Wednesday, August 11, 2010

International Hacking Competition 2010

Berberapa minggu ini saya agak sibuk. Entry yang lepas ada sebut tentang kerja di Baskin Robin hujung Julai yang lepas. Hujung minggu lepas agak sibuk dengan program yang berlangsung di fakulti. International Hacking Competition. Saya jadi salah seorang sekreteriat bahagian tajaan. Tugas saya senang, jaga penaja yang datang buka booth di Laman Najib. Sebab cuma menjaga makan minum mereka, bantu mereka jika ada masalah. Selama dua hari, tak ada masalah langsung. :)

I-hack tahun ini, best gila. Hadiah 24K kami sediakan. Rugi kut siapa tak masuk. Tapi kalau yang hebat masuk, mesti persaingan sengit. Tengok pertandingan hacking and defense, first place nye markah yang dipungut, rm24K. 2 nd place Cuma dapat dalam belas2 ribu je. 3 rd place lagi tertinggal di belakang. Tapi penat kut. Duduk menghadap laptop 12jam (tempoh pertandingan) siapa yang mahu?

Sepanjang pertandingan, saya tengok tak ada pun lelaki-lelaki yang kacak or stylo ke, bukan nak kata saya menggatal ke apa, cuma kononnya nak cuci mata, sekali tak berkenan lah pula. Mungkin dah nama pun budak computer, life’s in front of the PC je. Bukan kerja nak jumpa client. Betul tak?

Ah. Siapa tak masuk tu, rugi betul, orang yang masuk, even tak menang, dapat baju, button, beg. Haaa. Yang paling penting, yang tak boleh beli di mana-mana. Experience. Siapa nak bagi experience dekat korang protect server sendiri sebaik-baiknya? Susah babe. Tapi tak apa. Lagi dua tahun ada lagi. Pertandingan terbuka kepad pelajar dan berumur 25tahun ke bawah sahaja. Yang lain, tengok boleh lah. Tapi kalau tak mahu rugi, lain kali masuk workshop. Mesti ada belajar juga. Ye lah, daripada tak tahu apa-apa kan?

Apa-apa hal, congratulations to UNIKL kerana telah membolot RM10,000 kerana memenangi tempat pertama dan kedua acara hacking and defense (First place: RM6000, Second place: RM4000). Congrats juga untuk MMU kerana membolot RM6000 untuk Forensic challenge (First place RM4000, Third place: RM2000).

Some of the pictures that had been taken:





No comments:

Post a Comment