Friday, May 21, 2010

Saya sayang Malaysia

Saya sayang Malaysia. Kenapa? Kerana Malaysia best. :)

Tempat paling banyak pantai dan pulau yang cantik, Malaysia lah. Tunggu cukup duit sikit, saya nak pergi bercuti dekat pulau. Tapi yang pasti bukan Pulau Langkawi. Kenapa? Sebab itu tempat shopping. Semua pun nak duty free. Susah lah. Kena berjimat cermat sekarang ini. Semua pun nak guna duit sekarang. Nak masuk toilet pun kena bayar tau. Pulau yang tak ada shopping baru lah syok. Baru lah tenang. Nafsu pun terkawal. :P

Ah. Bukan nak cakap pasal pulau sebenarnya. Satu-satu nya tempat yang saya tahu di dunia ini punya banyak musim is Malaysia. Ah. Tempat lain cuma ada 4 musim. Tapi Malaysia ada banyak musim. Tak percaya? Malaysia ada musim hujan, musim tengkujuh, musim panas, musim buah, musim badminton piala Thomas, musim cuti sekolah, musim kahwin, musim H1N1, musim pilihanraya, dan akan datang, musim Piala Dunia. Haha!

Ah yes. Saya terjumpa gambar ini. sila lah click untuk tumbesaran. Saya nak taip satu-satu pun malas. Ada banyak pula point-point nya. Surat khas untuk isteri, ibu, girlfriend, partner, etc. Enjoy your World Cup. :P

2 comments:

  1. haha.funny but sweet lah sis.Happy World Cup! :D

    ReplyDelete
  2. Hehe. jumpe gmbr di faceebook. nice kn? :D

    ReplyDelete