Sunday, July 11, 2010

Way of life

Kalau kita tengok orang pakai tudung dengan sanggul yang tinggi, kita kata dia cacat. Kalau kita Nampak perempuan merokok, kita kata dia perempuan jahat. Kalau kita nampak lelaki tua berkahwin dengan perempuan muda, kita kata perempuan itu nak bolot semua harta dia.

Orang Malaysia memang macam itu kan? Kadang-kadang saya dengar mulut orang mengata pada saya; ‘Ah, Malaysia pun tak habis pusing lagi, sibuk berjalan pergi negara orang.’ Saya tahu. Even Tanah suci pun saya tak pernah sampai lagi. Tanah suci ialah tempat untuk beribadat. Siapa tak mahu pergi? Semua orang yang beriman mahu pergi. Cuba faham satu perkara. Bila saya pergi negara orang, sekurang-kurangnya saya tahu cara dan gaya hidup orang.

Orang Malaysia kebanyakannya sama. Kalau kahwin, mesti time muda-muda. Kalau perempuan itu dah berumur 28 or 29 tahun, mula lah cakap, ‘lambat dah tu nak kahwin.’ Then she would say, ‘boyfriend I tak mahu kahwin lagi.’ Dia tunggu boyfriend dia rupanya. Sebab boyfriend dia tak ada duit nak kahwin awal, jadi dia sanggup tunggu umur dah dekat nak 30 baru nak kahwin.

Orang Malaysia kebanyakannya sama. Bila Nampak perempuan hisap rokok, habis dicemuhnya perempuan itu. Kata perempuan itu tak baik lah, perempuan murahan lah, macam-macam. Kenapa? Sebab perempuan merokok dekat Malaysia sangat sikit. Kawan saya merokok, sepupu saya merokok. Saya cuba untuk tidak mengutuk, memaki, mencemuh mereka.

Orang Malaysia kebanyakannya sama. Bila keluar satu trend, orang kutuk-kutuk. Trend kan biasanya orang perempuan yang sibuk nak ikut. Tengok lah dulu, kecoh pasal emo, start lah semua orang nak buat rambut macam ala-ala Noh Hujan, Justin ‘bibir’, My Chemical Romance, etc. Then ramai lah orang sibuk beli skirt hitam merah, baju hitam merah, mata pakai celak yang comot, etc. Sekarang trend baru, pakai tudung indon tu, and then ikat rambut tinggi-tinggi buat sanggul. Lepas tu ramai lah bloggers yang publish post pasal hadis ini;

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
“2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.”


Then menyumbang kepada kutukan dan makian kaum lelaki. Haha. Padan muka korang.

Oke. Serious balik. Macam ini, point saya sebenarnya mengenai travel ialah kita dapat kenal manusia. Manusia yang dengan gaya hidup lain, cara membesar lain, shopping lain, trend lain, tradisi lain. Contoh;

  1. Bila pergi Capetown, semua orang bangun pagi jam 10 dan pergi kerja jam 11 dan balik kerja seawal 5 petang. Malas? Bagi kita malas lah kan? Tapi bagi mereka biasa.
  2. Bila pergi London, setiap pagi semua orang berjalan laju-laju naik bas, naik train, etc. sebab nak pergi kerja cepat. Gila kerja? Tak. Sebab itu cara mereka.
  3. Bila pergi Jordan, tengok perempuan kepala macam alien. Sanggul tinggi gila dan kadang-kadang itu, lebih besar dari kepala sendiri. Bagi kita macam banggang kan? Bagi mereka biasa.
  4. Bila pergi Jordan, tengok perempuan arab berkepit dengan lelaki tua yang lebih kurang sebaya dengan ayahnya. Kadang-kadang malam sabtu, nampak perempuan yang cantik, make up seperti anak patung memakai gaun pengantin dan disebelahnya lelaki tua yang memakai tuxedo. Bagi kita pelik, tapi mereka biasa.
Faham tak maksudnya apa? Jangan lah kita kutuk-kutuk orang yang sibuk nak cari identity itu. Biarkan mereka. Kalau nak kutuk dalam hati tak apa. Cuba tegur dengan baik. Tapi serious. Saya pun tak suka perempuan buat sanggul tinggi-tinggi macam orang baru lepas bersalin. Haha.

4 comments:

  1. eip. terasa ke? haha. not u lar. blaming people yg kutuk2 sy tu. heh.

    ReplyDelete
  2. ini yang dikatakan nilai. nilai sesuatu perkara adalah berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain. yang penting kena ingat perkara itu tidak bercanggah dengan nilai-nilai islam.

    ReplyDelete
  3. yes. tepat sekali! most people dun see it kn? :)

    ReplyDelete