Wednesday, April 28, 2010

Another paper

Saya baru lepas another paper. Protocol Survey. Ya Allah, sungguh saya mahu repeat subject ni. Saya tak peduli. Orang nak kata apa kata lah. Saya tak puas hati. Oke. Tell me. Siapa classmate saya yang puas hati dengan soalan sem ini?

Adoi. Sem-sem lepas soalan dia banyak mengira. Ada true false. Ada 10 je soalan objective. Kenapa tiba-tiba tukar pula letak soalan 20 objective? True false pun tak ada. Apa cerita? Mana soalan subnetting yang berlambak buat latihan dalam kelas, tutorial, kuiz. Soalan MTU yang puan letak dekat kuiz and test kenapa tak keluar? Soalan window size yang puan bising cakap nanti masuk exam, nanti masuk exam mana? Soalan routing table, Djikstra Algorithm, Shortest path pun tak keluar. Adoi. Sungguh saya rasa tertipu. Saya tak ada mood da. Mahu repeat. Baik repeat dari dapat sekadar cukup-cukup makan. Sungguh. Kutuk lah saya. Maki lah saya. Subject ini sepatutnya keluarkan soalan pengiraan. Dan bukannya theory. Mana boleh keluarkan theory kalau kami tak ditekankan!

UDP Datagram pun tak keluar, tiba-tiba keluar TCP. Penat je saya hafal UDP Datagram punya. Tiba-tiba TCP pula yang keluar. Puan tak sebut pun perlu hafal. Cis! Ini tidak adil! Saya mahu retake balik subject ini. Cakap pengiraan banyak. Tapi letak theory je. Tak patut. Wargh! Stress! :'(

Monday, April 26, 2010

Fast Update

Fast update. Exam dah start. Mood: malas yang amat! Tapi still, kena study jugak. Nak exam kan. Cis. Paper ENT semalam, nak kata tak boleh jawab tu, boleh lah juga merepek-repek menggoreng sampai hangus. Tapi, betul ke salah tu, tak sure pula. Adoi. Tak apa, tunggu next paper, Protocol Survey pula. Sigh~

Wednesday, April 21, 2010

Exam lagi dan lagi dan lagi.

Aaaaa. Asal nak exam je stress. Asal stress je nak exam. Eh. Silap. Kalau kena present untuk subject pun boleh stress ouh. Fine. Sem lepas kalau nak exam saya pergi Arau. Jalan-jalan melawat kawan-kawan. Sem ini, tak ada study week ye kawan-kawan. Makanya dengan itu, saya duduk dirumah mencuba untuk membesarkan perut tapi end up membesarkan tidur. -.-"

Ouh yes. Wanie will be coming tomorrow. Biasalah, nak exam macam ini, I need some recharge oke. So, she's here to help lah. Haha. Oke tipu. Wanie nak pergi UiTM. Nak pinjam thesis senior untuk report practical dia. So, she's dropping by at my house. Untuk beberapa hari sahaja. Planning on bringing her to some place that she will not be forgotten. Mana ya?

Thursday, April 15, 2010

Bayi

Bayi. Saya mimpi tentang bayi. Bayi saya. Teman-teman saya tanya, macam mana rasanya ada keluarga? Saya senyum. Pandang bayi saya. Bahagia. Bahagia tak terkata. Tiba di lapangan terbang itu, bayi saya hilang. Hilang di ambil orang. Ke kiri saya cari. Ke kanan saya pergi. Masih tak jumpa. Pulang ke rumah saya gila. Bila saya tersedar dari mimpi, mata saya basah. Saya menangis. Dalam mimpi saya menangis.

Ya Allah takutnya. Sungguh saya takut. Saya takut melihat diri saya di waktu itu. Katalah apa sahaja, mimpi, mainan tidur. Kalau saya kata, ini mimpi saya yang kedua macam mana? Mimpi yang sama saya dapat beberapa bulan yang lepas. Situasi nya sama. Tempatnya sama. Orang nya sama. Bayi yang sama. Baju yang sama. Nama yang sama. Semua nya sama. Petanda apa?

Setahu saya, mimpi selalunya akan berlainan. Tapi kenapa saya dapat mimpi yang sama? Sedangkan saya tak fikirkan apa-apa pun sebelum saya tidur. Nak fikir tentang berumah tangga pun tidak pernah, apatah lagi mempunyai bayi.

Mimpi kedua buat saya takut. Takut mempunyai kekasih. Takut mempunyai suami. Takut mempunyai bayi. Takut menghadapi saat kehilangan bayi saya jika itu petanda saya perlu bersedia. Mungkin saat ini diberinya saya mimpi bayi saya di ambil orang, tapi suatu hari nanti bayi saya benar-benar hilang? Bersediakah saya pada saat itu?

Ya Allah. Tenangkanlah hatiku.

Monday, April 12, 2010

Saya rasa saya tamak

Masa kecil dulu kan, selalu kita dengar pepatah orang tua cakap, orang tamak selalu rugi. Lepas itu, keluar lah cerita anjing dan bayang-bayang betapa nak menunjukkan bahawa orang yang tamak itu memang selalunya rugi. Saya rasa, saya tamak. Tapi saya tak rasa saya rugi pun. Kenapa?

Saya tamak. Kalau saya ada barang, saya nak lebih. Kalau saya dapat markah ujian, saya rasa nak lebih. Kalau saya ada boyfriend, saya rasa nak perhatian lebih. Eheh. Siapa tak mahu kan? Haha. Oke. Oke. Back to the topic. Nanti mengarut, merepek lebih pula. Ah. Yes. Saya rasa, saya memang tamak.

Saya belajar course, Bachelor of Science (Data Communication and Networking). Dalam course saya, kami mesti eh bukan, WAJIB ambil subject Cisco Certified Network Associate atau dengan kata short form nya, CCNA. Subject wajib kena ambil dalam 4 semester. Setiap 1 level, kena take online assessment dekat cisco netacad. Haa. Susah kan? Nak lulus, senang. Kalau faham lah.

Itu cerita masa belajar. Cuti semester untuk final year student, kami diberi pilihan untuk memilih course untuk ambil certificate 3P (Program Pentauliahan Profesional) dari Prestariang. Ini untuk cuti semester pelajar tahun akhir sahaja. Sebab saya nak tunjuk saya tamak, saya pilih CCNA sebagai course untuk belajar dalam 2 minggu masa cuti semester pertengahan tahun ini, cover balik apa yang saya belajar dalam 4 semester itu. Tamak? Ya. Saya tamak. Siapa tak mahu certificate? Kos untuk belajar yang berharga almost rm5000 tapi saya dapat free pula tu. Exam pun free. Siapa tak mahu? Jawab. :P

Lagi satu, hari itu ada pertandingan. Cisco Netriders. Ini macam challenge among university di Malaysia. Pemenang dapat trophy and Video Camera Cisco. Hebat. Hebat. Ada dapat router Linksys. Huhu. Ouh. 3 pemenang Malaysia akan compete among Asia Pacific pula. Pemenang Asia Pacific tu akan dapat privileged melawat Headquarters Cisco di San Jose. Saya masuk? Of course. Dah nama pun tamak. Tujuan masuk? Bukan sebab nak menang pun. Nak certificate of attendace je. Saya masuk pun saya dah rasa saya menang. Menang dengan kawan-kawan yang lain yang tak mahu masuk sebab cakap; ‘macam tak layak je nak masuk. Macam susah je nak menang.’ Well, saya percaya pada phrase Adnan Sempit, di mana ada kemahuan, di situ ada highway. Haha.

Cerita banyak-banyak. Sebenarnya nak tunjuk gambar tamak saya masuk pertandingan cisco netriders hari itu. Haha. :P


capa and me

Ini favourite saya. Big thanks to Kudin.

Anis and Eda.
Kalau dah namanya career talk.
Siapa nak dengar?
Kudin contoh terbaik.
Tidur. :)

Syima. *The one who wore checkers shirt* Thanks to her.
Bazirkan masa hujung minggu untuk menyokong kami.

