Tuesday, September 28, 2010

Terima kasih untuk kasih sayang selama 3 tahun

Belum cukup sebulan cerita tentang Mr Dunhill sudah tua, belum cukup seminggu cerita tentang Mr Dunhill dapat girlfriend, hari ini dia koma tak sedarkan diri setelah kena sawan.

Ha. Macam mana nak describe sawan tu? Bila dia windows mula minimize dengan slownya sehingga mengambil masa satu jam untuk minimize sepenuhnya. Juga, berbunyi tit.. tit.. tit.. tit.. secara malar apabila ym di buzz oleh orang. Cis.

Petanda akan koma, apabila button start mula tidak berfungi, makanya saya sebagai jururawat peribadi, shutdown secara paksa dengan cara mencabut power supply. Kalau mengikut cerita House, bius untuk tidak sedarkan pesakit.

Haih.

Mr Dunhill, terima kasih untuk 3 tahun yang sangat bermakna. 3 tahun itu cukup lama untuk kita bekerjasama menyiapkan semua assignment-assignment saya. Ouh. Sangat terharu. Nanti saya rawat awak secepat mungkin. I love you.

Thursday, September 23, 2010

Jantina laptop anda

Ah. Selama ini suka hati saya sahaja meletakkan jantina pada laptop saya. Mr Dunhill is lelaki. Dan si merah is perempuan. So, hari ini saya terjumpa satu step mudah macam mana nak tahu jantina laptop yang kita gunakan sehari-harian ini.

Here are the steps taken:

  1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad: CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
  2. Selepas itu tekan save as. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti). Save as = love u.vbs
  3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."
Perhatikan suara yang keluar dari laptop you guys.

Selepas dikaji selidik, terbukti dengan jelas, tanpa diragui, Mr Dunhill memang lelaki. dan Si Merah memang perempuan. Ah. :)

Mr Dunhill dah ade girlfriend.

Masih ingat lagi tentang Mr Dunhill yang sakit itu? Isk. Tak sangka. Bila dia sakit, dia nak dapat girlfriend baru rupanya.

Lepas ini boleh guna girlfriend baru Mr. Dunhill pula. Tapi still, Mr Dunhill tak boleh dilupakan ouh. Nanti dia merajuk teruk, siapa yang mahu pujuk? Saya juga.

So, here we are. Introducing Mr Dunhill’s new girlfriend; Si Merah.


Ah, gambar google sahaja. Sebab malas nak pergi snap picture. Actually, baba belikan Si Merah ini. Ah, mungkin kerana terbaca entri yang lepas tu kan. Haha. Well, sangat mengancam lah Si Merah. Buat ai tertarik je yu taw. Geram betul. Sangat sayang. Rasa macam tak mahu keluarkan dari kotak lagi. Haha.

Anyway, thank you so much baba. Lepas ini boleh buat final year project dengan tenang. And jangan lah Mr Dunhill merajuk teruk kalau dia diabaikan. Amin. Huhu. :)

I love you Baba. Sayang lebih ah macam ni. Haha.

Sunday, September 19, 2010

Tentang raya seminggu

Seminggu raya sibuk habis. Kesana kemari pergi open house situ sini. Ouh. Rumah sendiri pun ada open house juga. Khamis yang lepas. Ada lah beberapa orang sahabat yang datang. Kawan-kawan boy datang sampai kul 12 malam. Semua jenis tak tahu siang-malam punya budak kan. Ah. Budak-budak zaman sekarang mana nak sama dengan zaman dulu. -.-“

Pergi beraya rumah Bobby hari Jumaat. Pergh. Tak naik gila lah kan jalan dekat Rawang tu. Jammed teruk. Nak pergi exit 1km pun ambil masa sejam. Baik lah tak payah pergi. Kalau macam ini, Bobby nanti kahwin dekat dewan luar Rawang lah. Senang semua orang nak datang. Tak payah masuk jammed. Haha. Pergi Andalas lepas Berjaya keluar dari Rawang. Terlewat sedikit. Hafizuddin dah tutup rumah, saya baru nak sampai. Tapi itu lah. Jemputan itu Wajib. Tunjuk muka, datang beraya pun oke. Lagipun katanya, petang itu sepanjang hari dia tak ada di rumah. Kawan-kawan semua menunggu sahaja. Lepas beraya rumah dia, pergi ke rumah Adam.

Oh my God (?) Kawan-kawan semua dah berubah. Sungguh. Kawan-kawan yang kecil time sekolah tiba-tiba jadi tinggi melangit macam KL Tower dah. Ada pula yang tu, yang kurus kering dulu dah macam bapa orang dah. Kalau pakai tudung pun orang boleh percaya mereka mengandung 3 bulan. Haha. Buncit! Haih. Time goes by, people do change a lot right? 5 tahun tak jumpa, baru macam ini. Esok lepas 5 tahun lagi, apa agak nya jadi ye. Sulu kalau jumpa semua sibuk cerita pasal kerja sekolah. Sekarang jumpa, semua sibuk cerita pasal kereta, kerja. Kalau perempuan, pasal tunang, kahwin, kerja. Huh. -.-“

Semalam open house rumah Lynn dekat setiawangsa, boleh pula sesat dekat Bukit Bintang. Haih la Bobby. Bagus betul driving. Sampai rumah dah petang, malam pergi open house lagi dua rumah. Buncit lah! Adoi. Ah. Sebut pasal driving, saya pernah tulis entry pasal lesen saya mati tahun lepas, entri Rojak. Hari itu saya nak ambil kumin dekat rumah dia di Damansara. Sampai area rumah dia, kena bagi lessen. Tiba-tiba Nana tegur, kenapa bagi lesen sambung, bagilah lesen mati. Fikir-fikir balik, lessen sambung saya dah sebulan mati. Teruk betul. Minggu depan baru nak pergi renew. Alarh. Nana ada, boleh jadi driver meh. Hee.

Cuti dah nak habis, final year poject apa cerita? Open house sana sini, nak tolak rugi. Rezeki babe. Jangan ditolak kan? Oke lah. Sementara Nana ada di rumah, boleh lah break sekejap dari memandu adik ke sekolah. Tumpukan pada FYP dulu. Argh! Stress pula sebut FYP. Senggugut pula rasa. Haha. Eh sudah lah. Banyak pula taip entry kali ini. Adoi.

Tuesday, September 14, 2010

Raya Touch n' Go

Kelmarin a friend of mine tanya, kenapa posting pasal tak puas hati dulu baru nak posting entry pasal raya? Here's my answer: Kalau post pasal raya dulu, nanti tak ingat nak tulis apa dekat post tak puas hati tu. Haha!

Ever since blogger pun ada statistic, sekarang saya cuma mengusha statistik post dari dashboard. Kalau tak dulu sibuk kena login nuffnang semata mahu tengok statistic dari mana orang datang, posting apa orang selalu tengok. Haha. Semalam punya entri pasal saya tak puas hati itu betul-betul jadi hit. apple punya pasal, naik jadi no 5 ranking dalam kategori all the time. Bagus betul readers blog ini kalau bab mengumpat ye.

Dah. Dah. Hari ini tak ada mengumpat-ngumpat. Kita cerita raya touch n' go versi family saya pula. oke? Kami gerak dari rumah pulang ke Kedah petang puasa terakhir tu. Sempat lah merasai sesak-sesak berbuka puasa di RnR Tapah tu. Sesak-sesak tu juga lah yang menjadikan kami sampai malam itu, tak terlalu lewat I think. Still pukul 11 ke 12 malam macam tu. Pagi raya saya tak boleh sembahyang raya. Jepun datang menyerang, perlulah angkat bendera putih untuk sembahyang raya di masjid. Rugi lah juga di situ. Tak mengapa.

Dalam jam 10 pagi, kelam kabut. Harus bersiap dengan segera. Mahu ke rumah Tok Ngah and Tok Long. Tak sempat nak tangkap gambar raya pagi itu. Well, kelam kabut punya pasal. Kata raya Touch n' Go. Biasa lah tu kan.

Rumah Tok Ngah. Serba sederhana.


Si kepoh di rumah Tok Long. Haha.

Isfarel. Handsome boy.
Pandai cakap 'bodoh' lebih dari perkataan lain. Haha.


Starting to love both of those pictures. :)

Raya kedua pagi-pagi dah gerak ke Sungai Petani. Melawat Tok Long sebelah Tok wan pula. Ah. Tengah hari baru sampai. Biasa lah tu. Tak perlu kelam kabut. Relaks je bawa slow-slow lah kan. Dalam jam 1.30 tengah hari, gerak lah kami pulang ke Terengganu. Pergh. Jam teruk di Jeli buat kan kami mengambil masa 11jam di atas jalan raya sahaja untuk tiba di Terengganu. Kejang habis bontot-bontot. Belum kira berapa kali berhenti rehat untuk makan, buang air, beli jajan. Haha. Masing-masing perut tong dram. Biasa la tu.

Jam 12 malam sampai lah kat rumah Cu di Gong Badak. Pergh. Penat punya pasal, mandi terus flat. And this is when pagi-pagi ada orang mesej yang menyebabkan saya panas baran tu. Ganggu tidur yang nyenyak di atas katil yang empuk sahaja. Pukul 9 pagi dah kena bangun siap-siap untuk pergi kenduri di Dungun. Saya tak runsing pasal baju kurung untuk dipakai, sebab sebelum tidur dah siap iron awal-awal. :)

Adik Siti. Bangun tidur belum mandi, tapi dah pakai baju raya.

