Sunday, April 04, 2010

video kanak-kanak 4 tahun


Saya tahu, saya sedikit lambat. Tapi video ini, saya baru jumpa. Menarik. Kamu patut tengok. Kalau ini anak saya, dah saya lempang dia. Tapi parents dia? Kalau parents dia ajar dia untuk tidak buat macam ini, mustahil pada usia 4 tahun, boleh buat macam ini lagi. Betul tak?

JAKARTA: Satu video yang diposkan ke dalam laman web YouTube mengenai seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan empat tahun menghisap rokok sambil bertekad menjadi penjenayah dan beraksi lucah memeranjatkan seluruh rakyat Indonesia.
Akhbar harian The Jakarta Globe melaporkan video pendek itu ditemui di laman YouTube pada akhir minggu lalu, bagaimanapun sudah dikeluarkan pada Rabu lalu kerana didapati melanggar etika.

Video itu memaparkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun menghisap rokok kretek, menghembus asap rokok dan bersumpah dalam dialek Jawa timur dengan suara galakan dari beberapa orang dewasa yang tertawa dapat didengar berada berhampiran dengannya.
Menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang dewasa di situ, kanak-kanak yang dipanggil sebagai Sandy berkata beliau ingin menjadi pencuri apabila dewasa kelak dan membelanjakan hasil wang curi itu untuk melanggan pelacur.

Sandy juga berkata bahawa kegemaran utamanya di dunia ini ialah bahagian sulit wanita sambil menggelekkan pinggulnya ke depan dan ke belakang apabila disuruh menunjukkan aksi melakukan hubungan seks.

Pegawai perlindungan kanak-kanak memberitahu The Jakarta Globe bahawa video itu adalah satu bentuk penderaan. Kanak-kanak lelaki itu dipercayai berasal dari Malang, sebuah pekan di Jawa timur.

engerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Perlindungan Kanak-kanak, Seto Mulyadi dipetik sebagai berkata, bahawa tindakan segera mesti diambil untuk merawat kanak-kanak terbabit dari segi mental dan perubatan kerana ia boleh mengganggu tumbesaran beliau.

Polis sudah diarah untuk bertindak segera bagi menyiasat pihak yang mengepos video terbabit. – AFP

Sumber : Harian Metro

4 comments:

  1. ape masalah sial bdk nih,rase nk tumbuk muke parents dy boleh tak -,-
    nesa tk fhm sepatah haram pun dy ckp except 'maling' hahahahaha

    ReplyDelete
  2. haha. kn ade tulis yg petikn dr harian metro tu. die ckp nk jd pencuri. lps tu, dgn duit tu die nk langgan pelacur. lps tu die maki2 hamun lar. ape lar. mcm tu lar.

    ReplyDelete
  3. orang Indon mmg bodoh. oops.

    ReplyDelete