Thursday, April 01, 2010

Jangan ambil course yang menyusahkan diri sendiri

Hello. Hari ini saya mahu member nasihat. Kepada semua remaja atau sesiapa yang mahu sambung belajar. Pengumuman ini dibuat kepada sesiapa sahaja yang mahu membaca.
Siapa yang mahu sambung belajar di UiTM Shah Alam, diingatkan kepada anda silalah ubah fikiran. Banyak lagi tempat lain untuk sambung belajar. But not UiTM Shah Alam. UiTM lain is oke. Tapi UiTM Shah Alam is a no-no. Yes. Memang bagus dapat masuk universiti yang murah yurannya. Tapi kalau belajar pun macam nak pecah kepala, baik tak payah lah. Eh. Memang. Saya tahu, belajar mana tak susah. But you never know apa yang ada di UiTM Shah Alam.

Kalau you guys dapat juga belajar di sini and have to continue on your studies here, it’s oke. Teruskan. Tetapi, bersedia lah untuk menempah satu hari off-day pada setiap hujung semester untuk pergi ke Spa. And yes. Kalau you guys duduk dengan parents, by the time you had your final year, sila blah dari rumah parents anda dengan segera! Ouh kenapa? No-no. Bukan saya mau bertindak kejam atau kurang ajar. Sebab they would never understand what you had gone through. Walaupun jadual waktu kelas anda lompong-lompong dan banyak waktu free, jangan tertipu. Itu semua hanyalah perhiasan. Perhiasan untuk anda buat semua kerja-kerja yang diberikan especially final year project yang macam haram.

Kalau parents anda jenis yang suka off router malam-malam and expect you to do all the house cleaning thing in the daytime, sila berterus terang kepada mereka bahawa anda perlu membuat kerja dengan slow-slow. Orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sila berterus terang juga bahawa, jika pada waktu siangnya anda perlu ke kelas, mengambil adik-adik sekolah, bergegas ke kelas semula, buat discussion, buat assignment, online assessment sebelum jam 12 malam *kalau tak, nanti router off, anda akan fail assessment itu.* pada waktu bilakah anda mahu membuat kerja-kerja assignment final year project dan mencari article-article juga website-website yang berkaitan yang mana subject final year itu sendiri bernilai 3 jam kredit pada sem pertama final year dan 6 jam kredit pada sem kedua final year?

Jadi, renung-renungkanlah kalau nak belajar di UiTM. Jangan tersepit di dalam dunia anda. Ouh yes. Jangan impikan diri anda mahu join pergi mandi sungai atau mendaki bukit Broga atau berjalan-jalan di i-City atau melepak pada waktu petang melepaskan penat lelah setelah dihentam dengan teruk ketika membentangkan proposal untuk final year. Sila jangan impikan semua itu sebab bila anda pulang ke rumah dan menonton Adnan Sempit di laptop pun dah dimarah kerana di assume yang anda tiada kerja lain selain menonton movie, sedangkan anda cuma melepaskan penat lelah setelah seharian semalam tak tidur kerana menyiapkan report proposal yang asyik terbantut akibat router yang asyik di off kan setiap malam yang menyebabkan article yang di download asyik corrupted. Full stop!

Peringatan; jangan ambil course yang menyusahkan diri sendiri. Tenkiu!