Monday, June 21, 2010

Jordan, tunggu saya

Pergi Brunei bosan. The whole vacation duduk di bilik sahaja ever since my dad pergi kerja di Airport. So tomorrow i'll be heading to Amman. To visit my sister in Jordan of course.

As you know kalau student yang berjauhan dengan family, especially first year student, macam-macam yang dipesan kalau kita nak pergi melawat. So, here goes the pictures how I'm trying to fit everything she ordered from home inside my bag and I shall say, I didn't pack my things yet. -.-"

Mula-mula letak comforter dengan selimut.

Then cadar, beg, milo.

Tambah lagi, sumbat lagi.
Dah penuh.

Ah yes. Saya tak terkejut dia mintak barang banyak macam ini. Sebab semalam masa Mak cik Katrun datang rumah, dia cakap, anak dia lagi macam-macam beli barang kalau balik Malaysia. Kicap lah, itu lah, ini lah. Jadi tak heran ye. :P

Sunday, June 20, 2010

Kaum Lelaki Berbangsa Melayu

Kadang-kadang kita ada terbaca di dada akhbar tentang anak gadis melayu yang lari berkahwin dengan lelaki Indonesia atau Bangladesh atau mungkin juga Pakistan. Kadang-kadang apa yang keluar dari mulut kita ialah; “Lelaki Melayu dah pupus ke nak sangat kahwin dengan warga asing tu?” Kadang-kadang kita baca juga kisah artis-artis wanita sekarang yang lebih ramai memilih lelaki berdarah Inggeris berbanding lelaki berdarah Melayu.

Apa perasaan anda sebagai lelaki yang secara totalnya berdarah Melayu? Atau mungkin lah kacukan bugis sikit, atau minang sikit, atau jawa sikit?

Persoalannya sekarang, kenapa ramai sangat wanita Melayu memilih lelaki bukan Melayu?

Ah. Iklan. Ayat saya dari atas tadi macam nak tulis karangan SPM. Mungkin SPM dahulu tidak sehebat ini. -.-“ Okeh. Sambung..

Kenapa perempuan Melayu jarang memilih lelaki Melayu?

Sekarang kita tengok di akhbar-akhbar tempatan. Sudah berapa lama cerita tentang pembuangan bayi menghiasi dada akhbar sekarang? Balik-balik buang bayi. Tak habis-habis. Kalau ditahan reman orang yang bertanggungjawab membuang bayi itu, rata-ratanya perempuan Melayu. Lelaki yang betanggungjawab membuntingkan perempuan itu macam mana? Terlepas macam tu sahaja? Tak adil! Patut dimandulkan sahaja lelaki yang lepas tangan macam itu. Pengajaran sikit. Buat anak reti, bertanggungjawab, tak mahu.

Ah. Kalau cerita buang anak tak pernah habis, cerita remaja dirogol teman lelaki pun takkan habis juga kan. Yes, perempuan itu selalunya bodoh. Termakan pujuk rayunya lelaki. Tapi sepatutnya lelaki itu lebih pandai kerana akalnya 9, nafsunya 1, bukan? Tetapi kenapa lelaki yang merogol perempuan itu tak boleh berfikir dengan waras bahawa dia tidak patut membuat perkara sebegitu terhadap perempuan itu?

Mana nak cari lelaki yang betul-betul waras dan pandai menghormati perempuan sekarang? Susah betul. Taip panjang-panjang bukan sebab nak condemn lelaki Melayu. Tetapi cuma mahu berkongsi pendapat. Sebab semalam ada orang add dekat ym. Katanya mahu berkenalan. It’s doesn’t matter if he really wants to be a friend. But it does matter when it comes to things that not necessarily to said to someone you’ve not knowing. Ibaratnya kamu mesej seorang perempuan yang baru kenal 5minit, then kamu cakap, “Saya rasa saya suka awak lah, jom kita kahwin.” Apa gila kau ini bukan cerita movie selamat pagi cinta bila kali kedua kau jumpa perempuan itu dia mesti kahwin dengan kau. Merepek.

I’ve cut the conversation separuh dari sesi perkenalan di atas sehingga lah kepada ini;

zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:28:39): u cun ke?
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:28:53): x
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:29:05): haha
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:29:07): jujurnye?
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:29:13): mungil?
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:29:15): haha
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:29:21): no
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:29:28): aiks?
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:29:30): da tu?
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:29:32): hehe
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:29:40): aneroxia
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:29:49): hahaha
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:29:59): tk scocok la ngn i cani
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:30:02): i tough
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:30:09): heee~
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:30:12): i x suka laki tough
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:30:19): nnti peluk u..lemas
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:30:21): laa..nape plak
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:30:25): laki elok la tough kan?
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:30:34): i dunno
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:30:37): i just hate it
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:30:52): heheh
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:30:57): kurus2 tk sedap la u?
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:30:59): ape la u ni..
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:31:00): hihii
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:31:08): nnti yg len2 pun kurus je
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:31:24): kalo tough2
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:31:29): nnt kawen jd lg gemok
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:31:30): lg boroi
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:31:33): gila x best
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:31:35): hahaa
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:31:37): nk muntah tgk
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:31:41): ape punye formula la u ni
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:31:47): kalau kawen,ngn tough2
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:31:50): prempuan jgk puas kan
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:31:53): mane de gemuk
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:31:57): u kene la jage ~
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:31:58): hihi
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:32:20): duh~~
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:36:09): i suka bdn mcm penagih dadah
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:36:19): kurus mcm tu
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:36:24): hehe
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:36:57): nnti adek drg pun kurus je?
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:36:57): u suke ke?
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:36:57): lalalala~
zeck.zzulqarnain (6/18/2010 16:36:58): ahaha
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:37:20): ah
bRokeN heaRt (6/18/2010 16:37:21): bye


Lelaki Melayu macam kau yang start bercakap pasal lemas bila dipeluk, kemudian masuk kepada ayat yang lain-lain pun kurus, then beralih kepada puas, dan masuk kepada ‘adik’ yang pada aku, kau definasikan sebagai alat sulit lelaki., ah! Lelaki Melayu bodoh macam kau cuma tahu nak malukan kaum lelaki sahaja. Dan ya! Aku dah block kau dari ym aku. Tak perlu nak cuba ym lagi.