Sebelum ke Dungun, haruslah melawat abang-abang yang lebih tua di rumah mereka. Utamakan yang lebih tua kan. Jadi kami singgah di Durian Burung and Pasir Panjang, then barulah gerak pergi Dungun.

Kak nona dengan Zaim currently at rumah Ayah Long (Abang Ummi di Durian Burung).

Kalau sampai rumah orang, saya orang pertama akan ke meja kuih raya.
Rumah Pak Long (abang Baba di Pasir Panjang.)

And now, family picture. From left;
sit behind: Nana, Me, Umi, Mak Long, Pak Long, Baba, Abang, Abang Ngah, Abang Long.
sit front: Kak Na, Nabila, Liyana, Aidil, Azam, Adik, Afuan, Boy.

Adik beradik kalau dah jumpa, borak-borak cerita lebat betul. Haha.

Bila dah habis raya, barulah gerak ke rumah kenduri kahwin, Che Ngah (kakak ummi) yang mengahwinkan anak dia Jukri. Agak petang baru sampai. Ye lah, bukan dekat Dungun-Kuala Terengganu. Makan sejam juga. Belum campur lepak dekat Masjid Marang untuk sembahyang Jama' Zohor-Asar.

Haziq anak Kak Long, cucu Che Ngah.

Afifah Najwa anak Kak Jamie, cucu Che Ngah.

Ayah Ngah agak patriotik. Rumah penuh dengan bendera Malaysia.
Jadi, ayahnda saya ini sibuk betul nak buat ala-ala Ketua Pengawas sekolah nak naikkan bendera Malaysia. Haha.

Ah. Habis raya, setelah dapat topup Celcom Rm10 dari Ayah Ngah sebagai duit raya, kami pun pulang. First time ever dapat duit raya dengan topup Rm10. Celcom pula tu. Siapa pakai Maxis sangat rugi. Tak boleh guna. Unless pergi jual pada kawan-kawan. Haha.

Balik rumah, jalan tak berapa jam. Kereta banyak, tapi masih smooth. Sampai rumah, flat! Mandi, tidur. As usual. Huhu. Raya touch n' go. Berani buat?

Monday, September 13, 2010

So yes I hates apples!

I tak suka girlfriend bekas teman lelaki. Ye lah. I tahu, I ex-girlfriend dia. Kalau I ada boyfriend pun I would hate my boyfriend's exs. Tapi tak ada lah sampai nak mengamuk pasal ex dia tulis dekat blog about dia datang raya rumah.

Well hello! Dia datang beraya rumah sebagai kawan. Apa masalah you nak mengamuk sampai benda macam itu pun boleh jadi gaduh? I don't care how much you hate me. Tapi perlu ke jadi tidak matang dengan marah-marah macam itu? So then, simpan sahaja boyfriend you tu dalam peti ais. Biar semua orang tak boleh kawan dengan dia. Maybe you akan puas hati lah macam itu. Ouh yes. Semua orang tak ada masalah kalau kawan dengan dia. TAPI kalau I yang kawan dengan dia, you ada masalah.

Tell me something, you jelouse? Yeah. I know. I pun akan jelouse. Tapi tak ada lah sampai suruh delete blog post. Yeah. FYI, I dah delete blog post pasal dia datang beraya di rumah. FYI juga, I delete bukan sebab you all gaduh, I delete sebab your boyfriend kept on texting and calling me time I tengah tidur pagi tadi. Which is MERIMASKAN. Sebab I dah lah letih naik kereta dari Kedah ke Terengganu, nak pula pagi tu kalau bangun kena duduk lagi dalam kereta dari Terengganu balik Bukit Jelutong. You guys punya masalah, dah buat orang lain serabut.

Tapi tak apa, ambil lah boyfriend you. Simpan dalam almari, jangan bagi dia call, text, ym, skype, email, or segala apa yang berkaitan yang membolehkan dia menghubungi I. Buatlah apa sahaja as long as you bahagia. Sikit pun I tak heranlah pasal boyfriend you. Sebab I couple dengan dia dulu berbanding you!

please note; so yes I tahu you akan baca entri ini. Including your boyfriend.

Wednesday, September 08, 2010

Mr Dunhill sudah tua

Mr Dunhill sudah semakin tua. Ya. Laptop kesayangan saya sudah semakin hari semakin di mamah usia. Dia sudah baligh. Suara sudah pecah. Kini saya hanya boleh menonton movie seorang sebab cuma saya boleh guna headphone jika mahu menonton movie. Atau dengar lagu-lagu jika kebosanan.

Mr Dunhill sudah semakin tua. Semua deria-deria (ports) sudah seperti tidak berfungsi. Kalau cucuk external harddisk ke, pendrive ke, cuma boleh read file, tak boleh copy, error akan keluar. Setiap kali ports digunakan, My Computer akan lambat berfungsi. Laptop akan tiba-tiba menjadi jammed. Task manager pun mengambil masa lebih kurang dua minit untuk keluar.

