Tuesday, August 03, 2010

Selamat Hari Jadian

Dah jam 12 malam. Konon nak jadi orang yang terakhir. Oke lah. Dah betul-betul terakhir lah nak wish birthday adik. Haha.

Adik. Hari ini (semalam, 2 ogos) birthday adik. Sehari sebelumnya sibuk tulis wishlist apa mahu untuk birthday. Tapi akak tak beli apa-apa pun. Haa. Nanti baru beli. Gaji baskin belum masuk. Tunggu masuk gaji akak beli lah baju sepasang. Haha. Baju je. Tak apa. Buat raya pun oke apa. Fine kalau tak mahu baju. Akak belikan sweater baru lah nanti. Kalau mampu. Haha.


Adik. Sekarang dah 12 tahun. Jangan gatal-gatal nak cari girlfriend pula. UPSR dahulu. Jangan ikut abang boy pula nak ada girlfriend. Muda lagi. Banyak lagi benda perlu buat. Angka giliran bila nak bagi? Jangan sampai akak pergi sekolah tanya angka giliran nanti. Haih. Risau betul. Orang nak UPSR angka giliran dah hafal, adik seorang je tak ingat sampai sekarang. Risau. Risau.

Adik. Bila adik nak tidur sendiri? Bilik tv dah jadi bilik adik. Pergi lah tidur bilik sendiri. Sibuk betul lah nak tidur bilik akak. Akak meragui betul dengan suara adik bila menjerit. Kalau ditanya, bersungguh-sungguh cakap belum baligh lagi. Haih. Kalau dah baligh jangan tidur dengan akak. Akak orang pertama tendang adik keluar bilik. Haha. Pergi lah tidur dengan abang boy tu. Kan sama-sama lelaki.


Adik. Malas nak cerita panjang. Nanti keluar cerita-cerita tak patut, umi bising suruh delete. Kantoi dah semua cerita pasal adik. Haha. By the way, sila jaga pemakanan. Anda semakin gemuk. Mana boleh berat adik dah 41kg sedangkan akak masih 39kg? Huh! I Lap U so strong lah. :)


2 comments:

  1. malas nk bandingkn dengan post kau. tgh moody nk piyed nie.

    ReplyDelete