Wednesday, June 02, 2010

Hilang ingatan

Saya ada masalah beberapa hari ini. Masalah hilang ingatan. Haih.
Beberapa hari ini terasa hari-hari saya seperti menyerabutkan, menyusahkan, mentensionkan, dan segala macam kegilaan. *Macam buat rhythm. Bodoh*

Setiap hari balik kelas, sembahyang, mandi, tidur. Ulang dari Isnin sampai Ahad. Sampai masuk Isnin balik sampai ke Ahad balik. Sampai cukup dua minggu, dan masuk ke minggu yang ketiga. Sampai rasa macam nak lari dari hidup sendiri.

Setiap hari, rasa serabut pagi-pagi bila kena mengemas rumah yang bukan dari bekas kotoran yang dibuat oleh umi yang selalu memasak kek *ini exceptable.* Tapi setiap hari perlu mengemas pinggan dan mangkuk yang berterabur kerana ada makhluk-yang-terencat-otak yang berperangai macam orang-bodoh-tak-pergi-sekolah sebab suka buat air manis sampai satu jug, tapi cuma minum 2 teguk, then tinggalkan dan telah menyebabkan semut-semut besar datang yang menambahkan 1 lagi kerja kena menyapu semut-semut itu. *Bodoh*

Ah ya. Ada hari nya juga terpaksa mengutip cawan dan pinggan yang dah berkulat yang dijumpai di atas almari, atau bawah katil kerana dah ditinggalkan oleh makhluk-tidak-berotak yang suka tinggalkan semua itu di merata-rata tempat mengharapkan ada 'bibik' di dalam rumah ini.

Keserabutan belajar yang dikhuatiri tak dapat lepas certificate untuk dapatkan professional CCNA itu menyebabkan setiap hari menjadi emo dan cepat hilang ingatan sampaikan umi pesan mengenai jadual yang perlu diberikan kepada baba untuk diberikan kepada kawan umi pun telah terlupa. Dan telah menyebabkan diri ini dimarah sampai malam itu terasa macam nak hantukkan kepala pada dinding bilik, atau pecahkan kepala pada cermin almari. Dan hari ini, tersilap pergi menghantar baju-baju umi ke dobi dengan mengatakan, basuh biasa padahal sepatutnya minta untuk dry cleaning. *Bodoh*




Mungkin suatu hari nanti kalau aku lari dari rumah, apa akan jadi pada rumah ini?
*Bodoh*

10 comments:

  1. omg wardati. saya pun stress dgn status bibik ini. hisk.

    ReplyDelete
  2. cuba ikhlas....and god will reward you with something....just wait

    ReplyDelete
  3. cik anon; sy ikhlas. cuma sekurang2 nye. makhluk-yg-berumur-lebih-tua, sepatutnya akal lebih pjg.

    ReplyDelete
  4. kalau awak tak buat kerja-kerja tu, ibu awak akan buat juga bila dia balik kerja nanti. jadi anak mudah, tak nak buat tinggal aja, paling teruk pun kena sound, tapi jadi ibu penat macamana pun terpaksa harungi juga. jadi anak, boleh fikir nak lari dari rumah ke, nak blah ke etc. jadi ibu boleh dia tinggalkan rumah? boleh dia blah? Jadi anak nak buang mak bapak pun no hal? Jadi ibu, bolehkah dia buang anak-anaknya? Jadi anak, dia boleh fikir hal dia aja, penatnya, serabutnya, etc. jadi ibu dia kena fikir hal dia, kerjanya, keluarganya especially anak-anaknya dan keluarga dan anak-anak itu mengambil 90% dari memorinya setiap hari. jadi ibu dari celik mata waktu pagi hingga pejam mata waktu malam memikirkan hal anak-anak. pernahkah anda terfikir apa yang diharunginya setiap hari, physically, emotionally dan mentally? bertuahlah seorang ibu yang mendapat anak-anak yang memahami tentang kehidupan seorang ibu.

    ReplyDelete
  5. umi nie tak phm point sy tulis nie. adoi.

    ReplyDelete
  6. haha..lek la dart..sume pown cam2 beb..da name pown pompuan kan..hehe..(eyh,aku dpt x point ko ni??)..huhu~

    bl pk rs mcm malang gle (smpi nak lari), aku akn pk time2 yg aku rs aku lucky plak..haha..

    sbb aku slalu je pk cam ko ni..wuargahahah~

    ReplyDelete