Thursday, May 27, 2010

Dari pemerhatian kepada penulisan

Hye semua. Selamat pagi. Sudah bersarapan? Sekarang jam menunjukkan pukul 8.41 pagi *ini waktu saya taip ayat yang pertama ni, oke.* I'm currently in the class. Lab FKE. Alone. Kelas start pukul 9.30 pagi. Yang lain belum sampai. Normal lah tu. Janji pukul 9.00 pagi, last-last jadi pukul 9.30 pagi juga.

Perut saya dari tadi asyik berbunyi-bunyi tanda kelaparan. Hajat dihati mahu berpuasa hari ini, tetapi disebabkan tidak bersahur dan niat, batalkan sahaja niat itu. Kebetulan adik pun tertinggal air tin Old Town White Coffe dalam kereta, bedal sahaja lah. Haha!

Pagi-pagi ini syok sikit menulis, tak ada orang. Nanti bila orang dah masuk kelas, nak menaip pun dah tak ada idea. Ah. Merepek panjang-panjang, let’s move on to the topic. Semua tahu facebook. Facebook ialah fenomena yang tidak baru di Malaysia. Semua ada facebook, myspace dan friendster telah jauh ditinggalkan oleh rakyat Malaysia sekarang.

Kita semua tahu, macam mana berita atau khabar-khabar yang disampaikan oleh facebook begitu cepat tersebar. Ambil sahaja contoh kes Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari. Selepas kes itu hangat diperkatakan, muncullah groups seperti I bet I can still find 1,000,000 people who dislike SAIFUL BUKHARI atau Kami Benci Saiful Bukhari! Ah. Tidak lupa juga kes kematian adik Aminulrasyid. Kelab-kelab yang ingin membela keadilan untuk adik Aminulrasyid tidak kurang hebatnya tumbuh seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Sekarang sudah ada fenomena baru, lambang buaya pada kasut crocs. Haih. Pertama kali melihat lambang ini, rasa macam agak takut juga. Jantung berdegup laju juga. Eh. Kenapa tidak, saya ada dua pasang kasut crocs. Favourite pakai kasut-kasut ini. Selesa. Siapa tak suka pakai kasut yang berkualiti kan? Siap ada niat mahu beli seluruh collection crocs lagi. Tapi itu lah, bila dah keluar statement macam ini, siapa yang tak cuak? Ah. Mari kita teliti. Gambar logo ini:



Setelah saya membaca statement yang dikeluarkan oleh semua orang yang tak habis-habis menghentam pengguna crocs, saya terasa seperti mahu melihat sendiri kebenarannya tulisan nama Allah yang dikatakan siap ada sabdu lagi itu. Ah. Ternyata, tidak ada sedikit pun yang menyerupai kalimah agung itu. Nanti dulu! Jangan melatah dahulu. Jangan sedap-sedap kata saya orang-kafir-yahudi-laknat ke apa. Mari saya tunjukkan:

Semua orang tahu, even kanak-kanak yang berumur 5 tahun pun tahu, nama Allah ada huruf alif dihadapan. Ya Allah, sungguh tak percaya. Tengok sahaja orang ini betapa dia mahu menunjukkan yang kasut ini eh silap, lambang ini menunjukkan nama kalimah Allah, dia letak juga lah huruf alif pada kepala buaya itu. Which is kalau diikutkan secara logik akalnya lah kan, kalau dia nak buat juga lah lambang ini berbentuk kalimah Allah, dah tentu bentuk dia macam ini:

Kalau nak cakap saya ini orang-yang-tidak-sensitif-pada-agama, fine. Mari kita tengok perbezaan bodoh yang saya simpulkan. Perhatikan lambang yang betul, dengan lambang yang bodoh (tak ori lah maksudnya).

  1. Mata buaya tidak sama! Lambang bodoh itu, mata dia macam ke tengah satu, ke tepi satu. Tak center. Macam buaya mereng pun ada. Lambang yang ori pula, mata dia tengok ke bawah. : )
  2. Tangan pada lambang buaya yang bodoh itu, jauh sikit dari dagu dia which you guys sibuk-sibuk cakap sabdu. Oke, kira nampak macam sabdu lah tu, sebab position dia jauh sikit. Kalau logo yang ori, lambang tu dekat, and ada macam 4 lekuk. Dah tak boleh jadi sabdu lah tu.

Tengok dua reason pun cukuplah. Taip pun dah panjang sangat. Budak-budak pun dah start masuk kelas, window untuk menaip pun dah mula mengecil. Haha. So, nasihat saya, sudah-sudah lah tu melatah. Sebab gambar yang tak jelas datangnya dari mana pun nak hebahkan sampai marah semua pengguna crocs. Haih. Senang cerita, jangan beli yang cetak rompak. Beli yang ori. Baru lah betul. Baru lah tak was-was.

Ouh ya. Sebelum saya habiskan hujah panjang dari pendapat saya, biar saya bagitahu, semalam saya meneliti dua pasang kasut crocs (yang ori dan yang bodoh) di depan surau di FKE selepas tengok gambar yang tersebar di internet itu. Haha. Semangat kan? Memang ada perbezaan yang macam saya cakap tadi tu lah. Ah. Dah pukul 9.28 pagi. Bye!

Please note: tengok juga entry dari Joegrimjoe.

2 comments:

  1. joegrimjow
    ;)

    thx bg credit
    patut copy skalu kata2 ustaz hasrizal tu
    baru terbuka skit

    ReplyDelete
  2. ahah. takowt nnt copy, lg byk org hentam ustaz. haha.

    ReplyDelete