Tuesday, August 03, 2010

Baskin oh Baskin

Baru saya tahu sekarang. Susah nya nak cari duit. Ah. Kerja nya tahu menghabiskan duit sahaja. Tiba-tiba kena cari duit ya Allah renyah nya.

31 julai saya pergi kerja di Baskin Robin Jusco Bukit Raja, Klang. Nak pula time itu adalah hari promotion hujung bulan, untuk certain type of ice-cream dapat 31% off. Murah lah. Beli ais-krim setakat rm25, dapat murah nya rm18 memang tak berbaloi. Nampak off nya cikit sahaja. Kalau beli yang rm88 confirm puas hati, off dapat rm66 je. Syok ouh!

Tapi itu you guys sahaja lah yang syok. Kami tukang cedok ais-krim ini ingat syok ke? Hampeh ada lah. Time tu lah semua orang sibuk nak Jamoca Almond Fudge. Tak berebut-rebut pula lar kami ini nak cedok ais-krim itu kan. Lepas itu, lambat sikit, customer marah-marah. Haip! Tak patut taw. Tengok sikit lah. Ais-krim itu keras kut. Nak cedok bukan senang. Mintak half gallon siapa suruh? Kan dah lambat.

Anyway, kepada semua remaja-remaja, manusia-manusia yang tak tahu nak hargai duit, memboros sana sini. Ah. Ingatlah, kami di Baskin Robin nak cari RM3.50 pun kena kerja pulun selama sejam. Gila.



2 comments: