Monday, July 26, 2010

Tentang puasa yang hampir batal

For the first time ever. Puasa hari ini macam separuh mati. Eh. Tak tahu lah separuh mati itu macam mana kan, but still lemau gila saya hari ini. Ini semua gara-gara tak dinner+tak sahur plus skip my lunch. Great! Yeah! That's great! Padan muka sendiri. Gila tak pernah rasa teruk macam hari ini puasa babe.

Pagi-pagi oke lagi. Ada tenaga lagi. Naik tengah hari, badan dah start panas, kepala dah pening, kaki dah tak teras pijak pedal minyak. Balik rumah, dah flat atas katil. Cukup pukul 4 petang, bangun lah nak pergi ambil adik sekolah. Dalam hati siap doa, "Ya Allah, gagah kan aku hari ini. Jangan bagi jadi apa-apa. Tolong."

Masa nak keluar ambil adik, nampak baba balik. Thank God! Baba tolong pergi ambil adik, ikut sekali. Nak bangun tak larat. Langsung. All the way baring sahaja. Diam. Macam dah pengsan pun ada. Sampai rumah, badan dah menggeletar teruk. Elok baring. Konon-konon nak tidur. Paksa mata pejam. Lama-lama nafas tercungap-cungap. Time ni lah umi cakap; "Ada satu jam lagi, takkan nak pergi minum air?" Terasa macam balik ke zaman darjah 1. Darjah satu pun tak teruk macam ni. Yelah, mana nak teruk, dekat sekolah pergi minum air paip. Haha.

Sampai waktu berbuka, tiba-tiba macam nak muntah. Argh! Jangan muntah sekarang. Seharian dah ni. Berapa minit lagi, tahan ye, perut. Buka puasa, minum air je. Cuba nak makan nasi, cukup dua suap, nak bloated balik. Adoi. Perut, jangan buat hal. Sabar je lah. Baik stop. Teguk Marigold HL. Benda yang paling saya tak suka minum. Kira masuk top 10 tu, benda ini lah yang nombornya satu. SUSU. Mulut tak sedap. Naik atas kemam gula-gula. Now, I'm writing this pula. Hadoi. Teruk betul hari ini.

Next time tak mahu puasa kalau tak makan. Gatal betul skip-skip makan. Teruk. Dulu oke sahaja tak makan. Now dah tak boleh. Setiap hari mesti makan. Esok tak mahu puasa lagi. Break dulu kejap. Full up perut dulu. Bagi stabil balik. Khamis start balik. Tinggal dua hari lagi. Fuh. Teruk dart. Teruk. Esok nak pergi makan ikan keli bakar di seksyen 6. Lama dah tak makan. Hue.

Please note: Ah, sebut pasal ikan keli, teringat Arau, Encik Koboi, hujung tahun ini free tak? Saya mahu anda jadi tourist guide saya. Kalau anda boleh jadi tourist guide, nanti saya bagi upah kicap dari Malaysia. Hehe. Boleh kan? Umi anda yang suruh saya pergi melawat anda. Mesti bagi boleh juga tahu!

No comments:

Post a Comment