Wednesday, August 11, 2010

Mohd Khairuddin yang ditanya-tanya telah muncul

Sekarang fenomena Mak Youtube semakin menjadi-jadi. Ramai orang mula tertanya-tanya siapa Mak Youtube yang tak habis-habis membuat video untuk anaknya ini? Macam-macam persoalan yng timbul. Ada yang kata dia berlakon, ada yang kata dia cuma buat iklan. Ramai juga tertanya-tanya, siapa Muhd Khairuddin ini? Handsome sangat ke dia ni sampai mak dia nak cerita about Cindy pula. Musykil kan?


Akhirnya, Muhd Khairuddin reply semua video mak dia dengan satu video pendek dengan satu mesej, “Mak buka lah website http://www.mohdkhairuddin.com/” Website yang kunun nya di buat khas untuk ibu dia. Tetapi sebenarnya website ini adalah untuk memperkenalkan Alliance You:nique Prepaid Card yang kononnya berfungsi seperti Credit Card tetapi perlu diisi wang terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Sama seperti penggunaan prepaid telefon, isi dahulu, baru guna. Untuk keterangan lanjut, boleh layari MohdKhairuddin.com


Tidak dilupakan juga, di dalam website MohdKhairuddin.com ini juga terdapat satu pertandingan di mana kita perlu menceritakan mengenai perkara yang ibu kita ceritakan yang telah memalukan kita sepertimana yang telah terjadi kepada Mohd Khairuddin ini. Pemenang tempat pertama akan mendapat Alliance You:nique Prepaid Card berharga RM3000. Ouh well, pertandingan ini memang sah saya tak akan masuk. Mustahil saya nak ceritakan hal ibu saya kepada dunia semata demi prepaid card bernilai RM3000 yang secara logic akalnya, mungkin tidak akan saya gunakan. Kepada mereka yang berminat, bolehlah mencuba nasib. Mana nak tahu menang ke kan?

Ini adalah video reply dari anak soleh Mohd Khairuddin.


6 comments: