Saturday, May 29, 2010

For the first time ever


The Malay Chronicles: Bloodlines (Hikayat Merong Mahawangsa)
An epic film directed by: Yusry Abdul Halim
Starring:
Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Rees Stenhouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida, Kuswadinata, Mano Maniam, Ravi Sunderlingam


First time tengok trailer cerita yang dibuat oleh anak Malaysia yang boleh tahan berkualiti. Tabik spring tak henti-henti kalau cerita ini jadi dikeluarkan di Malaysia. Ah. First time akhirnya Yusry KRU berjaya mengubah tema cerita-cerita bosan anak Malaysia yang tak habis-habis dengan rempit jalanan, atau cerita berkisarkan tentang hidup anak mami di utara, atau cerita-cerita hantu pontianak, pocong, santau, etc.

*menguap*
Bosan, betul tak?

Akhirnya ada juga yang berjaya tampil dengan cerita menarik. Tak sabar nak tunggu. Nanti keluar panggung, kita pergi tengok sama-sama tahu! Semua mesti tengok! :)

Thursday, May 27, 2010

Dari pemerhatian kepada penulisan

Hye semua. Selamat pagi. Sudah bersarapan? Sekarang jam menunjukkan pukul 8.41 pagi *ini waktu saya taip ayat yang pertama ni, oke.* I'm currently in the class. Lab FKE. Alone. Kelas start pukul 9.30 pagi. Yang lain belum sampai. Normal lah tu. Janji pukul 9.00 pagi, last-last jadi pukul 9.30 pagi juga.

Perut saya dari tadi asyik berbunyi-bunyi tanda kelaparan. Hajat dihati mahu berpuasa hari ini, tetapi disebabkan tidak bersahur dan niat, batalkan sahaja niat itu. Kebetulan adik pun tertinggal air tin Old Town White Coffe dalam kereta, bedal sahaja lah. Haha!

Pagi-pagi ini syok sikit menulis, tak ada orang. Nanti bila orang dah masuk kelas, nak menaip pun dah tak ada idea. Ah. Merepek panjang-panjang, let’s move on to the topic. Semua tahu facebook. Facebook ialah fenomena yang tidak baru di Malaysia. Semua ada facebook, myspace dan friendster telah jauh ditinggalkan oleh rakyat Malaysia sekarang.

Kita semua tahu, macam mana berita atau khabar-khabar yang disampaikan oleh facebook begitu cepat tersebar. Ambil sahaja contoh kes Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari. Selepas kes itu hangat diperkatakan, muncullah groups seperti I bet I can still find 1,000,000 people who dislike SAIFUL BUKHARI atau Kami Benci Saiful Bukhari! Ah. Tidak lupa juga kes kematian adik Aminulrasyid. Kelab-kelab yang ingin membela keadilan untuk adik Aminulrasyid tidak kurang hebatnya tumbuh seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Sekarang sudah ada fenomena baru, lambang buaya pada kasut crocs. Haih. Pertama kali melihat lambang ini, rasa macam agak takut juga. Jantung berdegup laju juga. Eh. Kenapa tidak, saya ada dua pasang kasut crocs. Favourite pakai kasut-kasut ini. Selesa. Siapa tak suka pakai kasut yang berkualiti kan? Siap ada niat mahu beli seluruh collection crocs lagi. Tapi itu lah, bila dah keluar statement macam ini, siapa yang tak cuak? Ah. Mari kita teliti. Gambar logo ini:



Setelah saya membaca statement yang dikeluarkan oleh semua orang yang tak habis-habis menghentam pengguna crocs, saya terasa seperti mahu melihat sendiri kebenarannya tulisan nama Allah yang dikatakan siap ada sabdu lagi itu. Ah. Ternyata, tidak ada sedikit pun yang menyerupai kalimah agung itu. Nanti dulu! Jangan melatah dahulu. Jangan sedap-sedap kata saya orang-kafir-yahudi-laknat ke apa. Mari saya tunjukkan:

Semua orang tahu, even kanak-kanak yang berumur 5 tahun pun tahu, nama Allah ada huruf alif dihadapan. Ya Allah, sungguh tak percaya. Tengok sahaja orang ini betapa dia mahu menunjukkan yang kasut ini eh silap, lambang ini menunjukkan nama kalimah Allah, dia letak juga lah huruf alif pada kepala buaya itu. Which is kalau diikutkan secara logik akalnya lah kan, kalau dia nak buat juga lah lambang ini berbentuk kalimah Allah, dah tentu bentuk dia macam ini:

Kalau nak cakap saya ini orang-yang-tidak-sensitif-pada-agama, fine. Mari kita tengok perbezaan bodoh yang saya simpulkan. Perhatikan lambang yang betul, dengan lambang yang bodoh (tak ori lah maksudnya).

  1. Mata buaya tidak sama! Lambang bodoh itu, mata dia macam ke tengah satu, ke tepi satu. Tak center. Macam buaya mereng pun ada. Lambang yang ori pula, mata dia tengok ke bawah. : )
  2. Tangan pada lambang buaya yang bodoh itu, jauh sikit dari dagu dia which you guys sibuk-sibuk cakap sabdu. Oke, kira nampak macam sabdu lah tu, sebab position dia jauh sikit. Kalau logo yang ori, lambang tu dekat, and ada macam 4 lekuk. Dah tak boleh jadi sabdu lah tu.

Tengok dua reason pun cukuplah. Taip pun dah panjang sangat. Budak-budak pun dah start masuk kelas, window untuk menaip pun dah mula mengecil. Haha. So, nasihat saya, sudah-sudah lah tu melatah. Sebab gambar yang tak jelas datangnya dari mana pun nak hebahkan sampai marah semua pengguna crocs. Haih. Senang cerita, jangan beli yang cetak rompak. Beli yang ori. Baru lah betul. Baru lah tak was-was.

Ouh ya. Sebelum saya habiskan hujah panjang dari pendapat saya, biar saya bagitahu, semalam saya meneliti dua pasang kasut crocs (yang ori dan yang bodoh) di depan surau di FKE selepas tengok gambar yang tersebar di internet itu. Haha. Semangat kan? Memang ada perbezaan yang macam saya cakap tadi tu lah. Ah. Dah pukul 9.28 pagi. Bye!

Please note: tengok juga entry dari Joegrimjoe.

Monday, May 24, 2010

Keji dan sampah

Entry emosi, tak suka sila tekan tanda pangkah di atas sebelah kanan.

Saya tak punya ramai kawan. Sungguh. Dari sekolah rendah, saya tak ada kawan yang saya buat favourite. Then melekat sampai ke hujung tahun persekolahan. Sampai sibuk nak masuk sekolah menengah sama-sama. Sebab itu lah masa saya tingkatan dua saya mahu tukar sekolah. Sebab saya rasa macam culture shock tiba-tiba pindah sekolah semua pun kena buat sendiri, semua pun perlu berdikari. Ye. Saya anak manja. Jadi kenapa?

Even masuk sekolah menengah, saya rapat dengan beberapa orang, still saya tak buat favourite. Kalau tak mahu datang sekolah, itu masalah mereka, saya tetap akan pergi sekolah. Perangai saya tak suka ikut orang kalau nak buat apa-apa. Sebab saya pegang kata-kata umi cakap, "Kalau orang makan tahi, takkan kau pun nak makan tahi?" Bunyi macam kejam, tapi berbekas sampai sekarang.

Masuk matrik pun saya tak punya ramai kawan. Saya tak berkawan sangat dengan budak-budak kelas saya. Tak suka mereka buat group-group macam bajet bagus sangat mengutuk group lagi satu. Then group lagi satu mengumpat balik group yang mula-mula mengutuk mereka tadi. Saya benci manusia hipokrit yang keji macam itu.

Tapi saya ada seorang kawan. Yang saya kenal dari hari pertama saya masuk ke kelas. Ah. Dia sungguh keji. Demi wanita yang dia sayang, dia sanggup buang kawan. Tapi tak mengapa. Kau manusia tidak tahu bersyukur punya kawan yang sanggup makan, telan segala perit kau bila kau perlukan aku. Bila kau hilang dia, baru kau cari aku. Keji. Sudah dua lelaki saya kenal seperti itu. Cuma satunya sahaja yang masih mencari saya jika punya masalah. Satu lagi ke mana? Hilang. Buang saya tatkala tahu saya punya lelaki yang dipanggil kekasih.

Kau memang keji. Saat kau punya wanita yang kau puja, kau buang kawan kau yang sanggup dengar segala cerita kau, aku. Bila saatnya aku bahagia. Aku cuba untuk bahagia, punya lelaki pilihan aku yang pada aku juga tiada jaminan aku dengannya, kenapa kau tak boleh tumpang kegembiraan aku? Bahagia untuk aku? Kau memang keji. Kawan aku yang baik cuma seorang yang berdiri teguh untuk aku pada zaman sampah aku, dan cuba untuk membantu aku berubah menjadi sesuatu yang lebih baik. Ah. Kau bukan manusia itu. Maaf. Ah. Kenapa aku minta maaf? Celaka. Aku dah buang kau saat kau buang aku dari kawan kau dan hina aku di laman sosial kau. Keji. Aku benci manusia keji seperti kau.

Sunday, May 23, 2010

10.00 a.m

Today is sunday. Hari-hari Ahad yang biasa, pada waktu ini (10.00 a.m) saya masih di atas katil di dalam kamar tidur di rumah. Yet today, I'm not at home but instead of that, saya berada di kelas di Lab Cisco di Fakulti Electrical Engineering. Dem you CCNA. Kau punya pasal, aku berada di sini sekarang.

Ah. Pagi-pagi sangat mengantuk. Pagi-pagi sangat bosan. Ah. Ah. Sabar Dart, sabar. Dua minggu sahaja macam ini.

Sungguh aku rindu rumah. Rindu duduk di rumah lama-lama. Dah seminggu aku keluar rumah awal pagi, balik rumah lewat petang, mandi, sembayang, tidur. Macam tak ada life dekat rumah. Dem!

Paling rindu nak makan tomyam buatan sendiri. Tapi tak sempat nak masak. Dem. T.T Cepat lah habis kelas CCNA. Penat lah hari-hari kelas. Isnin sampai Ahad, sampai masuk Isnin balik, sampai Khamis, sebab Jumaat cuti Wesak, sambung balik kelas exam preparation Saturday sampai 4 Jun. Hadoi.

Kalau aku tahu kelas nya macam ini, tidak aku ambil course CCNA untuk 3P ini. Haip. Sebab tak tahu aku ambil. Haih. T.T

please note : Dari atas sampai bawah, asyik dem, dem, dem. Nampak sangat terlalu upset.

Friday, May 21, 2010

Saya sayang Malaysia

Saya sayang Malaysia. Kenapa? Kerana Malaysia best. :)

Tempat paling banyak pantai dan pulau yang cantik, Malaysia lah. Tunggu cukup duit sikit, saya nak pergi bercuti dekat pulau. Tapi yang pasti bukan Pulau Langkawi. Kenapa? Sebab itu tempat shopping. Semua pun nak duty free. Susah lah. Kena berjimat cermat sekarang ini. Semua pun nak guna duit sekarang. Nak masuk toilet pun kena bayar tau. Pulau yang tak ada shopping baru lah syok. Baru lah tenang. Nafsu pun terkawal. :P

Ah. Bukan nak cakap pasal pulau sebenarnya. Satu-satu nya tempat yang saya tahu di dunia ini punya banyak musim is Malaysia. Ah. Tempat lain cuma ada 4 musim. Tapi Malaysia ada banyak musim. Tak percaya? Malaysia ada musim hujan, musim tengkujuh, musim panas, musim buah, musim badminton piala Thomas, musim cuti sekolah, musim kahwin, musim H1N1, musim pilihanraya, dan akan datang, musim Piala Dunia. Haha!

Ah yes. Saya terjumpa gambar ini. sila lah click untuk tumbesaran. Saya nak taip satu-satu pun malas. Ada banyak pula point-point nya. Surat khas untuk isteri, ibu, girlfriend, partner, etc. Enjoy your World Cup. :P

Life's brief candle

Dalam hidup, selalu sangat kita dengar orang cakap Life is short. Tapi sometimes kita boleh lihat, macam mana ada orang-orang yang boleh hidup mencecah 100 tahun. Hebat bukan?

Tapi statement ajal maut di tangan Tuhan, kita tak tahu ajal kita di mana, bila, dengan siapa? Kelamarin, umi kepada kawan saya telah menghadap Ilahi kerana accident kereta. Meninggal kerana darah beku di otak dan paru-paru.

Hidup ini pendek sebenarnya. Mungkin kita mati esok, mungkin kita mati hari ini. tak ada siapa tahu apa yang akan terjadi pada kita esok atau lusa. Itu semua kerja Tuhan kan? Tapi sayang, sangat sayang bila baca dalam surat khabar macam-macam berita keluar.

Dua, tiga hari ini terbaca tentang cerita-cerita anak melayu sekarang. Permainan anak melayu sekarang, ibarat hidup 100 tahun. Terbaru, video ustazah melakukan hubungan seks dengan kekasih sendiri di asrama pelajar telah tersebar sehingga masuk di dalam berita kosmo [click sini]. Bila cerita macam ini, orang tunding jari pada perempuan. Banyak kata-kata keluar, “ustazah tu, alim kut.” atau “Ish, ish, ish, ustazah tapi perangai macam apa je.” Atau “orang lain nak jadi ustazah, dia pun sibuk nak jadi.”

Hidup, manusia tak pernah berhenti bercakap kan? Bukan nak bela ustazah itu. Tapi itu salah dia, itu dosa dia. Itu antara dia dengan tuhan. Kita sebagai orang ramai, sepatutnya jadikan panduan. Hidup ini pendek, perlu sentiasa beringat. Tidak melakukan perkara yang sama.

*mengeluh*

Berita kedua yang dibaca, dua remaja ditahan kerana membunuh anak sendiri [click sini]. Diulangi, remaja. Zaman sudah berubah. Budak berumur 15 tahun pun sudah boleh pregnant. Allah Maha Besar, dia mahu tunjuk kelakuan anak melayu kita, dia lekatkan bayi itu dalam rahim sehingga 9 bulan 10 hari, sehingga bayi itu selamat melihat dunia. Walaupun bayi itu ditanam, tetap masih lagi dijumpai.

Darah daging sendiri sanggup ditanam, sangat tidak berhati perut. Tetapi kita tak boleh buat apa-apa. Jangan hukum manusia sebegini, mereka berhak dapat peluang bertaubat. Dan jika mereka tidak mahu, itu kerja mereka dengan Tuhan. Ambil pedoman, hidup ini singkat. Kita tak tahu apa yang menanti esok atau lusa.

Please note: Entry ini untuk bukan mengata orang, tapi menasihati diri sendiri.

Tuesday, May 18, 2010

Kelas 3P sudah bermula

Kelas 3P sudah start. Hari pertama mengantuk betul. Bukan nak kata sebab tidur lambat. Tidur pukul 9 malam kut. Tapi tu lah. Bila kelas dalam lab, angin air-cond sepoi-sepoi bahasa bak kata orang. dengan lecturer yang merepek apa entah tak paham langsung, memang syok kalau disorongkan bantal dan selimut. :)

Bosan betul lah kelas time cuti. Dah lah tu, Sabtu Ahad pun ada kelas. Gila! 7 hari seminggu ada kelas. Memang terbaik!

Haih~ Hopefully today, saya tidak tidur. :|

Sunday, May 16, 2010

Happy Teacher's Day and Happy Mother's Day


Hello semua! Ah. Sibuk sangat. Eh. Tak sibuk pun sebenarnya. Malas nak update je. Semenjak dua ini kemalasan betul. Mungkin sebab PMS. Itu yang tak ada mood je memanjang.

Ah. It is teacher’s day today. Di sini, saya sebagai seorang manusia yang sering belajar di dalam kehidupan saya, saya mahu ucapkan Happy Teacher’s Day to my entire teacher, dari Tadika Ehsan seksyen 3, Tadika Abim Klang, Sekolah Rendah Islam Hira’ Klang, Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram, Sekolah Kebangsaan Sri Andalas Klang, Metro Driving Academy, Malacca Matriculation College, UiTM Perlis, UiTM Shah Alam, dan lain-lain yang secara langsung dan tak langsung mengajar saya selama saya membesar.


Ah. Untuk kedua guru saya sejak kecil, Umi juga Baba, kedua orang tua saya, yang paling banyak mengajar saya tentang kehidupan, tentang kebenaran, tentang segala-galanya yang perlu untuk hidup. Terima kasih untuk pengajaran yang tak pernah kenal erti jemu dan penat. You're both are great. Really.

Juga buat Bonda, Selamat Hari Ibu. You are the best mother I ever had. I love you so much.*cover ucap lambat sebab nak tulis entry special tak sempat.*

Buat bonda;
ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

Sunday, May 09, 2010

Habis sudah

Exam dah selesai. Tak mahu saya khabarkan kertas terakhir tadi bagaimana. Yang pasti, selesai sudah. :)

Cukup semalaman aku tidur. Konon mahu bersengkang mata berjaga malam untuk belajar. Tapi tewas juga pada jam satu. :D

Tak mengapa, saya halalkan markah saya nanti. Biar. Biar apa sahaja markah saya nanti. Banyak itu sahaja usaha nya. Terima semuanya Dart.

