jadi Alice. Makan tangan kanan, boleh jadi kecil. Makan tangan kiri, boleh jadi besar.


Alice in wonderland yang baru macam menarik. All those make ups, character, semuanya smart! Siapa yang nak belanja saya tengok 3D? I would be so delighted if ada orang nak belanja. Haha! ;)


oren boleh bercakap memang sangat pelik

Malas. Sangat malas nak update. Tak ada cerita menarik kut. Tak tahu lah. Tok nek baru meninggal Sabtu lepas. Currently tiada mood untuk berbuat apa-apa. Serabut memikirkan final year project proposal yang tak di approve-approve. Haish. Waiting. Siapa suka waiting? Semua orang tak suka. Heh.

Apa-apa hal, enjoy dulu lar video dekat bawah ini. Sangat-sangat annoying. Haha!