Wednesday, July 21, 2010

Remaja

You know saya bukanlah seorang manusia yang selayaknya memberi nasihat itu ini kepada orang. Tapi saya punya pendapat saya sendiri which is saya tahu semua orang juga punya pendapat masing-masing kan? Jadi ini blog saya makanya dengan itu saya boleh meluahkan apa sahaja di dalam blog ini. Saya tak suka nak mengkritik orang lain mengata, mengutuk orang lain secara directly sebab I know one day, umi or baba baca blog ini confirm saya kena delete balik entry yang saya kutuk habis semua orang itu seperti yang telah terjadi kepada adik kandung.

Ouh. If you all perasan, blog dia menjadi sehabis hipokrit yang mungkin sekarang. Haha. Pity you. Ah. By the way, kalau you guys peminat setia blogsipot dia, sila bersabar. She might not write anything for the time being sebab dia jatuh katil and patah tangan kiri. Ouh. Kalau tiba-tiba dia ada post something, saya akan tabik spring pada dia sebab berjaya menaip 1 entry yang penuh dengan tangan bersimen *clap.clap*.

Semua orang pernah lalui zaman remaja. Kadang-kadang kalau bekas teman lelaki ym, otak saya mula ligat fikirkan zaman remaja dulu. Ah. Bajet macam dah tua habis. Eheh. Ai muda lagi yu. Ai baru 22 tau. Kalau dulu, semua masalah even masalah yang kecil pun rasa besar. Then mula terasa seperti nak lari, nak bunuh orang, nak protes, nak mengamuk. Ah. Semua orang pernah rasa. Tipu lah kalau ada orang yang tak pernah rasa macam itu.

But then, bila kita pernah lalui zaman remaja itu, kita mesti nak selamatkan adik-adik kita yang mula nak merangkak masuk ke zaman remaja. Unless you guys anak bongsu, you tak perlu nak sibuk-sibuk pergi cakap dekat adik you, don’t do this, don’t you that.

Saya ada adik. 3 orang semuanya. Dulu masa adik perempuan mesej di handphone cakap dia ada boyfriend saya risau. Ah. Maaf ye adik kandung, aku cerita hal engkau. Risau lah. Tapi saya tak tunjuk saya risau. Gila? Jatuh lah saham kakak kandung tunjuk risau depan adik kandung. Ah. Siapa tak risau. Mana nak tahu, lelaki itu mainkan hati dia, dia hancur, ranap, menangis, meraung, tak ada siapa nak tolong. Tapi siapa tahu, dia kuat betul. Kena tinggal pun dia kuat. Tak apa. Tak risau dah.

Adik lelaki. Haih. Macam mana nak bagitahu dia, semua benda yang dia rasa dia mahu, sebenarnya tak perlu. Macam mana nak bagitahu, kawan-kawan bukanlah segala-galanya pabila sampai suatu masanya nanti mereka akan tinggalkan dia. Macam mana nak cakap, belajar dahulu, belajar lebih penting. Jujurnya saya juga punya kawan-kawan yang lebih tua. Seusia dengan baba pun ada. Tapi kita punya akal, sepatutnya kita tahu mana baik, mana buruk. Tak semestinya yang kawan kita lebih tua buat semuanya betul. Contoh, saya punya kawan berusia 30 tahun, dan dia kaki botol, otak kita ada, kawan tetap kawan, tapi ikut cara dia, mustahil. Macam mana nak cakap, tak perlu keluar rumah jam 1pagi ikut kawan-kawan seusia saya. Macam mana nak cakap, bila umurnya mencecah 20, kawan-kawan yang diagung-agungkan itu semua sudah pergi membawa haluan masing-masing?

Bongsu. Masih mendengar kata. Setakat ini kalau silap sikit, makian terus saya bagi. Kejap mukanya macam nak menangis. Tapi lepas saya gelak, dipukulnya pula saya. Ah. Adik. Adik. Manja betul. Haih.

Baba selalu cakap. Kita punya 2 kali waktu remaja. tak apa kita bazirkan zaman remaja sekarang dengan usaha untuk tua. Nanti di hari pengadilan kita punya waktu remaja yang lebih panjang.

8 comments:

  1. buduh! buduh! buduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

    ReplyDelete
  2. so entry ni tercetus lepas baba awak bagi nasihat la ye ? ^_^

    ReplyDelete
  3. nana; sabar ye.

    odin; no. nasihat baba tu mase skola dulu. ini berdasarkan pemerhatian.

    ReplyDelete
  4. as for me...

    every body have their own growing-up way...jadi semua kesalahan yang diorang buat...jadi pengajaran untuk hari depan diorang jugak kan...

    kita tak boleh nak halang sangat...tak boleh nak biar sangat...sebab istilah

    "bila dah terhantuk baru terngadah"

    itu perlu dalam menjalani kehidupan dan belajar....

    pergh!!....cakap macam uncle2 plak kan...hahaha....

    btw...i like this entry...good!!

    ReplyDelete
  5. radzi; mmg lar akn jd pengalaman. tp parents pown akn nmpk, mistake ank pertama,pengajaran utk didik anak kdua. kalo da sume bnda buat pown x bole nk pk. bile tegur, buat lg. tegur, buat lg. nk buat mcm mne lg kn.

    btw, awk kne sedar awk tu da 22. layak dah dipanggil uncle ye. haha.

    anyway, tenkiu radzi.

    ReplyDelete
  6. baba suka bg nasehat yg simple,tapi terbaekk....~

    ReplyDelete
  7. cis....

    saya masih muda ....and saya takkan biar budak budak panggil saya uncle....haha

    ReplyDelete
  8. anon; sy rase lar kn. awk nie mesti wanie kn. sbb suke sgt comment2 mcm nie. :P

    radzi; uncle radzi! hahaha.

    ReplyDelete