Please note: Kalau suatu hari nanti kau membaca blog aku ini wahai zeck.zzulqarnain, aku nak cakap, aku takkan mintak maaf atas apa yang aku tulis tentang kau. Kalau kau nak deny pun, archive ada lagi. Lelaki macam kau, menambahkan kepupusan Kaum Lelaki Melayu sahaja.

Friday, June 18, 2010

Internet Explorer 8

Siapa dekat sini yang gunakan Internet Explorer? Well, IE8 dah keluar and here goes how it advertise its products.

Internet Explorer 8 presents short interactive movie Ronnie Got Lucky! Watch it and help Ronnie to find his true love. The title says it all... :)


Warning, this video sudah dirated R. tidak contain nudity etc etc etc. But its somewhere near the neighborhood. Amaran sudah diberikan. Jangan kata I lucah ke apa. Just tengok sahaja. Enjoy. :)

Here is the link. [click]

Friday, June 11, 2010

Recovering is the hardest thing to do

It's been a while now since i've failed the exam. Ah.
Orang 3P masih tidak call.
So, tomorrow's gonna be the brand new day i think.
Mari kita lari bersama dengan saya ke bandar seri begawan.
Mahu ikut tak?
Kalau mahu, kita jumpa di sana.
Orang Brunei, sila bawa saya yang masih separa ranap ini berjalan.
I need tourist guide ever since my dad akan kerja lah kan. :D
Ouh yes. Siapa tak dapat ikut, tunggu saya pulang seminggu lagi.
Sure thing lots of words to say later. :)

*depang tangan*
Peluk saya cepat. :)

Sunday, June 06, 2010

Jiwa yang ranap

Jiwa sedang ranap.

Exam CCNA yang diambil hari Jumaat yang lepas telah gagal.
Tak pernah rasa sebegini ranap bila tengok result;
"We're sorry to say that you have failed the test."

Oh.
Jiwa saya sedang hancur.
CGPA Degree tidak secantik orang.
Cuma certificate ini yang saya harapkan.
Just untuk membantu saya mendapat kerja yang lebih baik.

Haih.
Sangat berharap dapat retake.
Tolong doakan saya dapat retake semula on 10th June ini.


Ya Allah, mintak-mintak lah Prestariang call Wardati semula untuk retake the paper.
Amin~

Wednesday, June 02, 2010

Hilang ingatan

Saya ada masalah beberapa hari ini. Masalah hilang ingatan. Haih.
Beberapa hari ini terasa hari-hari saya seperti menyerabutkan, menyusahkan, mentensionkan, dan segala macam kegilaan. *Macam buat rhythm. Bodoh*

Setiap hari balik kelas, sembahyang, mandi, tidur. Ulang dari Isnin sampai Ahad. Sampai masuk Isnin balik sampai ke Ahad balik. Sampai cukup dua minggu, dan masuk ke minggu yang ketiga. Sampai rasa macam nak lari dari hidup sendiri.

Setiap hari, rasa serabut pagi-pagi bila kena mengemas rumah yang bukan dari bekas kotoran yang dibuat oleh umi yang selalu memasak kek *ini exceptable.* Tapi setiap hari perlu mengemas pinggan dan mangkuk yang berterabur kerana ada makhluk-yang-terencat-otak yang berperangai macam orang-bodoh-tak-pergi-sekolah sebab suka buat air manis sampai satu jug, tapi cuma minum 2 teguk, then tinggalkan dan telah menyebabkan semut-semut besar datang yang menambahkan 1 lagi kerja kena menyapu semut-semut itu. *Bodoh*

Ah ya. Ada hari nya juga terpaksa mengutip cawan dan pinggan yang dah berkulat yang dijumpai di atas almari, atau bawah katil kerana dah ditinggalkan oleh makhluk-tidak-berotak yang suka tinggalkan semua itu di merata-rata tempat mengharapkan ada 'bibik' di dalam rumah ini.

Keserabutan belajar yang dikhuatiri tak dapat lepas certificate untuk dapatkan professional CCNA itu menyebabkan setiap hari menjadi emo dan cepat hilang ingatan sampaikan umi pesan mengenai jadual yang perlu diberikan kepada baba untuk diberikan kepada kawan umi pun telah terlupa. Dan telah menyebabkan diri ini dimarah sampai malam itu terasa macam nak hantukkan kepala pada dinding bilik, atau pecahkan kepala pada cermin almari. Dan hari ini, tersilap pergi menghantar baju-baju umi ke dobi dengan mengatakan, basuh biasa padahal sepatutnya minta untuk dry cleaning. *Bodoh*




Mungkin suatu hari nanti kalau aku lari dari rumah, apa akan jadi pada rumah ini?
*Bodoh*