Tuesday, August 10, 2010

Tentang luahan yang sedikit terlewatkan

Saya tahu, saya sedikit terlambat untuk menaip entry ini. But, there’s always a phrase better late than never. So, here is an entry especially to my mum.


Ummi.

Saya tahu, entry saya tidak sebagus adik kandung saya, tetapi entry ini datang dari ikhlasnya hati saya. Hue. saya rasa ummi saya paling best. Siapa nak cakap ummi dia tak best? Semua orang tak cakap macam itu kan. Unless masa kecil-kecil dulu ada lah rasa ummi lah paling tak rock. Paling tak best. Paling boring. Segala paling lah. Bila dah besar sikit. Baru lah tahu, kenapa ummi tak kasi pulang selepas maghrib, sampai kena kurung dalam toilet. Ummi tak kasi gatal-gatal. Ummi tak kasi buat itu, buat ini. hoh. Banyak lah. Semua ada sebab. Nama pun ummi. Mesti dia tahu yang terbaik.

Dulu saya nak ikut ummi saya amek master. Tapi bila dah besar, saya rasa tak mahu sambung master dah. Saya takut tak mampu. Jadi saya hold on. Saya nak buat degree lagi satu. Ada double degree mungkin oke kan? Mungkin lah. Sekarang ummi nak buat Phd pula. Ouh ummi saya jadi Dr lah. Terer. Terer. Saya tak boleh ikut ummi bab itu. Saya tahu lah saya pun lembab sikit nak mengingat benda. Tapi cepat paham. Tapi cepat lupa. Jadi, tak perlu lah susah-susah kan diri sambung master.

Ummi saya pandai masak. Dia masak kek paling sedap. Korang jangan berlagak kata mak korang pun pandai masak. Kalau orang lain pun tahu masak kek yang sedap, mesti orang lain tak tempah kek dengan ummi saya. *berlagak* ummi saya hebat buat kek kahwin. Cantik pula tu. Tapi dia jual dekat kawan-kawan sahaja kalau kawan-kawan dia tempah.

Sekarang saya menjalankan sikit dari tugas suri rumah. Jadi saya dah tahu betapa penatnya ummi masa saya kecil-kecil dahulu. Kesian ummi. Saya dah lah bukan anak yang baik. Haih. Jadi saya nak mintak ampun maaf pada ummi. Selamat hari lahir ummi. I love you. :)

No comments:

Post a Comment