Bincang. Before masuk exam packet tracer.

Lepas itu, mencapurb lagi dalam gambar.

Again. Big thanks to Kudin.
I love this picture. ♥

Rajin kan?
Tapi study last minute. haha.

Saya memang suka enterframe.
Tapi ini accidently.
Bukan sengaja.
Again. Me and Capa.

Our supportive lecturer.
En Jamil.

All of us.

Oke. Lompatan yang tidak menjadi.

Balik lah weih!

Naik bas jangan berebut. Beratur ye.

Bangga. Kami dapat certificate of attendance.


Gadis-gadis.
Ouh yes. Ini hadiah saya. Baju free berlogo cisco.
Beg free berlogo cisco.
Certificate of attendance.

Hadiah ini tak penting. Yang penting pengalaman. :) Saya tamak sebab mahu masuk semua ini. Bolot semua peluang yang ada. Tapi saya untung sebab dapat pengalaman lebih dari orang lain. Dari mereka yang underestimated diri sendiri sebab tak mahu masuk challenge ini. Kamu macam mana?

Please note: Kudin kata, pemenang untuk hari itu, saya dan capa. Sebab muka kami paling banyak dalam ketiga-tiga camera yang dibawa. haha! :)

Sunday, April 11, 2010

Hotel De Palma, Shah Alam.

Hye semua.

Saya memang suka kan tulis entry banyak-banyak. Update dalam satu masa, lepas itu saya biar kan blog ini berkulat. Haha. Sabar ye.

Hari ini saya tak mahu tulis panjang-panjang. Saya nak tunjukkan gambar Pre-Graduation Night yang fakulti saya buat. Yang mewajibkan semua part 6 pergi. Sepatutnya wajib lah. Tapi kelas saya 11 orang sahaja pergi. Pity kan? Tak mengapa. Biarlah mereka sibuk dengan final year project mereka. Huhu.

So, here we are;
Venue: Hotel De Palma
Time: 8pm onwards.
Date: April 9, 2010
Theme : Night in Cairo.


on our way to the hotel.

suzi. me. mimi. mazrah.

icam. me.
ini beard siapa ntah. pinjam. :D

perempuan simpanan. haha!

she's Fira :)

semua gadis-gadis CS225 yang datang.

Orang kuat yang selalu berdiri di sisi saya.

Orang kuat yang suka tak datang kelas. Haha!

Nadia, Muk, Sir-b, Me.

We're all together. 12 orang je.

Ini masa nak balik. Dengan Fairuz.

Again. Kami.

Overall, the food is biasa. Sangat biasa. Makan nasi bukhari. Kau boleh dapat nasi bukhari dekat kedai mamak lah. Rm25 untuk nasi yang biasa, dengan door gift yang adik aku pun boleh buat dekat rumah. Letak air dalam gelas, letak jelly 2-3 biji, tuang lilin dekat atas air. Siap. Lame sungguh. Bagilah benda yang cantik sikit. Duh~ kalau ye pun nak hidangkan makanan, bagi lah nasi mandi ke. Baru Nampak Cairo sikit. Stupid betul orang yang buat arrangement ni.

Tapi the people dekat dinner itu semua best. Best gila tengok semua pretend mahu jadi Cleopetra, Belly Dancers, mak arab celup. Haha. Lelaki pun tak nak kalah. Ada nak jadi Firaun, ada jadi Aladin, ada jadi pak arab celup, ada jadi orang kaya baru. Huahua. The people are superb! Good job final year student FSKM. :)

Wednesday, April 07, 2010

Adik says

Adik cakap;

Selagi bilik adik baba tak letak pintu, adik still akan tidur bilik akak juga even suara adik jadi ehem-ehem. Kalau akak kahwin baru adik tidur bilik sendiri, itu pun kalau baba letak pintu dekat bilik adik.

Meaning? -.-"

Sunday, April 04, 2010

Lelaki. Tidak bersyukur kan?