Mr Dunhill sudah semakin tua. Memory card reader pun dah tak boleh berfungsi. Tak boleh detect memory card langsung. Kalau mahu gambar-gambar dari camera, Perlu transfer ke laptop lain dahulu, baru boleh masuk ke dalam Mr Dunhill.

Mr Dunhill sudah semakin tua. Tolong bertahan sekejap. Saya ada lagi 3 bulan sahaja nak habis degree. Please. Saya butuh kamu untuk final year project saya. Tolong bertahan untuk saya.

Saturday, September 04, 2010

Blame me for the lack of updates

Blame me for the lack of updates. Bukan tak mahu update. Hari-hari pun nak update. Tapi kesibukan bulan puasa membuatkan kekurangan masa untuk update blog. Alah. Siapa sahaja yang mahu baca blog ini kan. Haha.

Banyak nak cerita sebenarnya. Tapi tak tahu mahu mula dari mana. Tahun ini tak terasa nak beraya. Pejam celik, pejam celik dah nak raya. Feel tak ada. Tapi baju raya ada 5 pasang. Macam mana tak sampai 5 pasang, dulu ada 2 pasang baju yang ditempah. Penat simpan berbulan-bulan. Ingatkan untuk raya, tiba-tiba umi bawa balik 2 pasang baju raya. Nana pula bawa balik jubah sehelai. Dah jadi 5 pasang. Haih. Bila nak pakai? Raya pun tak ada feel. Otak serabut fikirkan final year project yang tak pernah bersentuh ini. Adoi.

Bercakap tentang final year project, sepanjang puasa hari itu, dua minggu lebih wanie datang sini. Sebab kami ada project kuih raya. Haha. Ini lagi gila. Setiap hari tidur jam 4. Tak terkejut lah kalau dalam kelas boleh menguap berapa juta kali kan. Haha. Letih ouh. Kuih raya tak nak banyak. Tart nenas je nak 40 balang. Tapi tak mengapa. Demi sesuap nasi. Eh. Bukan. Demi mencari duit untuk membeli hadiah konvo dan hadiah birthday untuk diri sendiri kan, saya gagahkan juga badan berjaga malam. Huahua. Ayat nak minta simpati. Mengada betul.

Ah. Setelah 2 minggu lebih bersusah payah. Berpenat lelah. Bersengkang mata. Dan segala ber- lagi, ini adalah hasilnya;

Some of them.

It does look extremely delicious. Maaf lah. Tahun ini saya tak mahu buka order banyak-banyak. Walaupun umi suruh letak target berapa ribu ringgit nak jual tahun ini, target saya tahun ini nak siapkan order yang ada sebelum bulan 9. Sebab? Saya ada final year project yang tidak pernah disentuh untuk disiapkan dalam masa 2 bulan. Kerja gila kan? Haih.

Ouh ya! Dalam masa 2 minggu itu, adalah juga ambil cuti off-day sehari. Pergi berjalan-jaan di Sunway Pyramid. Jalan-jalan sahaja cukup lah. Nak membeli kuih belum jual. Lepas itu, pergi makan-makan di Flaming. Gosh! Tak sedap langsung. Yang bestnya makan sampai muntah. Tapi kuah nya tak sedap. Masin betul. Ah. Tak perlu lah nak pergi kalau tak makan masin.

Merujuk kepada tempoh membuat kuih selama dua minggu lebih itu, target menyiapkan kuih raya itu habiskan before 29haribulan. Kenapa? Kerana saya dipanggil bekerja di Baskin Robin lagi. Bulan ini ambil masa 3 hari pula. 29 th until 31 st. Ouh. About Wanie, dia pun kerja sekali. Naik gila juga la. Penat kan. Tapi itulah. Demi mencari duit poket. Huhu.

Manager punya lah sporting, ambil tempat paling depan untuk tangkap gambar.

Ouh yes, bulan lepas punya gaji elok disimpan dalam bank, saya keluarkan. Tujuan, membeli kek untuk Umi, Baba, and Adik. Celebrate sekali. Sebab nak beli ice-cream cake Baskin Robin. Huru-hara habis dapur itu bila dah semua sibuk nak makan kek itu. Nana bagi baba kereta replica mini cooper. Beli dekat Jordan. Smart. Umi lak dapat perfume. Fair and square dah tu. Harga pun sama.


Ah. Hari ini macam nak pergi shopping tudung untuk baju-baju raya yang 5 helai itu. And kelmarin baru pulang dari beli kasut raya. Crocs lagi. I loves crocs. :)

Sumber:crocs.com

Ouh well, apa-apa pun, Selamat Hari Raya semua! :)