Monday, April 12, 2010

Saya rasa saya tamak

Masa kecil dulu kan, selalu kita dengar pepatah orang tua cakap, orang tamak selalu rugi. Lepas itu, keluar lah cerita anjing dan bayang-bayang betapa nak menunjukkan bahawa orang yang tamak itu memang selalunya rugi. Saya rasa, saya tamak. Tapi saya tak rasa saya rugi pun. Kenapa?

Saya tamak. Kalau saya ada barang, saya nak lebih. Kalau saya dapat markah ujian, saya rasa nak lebih. Kalau saya ada boyfriend, saya rasa nak perhatian lebih. Eheh. Siapa tak mahu kan? Haha. Oke. Oke. Back to the topic. Nanti mengarut, merepek lebih pula. Ah. Yes. Saya rasa, saya memang tamak.

Saya belajar course, Bachelor of Science (Data Communication and Networking). Dalam course saya, kami mesti eh bukan, WAJIB ambil subject Cisco Certified Network Associate atau dengan kata short form nya, CCNA. Subject wajib kena ambil dalam 4 semester. Setiap 1 level, kena take online assessment dekat cisco netacad. Haa. Susah kan? Nak lulus, senang. Kalau faham lah.

Itu cerita masa belajar. Cuti semester untuk final year student, kami diberi pilihan untuk memilih course untuk ambil certificate 3P (Program Pentauliahan Profesional) dari Prestariang. Ini untuk cuti semester pelajar tahun akhir sahaja. Sebab saya nak tunjuk saya tamak, saya pilih CCNA sebagai course untuk belajar dalam 2 minggu masa cuti semester pertengahan tahun ini, cover balik apa yang saya belajar dalam 4 semester itu. Tamak? Ya. Saya tamak. Siapa tak mahu certificate? Kos untuk belajar yang berharga almost rm5000 tapi saya dapat free pula tu. Exam pun free. Siapa tak mahu? Jawab. :P

Lagi satu, hari itu ada pertandingan. Cisco Netriders. Ini macam challenge among university di Malaysia. Pemenang dapat trophy and Video Camera Cisco. Hebat. Hebat. Ada dapat router Linksys. Huhu. Ouh. 3 pemenang Malaysia akan compete among Asia Pacific pula. Pemenang Asia Pacific tu akan dapat privileged melawat Headquarters Cisco di San Jose. Saya masuk? Of course. Dah nama pun tamak. Tujuan masuk? Bukan sebab nak menang pun. Nak certificate of attendace je. Saya masuk pun saya dah rasa saya menang. Menang dengan kawan-kawan yang lain yang tak mahu masuk sebab cakap; ‘macam tak layak je nak masuk. Macam susah je nak menang.’ Well, saya percaya pada phrase Adnan Sempit, di mana ada kemahuan, di situ ada highway. Haha.

Cerita banyak-banyak. Sebenarnya nak tunjuk gambar tamak saya masuk pertandingan cisco netriders hari itu. Haha. :P


capa and me

Ini favourite saya. Big thanks to Kudin.

Anis and Eda.
Kalau dah namanya career talk.
Siapa nak dengar?
Kudin contoh terbaik.
Tidur. :)

Syima. *The one who wore checkers shirt* Thanks to her.
Bazirkan masa hujung minggu untuk menyokong kami.

Bincang. Before masuk exam packet tracer.

Lepas itu, mencapurb lagi dalam gambar.

Again. Big thanks to Kudin.
I love this picture. ♥

Rajin kan?
Tapi study last minute. haha.

Saya memang suka enterframe.
Tapi ini accidently.
Bukan sengaja.
Again. Me and Capa.

Our supportive lecturer.
En Jamil.

All of us.

Oke. Lompatan yang tidak menjadi.

Balik lah weih!

Naik bas jangan berebut. Beratur ye.

Bangga. Kami dapat certificate of attendance.


Gadis-gadis.
Ouh yes. Ini hadiah saya. Baju free berlogo cisco.
Beg free berlogo cisco.
Certificate of attendance.

Hadiah ini tak penting. Yang penting pengalaman. :) Saya tamak sebab mahu masuk semua ini. Bolot semua peluang yang ada. Tapi saya untung sebab dapat pengalaman lebih dari orang lain. Dari mereka yang underestimated diri sendiri sebab tak mahu masuk challenge ini. Kamu macam mana?

Please note: Kudin kata, pemenang untuk hari itu, saya dan capa. Sebab muka kami paling banyak dalam ketiga-tiga camera yang dibawa. haha! :)

4 comments:

  1. owh..kamu amik 3P jgk ek..
    hohoho..bagus..tingkatkan usha kamoo...
    *sy igt kan CCNA punye exam this time adalah susah kerana mereka dh upgrade soklan..
    makanya..sile pass kan diri anda oke (jgn ikut bf anda oke =P)
    *kalo abg aku tau ni musti dier bisin >:)

    ReplyDelete
  2. luluih jadi photographer dok aku?

    ReplyDelete
  3. ady; ngade.

    norlin; adoi. jgn lar ckp susah. tp netrider aritu pown susah. kte dpt half-half je mrkh. hukhuk. bf x pass. sgt teruk. katenye nk amek sem nie tp x bole dftr sbb die da amek sem lps.

    kudin; luluh2. aku bg 3 stgh bintang. bole gilapkn lg. haha.

    ReplyDelete