Tuesday, May 04, 2010

Tak perlu nak bangga

Selalulah kita dengar orang sebut; 'Ini kan sunnah nabi'

Kalau statement macam ini, selalunya kaum lelaki lah paling seronok nak sebut. Tak percaya? Contoh; 'Bagilah I kahwin dua, kan poligami itu sunnah nabi'
Haha.

Actually, saya tak suka dengan mereka yang suka cakap tentang betapa baiknya mereka mengikut segala sunnah nabi ini. It's not that saya tak suka sunnah nabi, HEY! Itu sunnah kan, buat dapat pahala oke. Cuma saya tak suka orang yang menggunakan alasan sunnah nabi untuk membuat sesuatu.

Pernah dialami oleh diri saya sendiri, where saya rimas melihat lelaki yang berjanggut panjang dan mengurai. Bukan kerana bencikan lelaki berjanggut, Baba saya juga ada janggut oke. Tapi, tak suka melihat mereka yang berjanggut mengurai panjang tapi tak kemas. For me, trim lah sikit, bagi pendek, kemas, sesuai dengan usia. Bila saya tegur, dikatanya kepada saya; 'Ini sunnah nabi tahu, simpan 1 genggam janggut dari paras dagu' *sambil menggenggam tangan nya dibawah dagu.* Saat itu, tahu apa perasaan saya? Haaa. Mahu sahaja saya menghembur 'sunnah nabi kau ikutkan sangat, Wajib Allah ada kau buat?' Kasar? Saya rasa tidak. Betul kan?

Bukan mahu mengata saya perempuan baik yang langsung tidak pernah berbuat dosa. Sungguh. Saya tidak lah sebaik mana. Tapi I'm trying to. And still learning to be. Cuma jangan lah. Tak perlu kau banggakan atas perkara-perkara yang tidak perlu untuk kau banggakan seperti hanya kau sahaja mengikut sunnah nabi, tapi terlepas membuat wajibnya perintah Allah.

Zaman sekolah pernah juga, saya tegur pelajar lelaki tentang pemakaian celak di sekolah. Saat itu hangat trend-trend pelik yang secara tiba-tibanya ramai sungguh lelaki-lelaki yang ke sekolah dengan mata-mata yang bercalit hitam dengan seluar yang dikecilkan dibahagian bawahnya. Katanya 'pakai celak sunnah nabi, Dart.' Pandai lah kau. Semasa azan Jumaat masih lagi kau berdiri di hadapan sekolah berbual dengan teman-teman mu. Wajib Allah hilangnya ke mana?

Manusia. Pelik. Cakap jangan sembarangan. Bukan tak suka sunnah nabi. Cuma tak suka dengan manusia yang beralasankan sunnah nabi. Tak hairan dekat facebook banyak sungguh page dan group yang dibuat oleh manusia-manusia yang dah terpesong akidah nya yang tidak percayakan agamanya dan bangga dengan kejayaan nya yang telah mengeluarkan kata-kata yang membolehkan Muslims yang lain menghentamnya. Sayangnya. Ramai Melayu. -.-"

2 comments:

  1. betul tu. alhamdulillah kalau ada yg mengikut sunnah nabi,tapi niat kena betul. kerana setiap bende kita buat dihisab bermula dgn niatnya. kalau niat dh salah, tkde guna.

    dan betul tuuu, yg Allah kata wajib ada buat pula ke? haa

    masyaAllah, such a nice post. oh first time blogwalking btw, keep blogging! :)

    ReplyDelete
  2. Aqmar; tenkiu. :) sgt annoys dgn org yg berckp psl sunnah nabi tapi niat mrk tak de pown kearah itu. :'( manusia kn?

    ReplyDelete