Sunday, April 04, 2010

Lelaki. Tidak bersyukur kan?

Saya pernah dengar, ada orang cakap pada saya. Kalau nak cari lelaki untuk jadi teman hidup, carilah lelaki yang betul-betul sayang kita, bukan kita yang beriya sayangkan dia. Sebab sekarang, susahnya nak cari lelaki yang macam itu.

Kenapa?
Lelaki sekarang, kita selalu nampak jenis yang macam ini;
Lebihkan kereta, dari perempuan.
Lebihkan kawan-kawan, dari perempuan.
Lebihkan motor, dari perempuan.
Lebihkan bola, dari perempuan.


Mereka tak sedar, bila sakit pening, mereka datang pada siapa? Perempuan yang mereka tinggalkan-tinggalkan itu. Betul tak?

Saya pernah baca dalam surat khabar. Seorang lelaki yang gilakan kereta mewah, suami seorang artis *saya tak mahu statekan nama, takut nanti disamannya saya.* lelaki itu cakap, dia lebih sayangkan koleksi keretanya dari isterinya. Cuba imagine, kalau satu hari, dia jatuh sakit, siapa yang berhempas pulas tak tidur malam semata-mata untuk jaga dia? Kalau bukan isterinya? Lelaki. Sangat tidak bersyukur.

Saya dengar di radio. DJ sebuah stesen radio yang popular juga. Seorang perempuan. Dia cakap, suaminya, pening, demam, DJ ini sampai tak tidur malam menjaga suaminya. Bila time bola Man U lawan, terus suaminya sihat. Lupakan terus isterinya yang menjaganya. Lelaki. Tidak bersyukur kan?

Kawan saya, macam nak pengsan risaukan lelaki milik hatinya. Tapi lelaki itu buat tak kisah padanya. Lebihkan kawan-kawan. Apa-apa pun, kawan-kawan lebih penting. Tapi, lelaki itu ingat tak, bila dia sakit pening macam nak pengsan, tak boleh bangun dari katil, kawan-kawan dia buat apa? Tengok sahaja. Kawan saya pula yang sibuk datang rumah lelaki itu ambil lelaki itu untuk di bawa ke klinik. Bila dia sihat, apa dia buat? Lelaki. Tidak bersyukur kan?

Kalau suatu hari, saya mahu cari lelaki untuk teman hidup saya, saya mahu dia itu sayang saya. Sepenuh hatinya. Bukan mahu merebut dia dari siapa-siapa seperti kawan-kawannya. Tapi dia yang tak lupakan saya di mana sahaja dia berada. Dia yang boleh hargai saya setiap waktu yang dia ada dalam hidup dia. Sebab lelaki yang sayangkan perempuan sepenuh hatinya, susah sangat nak jumpa.

23 comments:

  1. Lelaki yang sayang perempuan sepenuh hatinya?

    Oh tidak, anda menonton terlalu banyak wayang romantik.

    ReplyDelete
  2. sy tak suka cerita romantik. ini bnda btol kowt. bukak mata luas2. tgk sekeliling.

    ReplyDelete
  3. sy syg perempuan sepenuh hati...hahaha

    ReplyDelete
  4. anonymous; im not joking around duh~

    ReplyDelete
  5. da tgk sekililing...and u should say not all the men r like that..=D

    juz like the statement 'gurls=problems'..

    ReplyDelete
  6. and i didnt say, semua lelaki sme mcm tu. tp tgk lar btol2. kalo kamu nmpk sebetulnye dunia kamu lelaki itu. if u stated that, gurls=problems. now tell me, tnpa kami perempuan2 ini, rumah kamu sebersih mana? makan pakai kamu sejaga mana? x perlu lar nk kuar kn statement gurls=problems. sy pown bole kate, men=blind!

    ReplyDelete
  7. sy sgt suka dgn post kamu
    sbb sy prmpuan..n its true..ssh nk cari lelaki yg btul2 brsyukur dgn kewujudan kite kaum prmpuan
    ~pka araustarian~

    ReplyDelete
  8. KALAU TAKDE PEREMPUAN, TAKDE LAH KITA. YANG BERANAKKAN KITA, MAK KITA, PEREMPUAN. PE JADAHNYA GIRLS TU PROBLEMS. IF YOU THINK THAT WAY, TAK PAYAH LAH ADA BINI. JADI GAY JE DAH.

    wtf. lelaki mmg bodoh. akal je byk tapi 1 pun takleh pakai.

    ReplyDelete
  9. nak lelaki yg sentiasa menghargai, menyeimbangkan saya dgn bola, kwn2 n aktiviti lainnya.. saya pasti nak lebih perhatian dr dia.. hehe

    ReplyDelete
  10. pka;stuju3!yg btol3 bersyukur, sgt susah nk cr.

    iffah;mungkin die x sdr mak die tu perempuan kowt.

    manish; kalo seimbangkn lah sepatutnye yg lebeyh baik. bkn yg lebeyh kn bnda2 lain dr kte perempuan. :)

    ReplyDelete
  11. nesa rase nesa terbalik :p yeah saya jahat,kesian taqi

    ReplyDelete
  12. uwaaa ini sgt betul dart.. terbaik! =D

    ReplyDelete
  13. nesa; hurm. patot look back knp nesa buat mcm tu. n akibatnye jd cmne. kalo jd cm nesa pown oke juge. ^^.

    ecah; huhu! yes! ade penyokong!

    ReplyDelete
  14. Pengalaman saye pula..

    pompuan yang x menghargai lelaki..

    mcm mne tuh?

    pokoknye semuanye same...diorg nmpk ape yg negatif.

    Ble dh ade yg betul2 syg, tibe2 konon diorg 'tersalah' pilih ar and end up with much worse.

    later they blame ALL men...

    so mcm mne? ini semua dunia ar...byk dugaan!!

    ReplyDelete
  15. leo; rileks leo. u one in a million. jarang jd cmni.

    ReplyDelete
  16. zubair; kamu lelaki itu! haha. mmg lar like!

    ReplyDelete
  17. lelaki itu yg ne satu ek? haha..

    ReplyDelete
  18. erm. wait. i dunno. maybe the part yg bola tu kowt. huahua. was it?

    ReplyDelete
  19. adakah wanita yang bersuamikan lelaki tidak seperti di atas juga bersyukur????? tidak.

    wanita...tidak bersyukur.

    ReplyDelete
  20. haha. nak jugak menang. amek lah.

    ReplyDelete
  21. :) nice entry....
    ain't no perfect dlm dunia nie. lelaki n perempuan sama jer.. masing2 ada kekurangan, masing2 ada kelebihan,

    bersyukur dlm erti sebenar

    Sabda Rasulullah S.A.W:

    Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan. Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula

    ReplyDelete