Enjoy dahulu untuk seminggu. Minggu depan ada kelas 3P pula. Haish. Hidup ini memang sentiasa perlu belajar kan? Tak mengapa. Tamak punya pasal, CCNA Cert punya pasal, cuti pun kena belajar juga. *mengeluh*

Rumah dekat, apa mahu peduli? :D
*Senyum*

Friday, May 07, 2010

Saya pun nak buat formspring.me

Ah yes, Kumin sibuk suruh saya buat formspring.me. Here we are. Ever since saya nak mengarang blog pun malas, anda boleh tanya pada saya apa jua soalan. Nanti saya cuba jawab sebaik yang mungkin. :)

Thank you. :)

click here: formspring.me

Please note: Kumin, akak dah buat ni, tak mahu tanya soalan ke?

Tuesday, May 04, 2010

Tak perlu nak bangga

Selalulah kita dengar orang sebut; 'Ini kan sunnah nabi'

Kalau statement macam ini, selalunya kaum lelaki lah paling seronok nak sebut. Tak percaya? Contoh; 'Bagilah I kahwin dua, kan poligami itu sunnah nabi'
Haha.

Actually, saya tak suka dengan mereka yang suka cakap tentang betapa baiknya mereka mengikut segala sunnah nabi ini. It's not that saya tak suka sunnah nabi, HEY! Itu sunnah kan, buat dapat pahala oke. Cuma saya tak suka orang yang menggunakan alasan sunnah nabi untuk membuat sesuatu.

Pernah dialami oleh diri saya sendiri, where saya rimas melihat lelaki yang berjanggut panjang dan mengurai. Bukan kerana bencikan lelaki berjanggut, Baba saya juga ada janggut oke. Tapi, tak suka melihat mereka yang berjanggut mengurai panjang tapi tak kemas. For me, trim lah sikit, bagi pendek, kemas, sesuai dengan usia. Bila saya tegur, dikatanya kepada saya; 'Ini sunnah nabi tahu, simpan 1 genggam janggut dari paras dagu' *sambil menggenggam tangan nya dibawah dagu.* Saat itu, tahu apa perasaan saya? Haaa. Mahu sahaja saya menghembur 'sunnah nabi kau ikutkan sangat, Wajib Allah ada kau buat?' Kasar? Saya rasa tidak. Betul kan?

Bukan mahu mengata saya perempuan baik yang langsung tidak pernah berbuat dosa. Sungguh. Saya tidak lah sebaik mana. Tapi I'm trying to. And still learning to be. Cuma jangan lah. Tak perlu kau banggakan atas perkara-perkara yang tidak perlu untuk kau banggakan seperti hanya kau sahaja mengikut sunnah nabi, tapi terlepas membuat wajibnya perintah Allah.

Zaman sekolah pernah juga, saya tegur pelajar lelaki tentang pemakaian celak di sekolah. Saat itu hangat trend-trend pelik yang secara tiba-tibanya ramai sungguh lelaki-lelaki yang ke sekolah dengan mata-mata yang bercalit hitam dengan seluar yang dikecilkan dibahagian bawahnya. Katanya 'pakai celak sunnah nabi, Dart.' Pandai lah kau. Semasa azan Jumaat masih lagi kau berdiri di hadapan sekolah berbual dengan teman-teman mu. Wajib Allah hilangnya ke mana?

Manusia. Pelik. Cakap jangan sembarangan. Bukan tak suka sunnah nabi. Cuma tak suka dengan manusia yang beralasankan sunnah nabi. Tak hairan dekat facebook banyak sungguh page dan group yang dibuat oleh manusia-manusia yang dah terpesong akidah nya yang tidak percayakan agamanya dan bangga dengan kejayaan nya yang telah mengeluarkan kata-kata yang membolehkan Muslims yang lain menghentamnya. Sayangnya. Ramai Melayu. -.-"

Sunday, May 02, 2010

Jalan-jalan merayap-rayap

Ha. Sekarang ini, siapa tak tahu i-City? Semua orang tahu i-City kan? Even kawan-kawan yang tengah belajar dekat oversea pun sibuk nak balik dengan segera sebab mahu tangkap gambar dekat i-City. Haha. Comel je semua orang sibuk nak pergi i-City tu. Hihi.

Ha. Cerita-cerita pasal i-City pula, dah tentu lah saya pergi. Huahua. I tahu lah I lambat sikit pergi situ, tapi still, I dah pergi oke. Huhu. Tengok je lah gambar-gambar ini.


Wanie. Me.

Kak Na. Wanie.

Macam nak tunjuk buncit je berdiri perut ke depan.
Haha.





Sakura. Cantik. :)
Yang ini koya sensorang. Haha.