Friday, May 21, 2010

Life's brief candle

Dalam hidup, selalu sangat kita dengar orang cakap Life is short. Tapi sometimes kita boleh lihat, macam mana ada orang-orang yang boleh hidup mencecah 100 tahun. Hebat bukan?

Tapi statement ajal maut di tangan Tuhan, kita tak tahu ajal kita di mana, bila, dengan siapa? Kelamarin, umi kepada kawan saya telah menghadap Ilahi kerana accident kereta. Meninggal kerana darah beku di otak dan paru-paru.

Hidup ini pendek sebenarnya. Mungkin kita mati esok, mungkin kita mati hari ini. tak ada siapa tahu apa yang akan terjadi pada kita esok atau lusa. Itu semua kerja Tuhan kan? Tapi sayang, sangat sayang bila baca dalam surat khabar macam-macam berita keluar.

Dua, tiga hari ini terbaca tentang cerita-cerita anak melayu sekarang. Permainan anak melayu sekarang, ibarat hidup 100 tahun. Terbaru, video ustazah melakukan hubungan seks dengan kekasih sendiri di asrama pelajar telah tersebar sehingga masuk di dalam berita kosmo [click sini]. Bila cerita macam ini, orang tunding jari pada perempuan. Banyak kata-kata keluar, “ustazah tu, alim kut.” atau “Ish, ish, ish, ustazah tapi perangai macam apa je.” Atau “orang lain nak jadi ustazah, dia pun sibuk nak jadi.”

Hidup, manusia tak pernah berhenti bercakap kan? Bukan nak bela ustazah itu. Tapi itu salah dia, itu dosa dia. Itu antara dia dengan tuhan. Kita sebagai orang ramai, sepatutnya jadikan panduan. Hidup ini pendek, perlu sentiasa beringat. Tidak melakukan perkara yang sama.

*mengeluh*

Berita kedua yang dibaca, dua remaja ditahan kerana membunuh anak sendiri [click sini]. Diulangi, remaja. Zaman sudah berubah. Budak berumur 15 tahun pun sudah boleh pregnant. Allah Maha Besar, dia mahu tunjuk kelakuan anak melayu kita, dia lekatkan bayi itu dalam rahim sehingga 9 bulan 10 hari, sehingga bayi itu selamat melihat dunia. Walaupun bayi itu ditanam, tetap masih lagi dijumpai.

Darah daging sendiri sanggup ditanam, sangat tidak berhati perut. Tetapi kita tak boleh buat apa-apa. Jangan hukum manusia sebegini, mereka berhak dapat peluang bertaubat. Dan jika mereka tidak mahu, itu kerja mereka dengan Tuhan. Ambil pedoman, hidup ini singkat. Kita tak tahu apa yang menanti esok atau lusa.

Please note: Entry ini untuk bukan mengata orang, tapi menasihati diri sendiri.

2 comments: