Thursday, July 29, 2010

Sayang ibu sampai sanggup buat apa sahaja


Dalam beberapa hari yang lepas, saya post about video Mak Youtube yang post cerita tentang anaknya Mohd Khairuddin di dalam Youtube. And now she's back dengan video kedua. Ah. Sila usha baik-baik. Gelak boleh. Tapi perlu berpada-pada. Jangan ketawa lebih-lebih. Kena pada batang hidung sendiri baru tahu. Haha.

So, Here is the link. Enjoy guys! :)

Monday, July 26, 2010

Tentang puasa yang hampir batal

For the first time ever. Puasa hari ini macam separuh mati. Eh. Tak tahu lah separuh mati itu macam mana kan, but still lemau gila saya hari ini. Ini semua gara-gara tak dinner+tak sahur plus skip my lunch. Great! Yeah! That's great! Padan muka sendiri. Gila tak pernah rasa teruk macam hari ini puasa babe.

Pagi-pagi oke lagi. Ada tenaga lagi. Naik tengah hari, badan dah start panas, kepala dah pening, kaki dah tak teras pijak pedal minyak. Balik rumah, dah flat atas katil. Cukup pukul 4 petang, bangun lah nak pergi ambil adik sekolah. Dalam hati siap doa, "Ya Allah, gagah kan aku hari ini. Jangan bagi jadi apa-apa. Tolong."

Masa nak keluar ambil adik, nampak baba balik. Thank God! Baba tolong pergi ambil adik, ikut sekali. Nak bangun tak larat. Langsung. All the way baring sahaja. Diam. Macam dah pengsan pun ada. Sampai rumah, badan dah menggeletar teruk. Elok baring. Konon-konon nak tidur. Paksa mata pejam. Lama-lama nafas tercungap-cungap. Time ni lah umi cakap; "Ada satu jam lagi, takkan nak pergi minum air?" Terasa macam balik ke zaman darjah 1. Darjah satu pun tak teruk macam ni. Yelah, mana nak teruk, dekat sekolah pergi minum air paip. Haha.

Sampai waktu berbuka, tiba-tiba macam nak muntah. Argh! Jangan muntah sekarang. Seharian dah ni. Berapa minit lagi, tahan ye, perut. Buka puasa, minum air je. Cuba nak makan nasi, cukup dua suap, nak bloated balik. Adoi. Perut, jangan buat hal. Sabar je lah. Baik stop. Teguk Marigold HL. Benda yang paling saya tak suka minum. Kira masuk top 10 tu, benda ini lah yang nombornya satu. SUSU. Mulut tak sedap. Naik atas kemam gula-gula. Now, I'm writing this pula. Hadoi. Teruk betul hari ini.

Next time tak mahu puasa kalau tak makan. Gatal betul skip-skip makan. Teruk. Dulu oke sahaja tak makan. Now dah tak boleh. Setiap hari mesti makan. Esok tak mahu puasa lagi. Break dulu kejap. Full up perut dulu. Bagi stabil balik. Khamis start balik. Tinggal dua hari lagi. Fuh. Teruk dart. Teruk. Esok nak pergi makan ikan keli bakar di seksyen 6. Lama dah tak makan. Hue.

Please note: Ah, sebut pasal ikan keli, teringat Arau, Encik Koboi, hujung tahun ini free tak? Saya mahu anda jadi tourist guide saya. Kalau anda boleh jadi tourist guide, nanti saya bagi upah kicap dari Malaysia. Hehe. Boleh kan? Umi anda yang suruh saya pergi melawat anda. Mesti bagi boleh juga tahu!

Thursday, July 22, 2010

Demam youthsays pula

Sekarang kan ramai betul orang join Youthsays. Sebab benda ini ada memberi duit juga kepada orang yang promote campaign yang dianjurkan. Anyway, saya buat suatu masa dahulu dengan tujuan untuk pergi ke Youth '10 KONONNYA lah kan. But then I kept on receiving emails from Yuna from Youthsays untuk promote campaign ini, promote campaign itu. Ah. Tak banyak campaign yang saya promote actually. Unless it's mean something. :D

So well, I just got this email. Ouh God. I should say, this is so funny. Haha. Ouh. If your mother jenis yang suka cerita itu, ini tentang kamu termasuk cerita-cerita dari kecil, better not to teach her HOW TO USE YOUTUBE! Haha. Look at this women yang posting cerita tentang anak dia. Funny yet cute. :) Anyway, this is how his mother show him how much she loves him right?

Here is the link.

Ah. By the way, saya jadi sekreteriat i-Hack di UiTM. Event yang cuma 2 tahun sekali ini menawarkan RM24K to be won tahun ini! So, hackers out there, join cepat i-Hack tahun ini. Event would be on 7-8th August 2010 at Faculty of Science Computer and Mathematics. Registration starts now until 30th July only! So well, workshop ada, competition ada, talks pun ada.

Ayuh Join! :)

For any inquiries, registration form, you can get your answer from i-Hack's official page here: Link. Thank you guys~

Wednesday, July 21, 2010

Remaja

You know saya bukanlah seorang manusia yang selayaknya memberi nasihat itu ini kepada orang. Tapi saya punya pendapat saya sendiri which is saya tahu semua orang juga punya pendapat masing-masing kan? Jadi ini blog saya makanya dengan itu saya boleh meluahkan apa sahaja di dalam blog ini. Saya tak suka nak mengkritik orang lain mengata, mengutuk orang lain secara directly sebab I know one day, umi or baba baca blog ini confirm saya kena delete balik entry yang saya kutuk habis semua orang itu seperti yang telah terjadi kepada adik kandung.

Ouh. If you all perasan, blog dia menjadi sehabis hipokrit yang mungkin sekarang. Haha. Pity you. Ah. By the way, kalau you guys peminat setia blogsipot dia, sila bersabar. She might not write anything for the time being sebab dia jatuh katil and patah tangan kiri. Ouh. Kalau tiba-tiba dia ada post something, saya akan tabik spring pada dia sebab berjaya menaip 1 entry yang penuh dengan tangan bersimen *clap.clap*.

Semua orang pernah lalui zaman remaja. Kadang-kadang kalau bekas teman lelaki ym, otak saya mula ligat fikirkan zaman remaja dulu. Ah. Bajet macam dah tua habis. Eheh. Ai muda lagi yu. Ai baru 22 tau. Kalau dulu, semua masalah even masalah yang kecil pun rasa besar. Then mula terasa seperti nak lari, nak bunuh orang, nak protes, nak mengamuk. Ah. Semua orang pernah rasa. Tipu lah kalau ada orang yang tak pernah rasa macam itu.

But then, bila kita pernah lalui zaman remaja itu, kita mesti nak selamatkan adik-adik kita yang mula nak merangkak masuk ke zaman remaja. Unless you guys anak bongsu, you tak perlu nak sibuk-sibuk pergi cakap dekat adik you, don’t do this, don’t you that.

Saya ada adik. 3 orang semuanya. Dulu masa adik perempuan mesej di handphone cakap dia ada boyfriend saya risau. Ah. Maaf ye adik kandung, aku cerita hal engkau. Risau lah. Tapi saya tak tunjuk saya risau. Gila? Jatuh lah saham kakak kandung tunjuk risau depan adik kandung. Ah. Siapa tak risau. Mana nak tahu, lelaki itu mainkan hati dia, dia hancur, ranap, menangis, meraung, tak ada siapa nak tolong. Tapi siapa tahu, dia kuat betul. Kena tinggal pun dia kuat. Tak apa. Tak risau dah.

