Wednesday, August 04, 2010

Antara Ikea's meatballs, jeruk buah Zaitun dan Secret Recipe

Sumber ihsan: Google image

Tanya pada semua orang, siapa tak kenal meatballs dekat Ikea? Semua orang kenal. Even orang yang duduk jauh di utara or selatan pun tak akan terlepas makan meatballs di Ikea kalau mereka datang ke KL. Ah. Saya mahu tahu. Apa yang sedap dengan meatballs di Ikea? I don’t really understand dengan orang ramai. Cuba bayangkan di Ikea itu tak ada meatballs. Cuba bayangkan meatballs itu dijual di Tesco. Adakah sambutannya akan menjadi semeriah Ikea? Confirm orang tak sebutnya “Craving for Tesco’s meatballs.”

Well, kalau bukan kerana Ikea, dah tentu orang tak ada sibuk-sibuk nak makan meatballs kan? Ibaratnya semua orang sibuk nak craving for secret recipe. Selama saya hidup lah kan, baru saya tahu secret recipe itu ada menjual makanan normal macam tomyam, fish ‘n chips, etc. Ingatkan jual kek sahaja. Apa lah yang sedap sangat kek secret recipe tu? Sedap lagi cheese cake umi buat. Tak muak pun kalau nak makan berbanding dengan kek secret recipe tu. Ah. Hari itu baba bawak balik kek secret recipe. Sampai hari ini, adalah dekat seminggu dua dalam peti sejuk itu. Tak ada orang makan pun. Tak sedap agak nya.

Sumber ihsan: Google image

By the way, apa kaitannya meatballs Ikea dengan buah zaitun? Haa. Hari ahad yang lepas. Sibuk nak puasa. Ganti puasa yang masih berbaki lah. Apa lagi. Gatal pula nak mengikut umi dengan baba pergi Ikea. Eh. Tak aci lah depa makan haku tak makan. Wajib lah dibungkus meatballs dan sausage. Ye. Time puasa semua orang tamak. Saya pun termasuk sekali. Konon lah tak cukup. Sausage tak nak pula lah besar lengan bayi. Itu pun nak kata tak cukup. Time diorang makan, saya sibuk letak food saya dalam container yang dibeli di Ikea semata-mata untuk bungkus makanan untuk bawak balik berbuka itu.

Masa diorang makan, perut tak lapar. Tengok je. Tak ada perasaan. Tak ada selera pun. Habis makan, jalan-jalan dalam Ikea sekejap. Habis berjalan, jalan-jalan area kedai di lorong bawah itu. Tiba-tiba ternampak kedai jual kurma, apricot, kuih-kuih arab, etc. Saya dengan umi pun masuk lah kedai itu. Usha punya usha, saya terpandang 1 botol kaca yang penuh dengan buah zaitun. Time tu boleh pula tertelan air liur. Berdosa betul. Nampak sangat jeruk buah zaitun berjaya mengalahkan Ikea’s meatballs, dan secret recipe. Haha.


Sumber ihsan: Google image

By the way guys, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Jangan tinggal-tinggal puasa. :)

3 comments:

  1. Kenapa adik awak post ni dekat Facebook ye?

    ReplyDelete
  2. ramadhan kareem babe!...i never eat ikea's meatball....tapi dah selalu dgr....wondering ape yg hebat sangat erk?...

    one day awak belanja saya erk....kita try pegi rasa...haha

    ReplyDelete
  3. Anon; sebab dia nk kutuk saya suka buah zaitun. dia tak makan.

    radzi; sy belanja? boleh. tp saya makan pun selalu tak habis. kalau 5biji tu, 3 je sy mkn. lepas itu saya x lalu da. haha.

    ReplyDelete