Saya pernah dengar, ada orang cakap pada saya. Kalau nak cari lelaki untuk jadi teman hidup, carilah lelaki yang betul-betul sayang kita, bukan kita yang beriya sayangkan dia. Sebab sekarang, susahnya nak cari lelaki yang macam itu.

Kenapa?
Lelaki sekarang, kita selalu nampak jenis yang macam ini;
Lebihkan kereta, dari perempuan.
Lebihkan kawan-kawan, dari perempuan.
Lebihkan motor, dari perempuan.
Lebihkan bola, dari perempuan.


Mereka tak sedar, bila sakit pening, mereka datang pada siapa? Perempuan yang mereka tinggalkan-tinggalkan itu. Betul tak?

Saya pernah baca dalam surat khabar. Seorang lelaki yang gilakan kereta mewah, suami seorang artis *saya tak mahu statekan nama, takut nanti disamannya saya.* lelaki itu cakap, dia lebih sayangkan koleksi keretanya dari isterinya. Cuba imagine, kalau satu hari, dia jatuh sakit, siapa yang berhempas pulas tak tidur malam semata-mata untuk jaga dia? Kalau bukan isterinya? Lelaki. Sangat tidak bersyukur.

Saya dengar di radio. DJ sebuah stesen radio yang popular juga. Seorang perempuan. Dia cakap, suaminya, pening, demam, DJ ini sampai tak tidur malam menjaga suaminya. Bila time bola Man U lawan, terus suaminya sihat. Lupakan terus isterinya yang menjaganya. Lelaki. Tidak bersyukur kan?

Kawan saya, macam nak pengsan risaukan lelaki milik hatinya. Tapi lelaki itu buat tak kisah padanya. Lebihkan kawan-kawan. Apa-apa pun, kawan-kawan lebih penting. Tapi, lelaki itu ingat tak, bila dia sakit pening macam nak pengsan, tak boleh bangun dari katil, kawan-kawan dia buat apa? Tengok sahaja. Kawan saya pula yang sibuk datang rumah lelaki itu ambil lelaki itu untuk di bawa ke klinik. Bila dia sihat, apa dia buat? Lelaki. Tidak bersyukur kan?

Kalau suatu hari, saya mahu cari lelaki untuk teman hidup saya, saya mahu dia itu sayang saya. Sepenuh hatinya. Bukan mahu merebut dia dari siapa-siapa seperti kawan-kawannya. Tapi dia yang tak lupakan saya di mana sahaja dia berada. Dia yang boleh hargai saya setiap waktu yang dia ada dalam hidup dia. Sebab lelaki yang sayangkan perempuan sepenuh hatinya, susah sangat nak jumpa.

video kanak-kanak 4 tahun

video

Saya tahu, saya sedikit lambat. Tapi video ini, saya baru jumpa. Menarik. Kamu patut tengok. Kalau ini anak saya, dah saya lempang dia. Tapi parents dia? Kalau parents dia ajar dia untuk tidak buat macam ini, mustahil pada usia 4 tahun, boleh buat macam ini lagi. Betul tak?

JAKARTA: Satu video yang diposkan ke dalam laman web YouTube mengenai seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan empat tahun menghisap rokok sambil bertekad menjadi penjenayah dan beraksi lucah memeranjatkan seluruh rakyat Indonesia.
Akhbar harian The Jakarta Globe melaporkan video pendek itu ditemui di laman YouTube pada akhir minggu lalu, bagaimanapun sudah dikeluarkan pada Rabu lalu kerana didapati melanggar etika.

Video itu memaparkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun menghisap rokok kretek, menghembus asap rokok dan bersumpah dalam dialek Jawa timur dengan suara galakan dari beberapa orang dewasa yang tertawa dapat didengar berada berhampiran dengannya.
Menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang dewasa di situ, kanak-kanak yang dipanggil sebagai Sandy berkata beliau ingin menjadi pencuri apabila dewasa kelak dan membelanjakan hasil wang curi itu untuk melanggan pelacur.

Sandy juga berkata bahawa kegemaran utamanya di dunia ini ialah bahagian sulit wanita sambil menggelekkan pinggulnya ke depan dan ke belakang apabila disuruh menunjukkan aksi melakukan hubungan seks.

Pegawai perlindungan kanak-kanak memberitahu The Jakarta Globe bahawa video itu adalah satu bentuk penderaan. Kanak-kanak lelaki itu dipercayai berasal dari Malang, sebuah pekan di Jawa timur.

engerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Perlindungan Kanak-kanak, Seto Mulyadi dipetik sebagai berkata, bahawa tindakan segera mesti diambil untuk merawat kanak-kanak terbabit dari segi mental dan perubatan kerana ia boleh mengganggu tumbesaran beliau.

Polis sudah diarah untuk bertindak segera bagi menyiasat pihak yang mengepos video terbabit. – AFP

Sumber : Harian Metro

Thursday, April 01, 2010

Jangan ambil course yang menyusahkan diri sendiri

Hello. Hari ini saya mahu member nasihat. Kepada semua remaja atau sesiapa yang mahu sambung belajar. Pengumuman ini dibuat kepada sesiapa sahaja yang mahu membaca.
Siapa yang mahu sambung belajar di UiTM Shah Alam, diingatkan kepada anda silalah ubah fikiran. Banyak lagi tempat lain untuk sambung belajar. But not UiTM Shah Alam. UiTM lain is oke. Tapi UiTM Shah Alam is a no-no. Yes. Memang bagus dapat masuk universiti yang murah yurannya. Tapi kalau belajar pun macam nak pecah kepala, baik tak payah lah. Eh. Memang. Saya tahu, belajar mana tak susah. But you never know apa yang ada di UiTM Shah Alam.

Kalau you guys dapat juga belajar di sini and have to continue on your studies here, it’s oke. Teruskan. Tetapi, bersedia lah untuk menempah satu hari off-day pada setiap hujung semester untuk pergi ke Spa. And yes. Kalau you guys duduk dengan parents, by the time you had your final year, sila blah dari rumah parents anda dengan segera! Ouh kenapa? No-no. Bukan saya mau bertindak kejam atau kurang ajar. Sebab they would never understand what you had gone through. Walaupun jadual waktu kelas anda lompong-lompong dan banyak waktu free, jangan tertipu. Itu semua hanyalah perhiasan. Perhiasan untuk anda buat semua kerja-kerja yang diberikan especially final year project yang macam haram.

Kalau parents anda jenis yang suka off router malam-malam and expect you to do all the house cleaning thing in the daytime, sila berterus terang kepada mereka bahawa anda perlu membuat kerja dengan slow-slow. Orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sila berterus terang juga bahawa, jika pada waktu siangnya anda perlu ke kelas, mengambil adik-adik sekolah, bergegas ke kelas semula, buat discussion, buat assignment, online assessment sebelum jam 12 malam *kalau tak, nanti router off, anda akan fail assessment itu.* pada waktu bilakah anda mahu membuat kerja-kerja assignment final year project dan mencari article-article juga website-website yang berkaitan yang mana subject final year itu sendiri bernilai 3 jam kredit pada sem pertama final year dan 6 jam kredit pada sem kedua final year?

Jadi, renung-renungkanlah kalau nak belajar di UiTM. Jangan tersepit di dalam dunia anda. Ouh yes. Jangan impikan diri anda mahu join pergi mandi sungai atau mendaki bukit Broga atau berjalan-jalan di i-City atau melepak pada waktu petang melepaskan penat lelah setelah dihentam dengan teruk ketika membentangkan proposal untuk final year. Sila jangan impikan semua itu sebab bila anda pulang ke rumah dan menonton Adnan Sempit di laptop pun dah dimarah kerana di assume yang anda tiada kerja lain selain menonton movie, sedangkan anda cuma melepaskan penat lelah setelah seharian semalam tak tidur kerana menyiapkan report proposal yang asyik terbantut akibat router yang asyik di off kan setiap malam yang menyebabkan article yang di download asyik corrupted. Full stop!

Peringatan; jangan ambil course yang menyusahkan diri sendiri. Tenkiu!