Adik lelaki. Haih. Macam mana nak bagitahu dia, semua benda yang dia rasa dia mahu, sebenarnya tak perlu. Macam mana nak bagitahu, kawan-kawan bukanlah segala-galanya pabila sampai suatu masanya nanti mereka akan tinggalkan dia. Macam mana nak cakap, belajar dahulu, belajar lebih penting. Jujurnya saya juga punya kawan-kawan yang lebih tua. Seusia dengan baba pun ada. Tapi kita punya akal, sepatutnya kita tahu mana baik, mana buruk. Tak semestinya yang kawan kita lebih tua buat semuanya betul. Contoh, saya punya kawan berusia 30 tahun, dan dia kaki botol, otak kita ada, kawan tetap kawan, tapi ikut cara dia, mustahil. Macam mana nak cakap, tak perlu keluar rumah jam 1pagi ikut kawan-kawan seusia saya. Macam mana nak cakap, bila umurnya mencecah 20, kawan-kawan yang diagung-agungkan itu semua sudah pergi membawa haluan masing-masing?

Bongsu. Masih mendengar kata. Setakat ini kalau silap sikit, makian terus saya bagi. Kejap mukanya macam nak menangis. Tapi lepas saya gelak, dipukulnya pula saya. Ah. Adik. Adik. Manja betul. Haih.

Baba selalu cakap. Kita punya 2 kali waktu remaja. tak apa kita bazirkan zaman remaja sekarang dengan usaha untuk tua. Nanti di hari pengadilan kita punya waktu remaja yang lebih panjang.

Monday, July 19, 2010

Berniaga online

Umi saya kan, suka cerita pasal nak berniaga itu, berniaga ini, macam-macam. Tapi, dia selalu nak saya yang start dulu. Dia suka cakap, "orang lain dah kaya jual barang dekat internet. Bila lagi awak nak mula? Basic IT takkan tak boleh buat blog 1, then jual online."

Tapi. Ha. Ada tapi ni. Setiap kali saya cakap, "Mahalnya nak jual." Umi jawab, "Awak ni tak boleh berniaga. Asyik fikir mahal je semua benda nak jual." Haha. Oke. Sekarang saya ada idea. Tapi saya tak ada modal. Nanti saya ada modal, saya jual, saya bagi Umi letak harga, you guys beli oke? Janji semua kena beli then promote. :D

Friday, July 16, 2010

Master oh Master

Semua orang yang saya kenal sibuk nak sambung Master. Especially semua orang yang dah habis belajar on-time. Which is bukan macam saya sebab saya extend kan. Baba suruh saya sambung Master tapi saya tak mahu.

Hati kata mahu. Tapi saya tahu lah saya punya diri macam mana. 150 juta kali kena fikir betul-betul. Cakap lah senang master tu buat thesis je. Adoi. Tahu tak final year project aku extend kan sebab nak cari tajuk ibaratnya macam nak cari kucing yang bertanduk dekat dunia ini? Nak buat report proposal pun terkia-kial lagi macam mana nak go through Master ni?

Ha. Tak boleh. Tak boleh. Ada tak course yang cuma belajar bahasa sahaja? Sijil ke? Sijil yang belajar satu sem je and subject dia bahasa sahaja. Mandarin, Korea, Jepun, France, German, Arab. Macam best je kalau ada course macam itu. :)

Ah. Macam nak buat satu lagi degree. Hurm. Course apa yang best? Eh. Kalau ambil sijil jahitan boleh? Buat dress ke, buat baju kurung ke? Mana nak tahu tua-tua nanti dah pencen, boleh buat khidmat jahit baju kurung untuk raya ke. Ambil sijil masakan ke. Tapi kelas memasak macam tak menarik. Dekat rumah pun boleh belajar memasak dengan umi.

Haih. Habiskan degree ini dulu, hujung tahun ini I search balik course apa yang best. Itu pun kalau rajin. :D

Sunday, July 11, 2010

Way of life

Kalau kita tengok orang pakai tudung dengan sanggul yang tinggi, kita kata dia cacat. Kalau kita Nampak perempuan merokok, kita kata dia perempuan jahat. Kalau kita nampak lelaki tua berkahwin dengan perempuan muda, kita kata perempuan itu nak bolot semua harta dia.

Orang Malaysia memang macam itu kan? Kadang-kadang saya dengar mulut orang mengata pada saya; ‘Ah, Malaysia pun tak habis pusing lagi, sibuk berjalan pergi negara orang.’ Saya tahu. Even Tanah suci pun saya tak pernah sampai lagi. Tanah suci ialah tempat untuk beribadat. Siapa tak mahu pergi? Semua orang yang beriman mahu pergi. Cuba faham satu perkara. Bila saya pergi negara orang, sekurang-kurangnya saya tahu cara dan gaya hidup orang.

Orang Malaysia kebanyakannya sama. Kalau kahwin, mesti time muda-muda. Kalau perempuan itu dah berumur 28 or 29 tahun, mula lah cakap, ‘lambat dah tu nak kahwin.’ Then she would say, ‘boyfriend I tak mahu kahwin lagi.’ Dia tunggu boyfriend dia rupanya. Sebab boyfriend dia tak ada duit nak kahwin awal, jadi dia sanggup tunggu umur dah dekat nak 30 baru nak kahwin.

Orang Malaysia kebanyakannya sama. Bila Nampak perempuan hisap rokok, habis dicemuhnya perempuan itu. Kata perempuan itu tak baik lah, perempuan murahan lah, macam-macam. Kenapa? Sebab perempuan merokok dekat Malaysia sangat sikit. Kawan saya merokok, sepupu saya merokok. Saya cuba untuk tidak mengutuk, memaki, mencemuh mereka.

Orang Malaysia kebanyakannya sama. Bila keluar satu trend, orang kutuk-kutuk. Trend kan biasanya orang perempuan yang sibuk nak ikut. Tengok lah dulu, kecoh pasal emo, start lah semua orang nak buat rambut macam ala-ala Noh Hujan, Justin ‘bibir’, My Chemical Romance, etc. Then ramai lah orang sibuk beli skirt hitam merah, baju hitam merah, mata pakai celak yang comot, etc. Sekarang trend baru, pakai tudung indon tu, and then ikat rambut tinggi-tinggi buat sanggul. Lepas tu ramai lah bloggers yang publish post pasal hadis ini;

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
“2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.”


Then menyumbang kepada kutukan dan makian kaum lelaki. Haha. Padan muka korang.

Oke. Serious balik. Macam ini, point saya sebenarnya mengenai travel ialah kita dapat kenal manusia. Manusia yang dengan gaya hidup lain, cara membesar lain, shopping lain, trend lain, tradisi lain. Contoh;

  1. Bila pergi Capetown, semua orang bangun pagi jam 10 dan pergi kerja jam 11 dan balik kerja seawal 5 petang. Malas? Bagi kita malas lah kan? Tapi bagi mereka biasa.
  2. Bila pergi London, setiap pagi semua orang berjalan laju-laju naik bas, naik train, etc. sebab nak pergi kerja cepat. Gila kerja? Tak. Sebab itu cara mereka.
  3. Bila pergi Jordan, tengok perempuan kepala macam alien. Sanggul tinggi gila dan kadang-kadang itu, lebih besar dari kepala sendiri. Bagi kita macam banggang kan? Bagi mereka biasa.
  4. Bila pergi Jordan, tengok perempuan arab berkepit dengan lelaki tua yang lebih kurang sebaya dengan ayahnya. Kadang-kadang malam sabtu, nampak perempuan yang cantik, make up seperti anak patung memakai gaun pengantin dan disebelahnya lelaki tua yang memakai tuxedo. Bagi kita pelik, tapi mereka biasa.
Faham tak maksudnya apa? Jangan lah kita kutuk-kutuk orang yang sibuk nak cari identity itu. Biarkan mereka. Kalau nak kutuk dalam hati tak apa. Cuba tegur dengan baik. Tapi serious. Saya pun tak suka perempuan buat sanggul tinggi-tinggi macam orang baru lepas bersalin. Haha.

Tuesday, July 06, 2010

Summer Vacation!

Before this kalau saya keluar berjalan-jalan on family vacation, sibuk saya nak upload semua gambar letak dekat sini and bagi anda semua baca our adventure tu kan. But now, saya macam agak malas. Jadi saya upload a few. Not all, a few tempat yang menarik, wajib pergi dan berbaloi. Oke?

So first, kita jelajah Jordan dulu. *Ceh. Macam ala-ala tourist guide pula.*

Jordan ni kira macam one of the place yang terbias dengan kesan zaman Byzantine, zaman Rom, Zaman Sahabat Nabi Muhammad s.a.w., blablabla. Macam-macam lagi lah. Places wajib you guys pergi:

1. Ajloun Castle.
Banyak kubu pertahanan orang zaman dahulu yang dipanggil castle dekat Jordan. This is one of them.

2. Jerash Citadel
One of the Roman's city.

3. Dead Sea
Try to get here. Tempat paling rendah bawah paras laut di bumi. Extremely hot!

4. Cave of seven sleepers
Dalam Al-quran ada menyebut tentang 7 lelaki yang lari dari pemerintahan raja dia dan tidur selama 309 tahun. This is it. Siap ada kubur dan tulang.

5. Petra
Juga disebut dalam al-quran tentang satu kaum yang diberi kelebihan mengukir di bukit.

6. Aqaba
The only town yang ada jual seafood dan ada laut yang cantik di Jordan. Haha.

7. Wadi Rum
Grand Canyon versi Arab. Penuh dengan padang pasir yang halus mulus. Sesuai gitu untuk menangkap gambar sunset.

Now, kita fly ke Istanbul, Turkey.

1. Blue Mosque or Sultanahmet Mosque.
Masjid yang penuh dengan tiles warna biru. Betul-betul berhadapan dengan AyaSophia.

2. Aya Sophia or Haghia Sophia. *Either one. Sama sahaja sebutannya.*
Church yang ditukar kepada masjid. Interesting sebab dia cuba korek balik lapisan masjid tu untuk discover balik gambar-gambar tinggalan church yang dibuat dari tiles.

3. Topkapi Museum.
It is believed that sini adalah tempat tinggal raja pemerintah Turkey dan dia menyimpan semua barang-barang berunsur Islam di sini such as, janggut nabi Muhammad s.a.w, tongkat nabi Musa a.s, Pedang-pedang sahabat nabi, Periuk nabi Ibrahim a.s, etc.

4. Grand Bazaar.
Ala-ala petaling street, lebih kepada Chow Kit Road, where you guys boleh beli barang-barang dengan cara tawar-menawar. Kadang-kadang pekedai tahu sikit-sikit cakap Melayu.

5. Egyptian Bazaar (Spice Bazaar).
Sini pun boleh nak tawar menawar. Most of the things here spices, tea, dried fruits. Sini pun ramai lah manusia Turkey cuba berlagak seperti tahu cakap Melayu as the matter of fact, mereka cuma tahu cakap, Selamat Datang, Apa Khabar, Khabar Baik, Abdullah Ahmad Badawi, Lelong, Murah, Cantik, etc.

6. Eminonou Balik Ekmek or Eminonou's Fish Sandwich
Boat yang digunakan untuk bakar ikan dan buat sandwich.

Puas hati makan sandwich besar gila!

7. Ice-cream stall.
Berada di mana-mana sahaja. Menggunakan taktik ice-cream jokes yang mana anda akan tertipu dengan mainan jokes ice-cream dia. Be careful, ask for the price first!

Then, that's it. Ada lagi tempat menarik, Iwrote again next time. :)