Saturday, March 27, 2010

‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’

Hye semua. Lama nya tak tulis entry baru. Bukan tak mahu. Malas sahaja. *sama je kan?* jangan terkejut kenapa tiba-tiba ada entry baru. Bukan nak membalas balik entry adik kandung yang mengutuk saya di blog dia oke. No no nehi! But soon, will be. Huahua. Rilek dulu. Bagi panas sikit, baru kutuk balik. Ceh. Ouh. Hari ini. saya nak bercerita pasal istilah ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ dan dasar ini di UiTM. Wah! Bunyi macam gempak. Oke proceed.

Semua tahu, prime minister kita, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mengeluarkan dasar ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Apa kaitan dasar ini dengan UiTM di hatiku? *cewah. Ayat macam orang berfalsafah.* jangan risau. Saya cuma menyuarakan apa yang saya rasa. Dan saya yakin serta pasti, semua pelajar di UiTM juga akan menyoalkan perkara ini. huahua.

Kalau kita lihat, istilah ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ maksudnya, Negara kita, mendengar kata-kata rakyat. Atau dengan kata lain, apa pun, rakyat dulu. Cuba tengok balik di UiTM. Dekat mana istilah ini digunakan? Hah? Part mana satu rakyat didahulukan itu kalau parking student pun tak disediakan secukupnya. Parking lecturer dan staf, berlambak-lambak. Sampai terlebih-lebih. Rasa macam nak buat rusuhan pula. Eh. Rasa je. Tak berani pun.

So, point nya di sini. Kalau kami tak didahulukan, macam mana kami nak buat pencapaian UiTM ini naik yang kononnya mahu bertaraf antarabangsa? Haaa. Kan dah berkait tu. Kami tidak didahulukan, makanya pencapaian pun tak diutamakan. Tak percaya? Bila parking tak ada, berapa ramai student tidak mahu ke kelas? Macam mana nak score exam? Get my clue?

Cerita panjang lebar, saya pendekkan lah. Saya memang akan parking kereta katak biruku di tangga kejayaan yang saya telah ceritakan di entry Kelas.Kelas.Kelas. Hah. 23 haribulan yang lepas. Saya di saman! Sebab parking di situ. Oke fine! Kenapa nak saman? Sebab saya tak parking dalam petak kuning? Mana petak kuning untuk student? Mana? Karang, ada jugak buat mogok semua student jangan pergi kelas. Hah! Geram betul. Dah! Malas nak layan lagi pak guard. Peduli apa aku. Aku nak parking juga dekat situ. Still tak mahu buat sticker. Biar kan!

2 comments:

  1. i have two of this kind stuff...it already thrown away to longkang or somewhere....hell i care....parking uitm mmg shit

    ReplyDelete
  2. haha. rilek je. sy tak mahu byr. sbb xdftr pown kete tu. huahua~

    ReplyDelete