Monday, May 24, 2010

Keji dan sampah

Entry emosi, tak suka sila tekan tanda pangkah di atas sebelah kanan.

Saya tak punya ramai kawan. Sungguh. Dari sekolah rendah, saya tak ada kawan yang saya buat favourite. Then melekat sampai ke hujung tahun persekolahan. Sampai sibuk nak masuk sekolah menengah sama-sama. Sebab itu lah masa saya tingkatan dua saya mahu tukar sekolah. Sebab saya rasa macam culture shock tiba-tiba pindah sekolah semua pun kena buat sendiri, semua pun perlu berdikari. Ye. Saya anak manja. Jadi kenapa?

Even masuk sekolah menengah, saya rapat dengan beberapa orang, still saya tak buat favourite. Kalau tak mahu datang sekolah, itu masalah mereka, saya tetap akan pergi sekolah. Perangai saya tak suka ikut orang kalau nak buat apa-apa. Sebab saya pegang kata-kata umi cakap, "Kalau orang makan tahi, takkan kau pun nak makan tahi?" Bunyi macam kejam, tapi berbekas sampai sekarang.

Masuk matrik pun saya tak punya ramai kawan. Saya tak berkawan sangat dengan budak-budak kelas saya. Tak suka mereka buat group-group macam bajet bagus sangat mengutuk group lagi satu. Then group lagi satu mengumpat balik group yang mula-mula mengutuk mereka tadi. Saya benci manusia hipokrit yang keji macam itu.

Tapi saya ada seorang kawan. Yang saya kenal dari hari pertama saya masuk ke kelas. Ah. Dia sungguh keji. Demi wanita yang dia sayang, dia sanggup buang kawan. Tapi tak mengapa. Kau manusia tidak tahu bersyukur punya kawan yang sanggup makan, telan segala perit kau bila kau perlukan aku. Bila kau hilang dia, baru kau cari aku. Keji. Sudah dua lelaki saya kenal seperti itu. Cuma satunya sahaja yang masih mencari saya jika punya masalah. Satu lagi ke mana? Hilang. Buang saya tatkala tahu saya punya lelaki yang dipanggil kekasih.

Kau memang keji. Saat kau punya wanita yang kau puja, kau buang kawan kau yang sanggup dengar segala cerita kau, aku. Bila saatnya aku bahagia. Aku cuba untuk bahagia, punya lelaki pilihan aku yang pada aku juga tiada jaminan aku dengannya, kenapa kau tak boleh tumpang kegembiraan aku? Bahagia untuk aku? Kau memang keji. Kawan aku yang baik cuma seorang yang berdiri teguh untuk aku pada zaman sampah aku, dan cuba untuk membantu aku berubah menjadi sesuatu yang lebih baik. Ah. Kau bukan manusia itu. Maaf. Ah. Kenapa aku minta maaf? Celaka. Aku dah buang kau saat kau buang aku dari kawan kau dan hina aku di laman sosial kau. Keji. Aku benci manusia keji seperti kau.

3 comments:

  1. http://flyfreakmatter.blogspot.com/2010/05/say-youll-be-there.html

    read his entry :)
    dy pilot.

    ReplyDelete