Saturday, September 04, 2010

Blame me for the lack of updates

Blame me for the lack of updates. Bukan tak mahu update. Hari-hari pun nak update. Tapi kesibukan bulan puasa membuatkan kekurangan masa untuk update blog. Alah. Siapa sahaja yang mahu baca blog ini kan. Haha.

Banyak nak cerita sebenarnya. Tapi tak tahu mahu mula dari mana. Tahun ini tak terasa nak beraya. Pejam celik, pejam celik dah nak raya. Feel tak ada. Tapi baju raya ada 5 pasang. Macam mana tak sampai 5 pasang, dulu ada 2 pasang baju yang ditempah. Penat simpan berbulan-bulan. Ingatkan untuk raya, tiba-tiba umi bawa balik 2 pasang baju raya. Nana pula bawa balik jubah sehelai. Dah jadi 5 pasang. Haih. Bila nak pakai? Raya pun tak ada feel. Otak serabut fikirkan final year project yang tak pernah bersentuh ini. Adoi.

Bercakap tentang final year project, sepanjang puasa hari itu, dua minggu lebih wanie datang sini. Sebab kami ada project kuih raya. Haha. Ini lagi gila. Setiap hari tidur jam 4. Tak terkejut lah kalau dalam kelas boleh menguap berapa juta kali kan. Haha. Letih ouh. Kuih raya tak nak banyak. Tart nenas je nak 40 balang. Tapi tak mengapa. Demi sesuap nasi. Eh. Bukan. Demi mencari duit untuk membeli hadiah konvo dan hadiah birthday untuk diri sendiri kan, saya gagahkan juga badan berjaga malam. Huahua. Ayat nak minta simpati. Mengada betul.

Ah. Setelah 2 minggu lebih bersusah payah. Berpenat lelah. Bersengkang mata. Dan segala ber- lagi, ini adalah hasilnya;

Some of them.

It does look extremely delicious. Maaf lah. Tahun ini saya tak mahu buka order banyak-banyak. Walaupun umi suruh letak target berapa ribu ringgit nak jual tahun ini, target saya tahun ini nak siapkan order yang ada sebelum bulan 9. Sebab? Saya ada final year project yang tidak pernah disentuh untuk disiapkan dalam masa 2 bulan. Kerja gila kan? Haih.

Ouh ya! Dalam masa 2 minggu itu, adalah juga ambil cuti off-day sehari. Pergi berjalan-jaan di Sunway Pyramid. Jalan-jalan sahaja cukup lah. Nak membeli kuih belum jual. Lepas itu, pergi makan-makan di Flaming. Gosh! Tak sedap langsung. Yang bestnya makan sampai muntah. Tapi kuah nya tak sedap. Masin betul. Ah. Tak perlu lah nak pergi kalau tak makan masin.

Merujuk kepada tempoh membuat kuih selama dua minggu lebih itu, target menyiapkan kuih raya itu habiskan before 29haribulan. Kenapa? Kerana saya dipanggil bekerja di Baskin Robin lagi. Bulan ini ambil masa 3 hari pula. 29 th until 31 st. Ouh. About Wanie, dia pun kerja sekali. Naik gila juga la. Penat kan. Tapi itulah. Demi mencari duit poket. Huhu.

Manager punya lah sporting, ambil tempat paling depan untuk tangkap gambar.

Ouh yes, bulan lepas punya gaji elok disimpan dalam bank, saya keluarkan. Tujuan, membeli kek untuk Umi, Baba, and Adik. Celebrate sekali. Sebab nak beli ice-cream cake Baskin Robin. Huru-hara habis dapur itu bila dah semua sibuk nak makan kek itu. Nana bagi baba kereta replica mini cooper. Beli dekat Jordan. Smart. Umi lak dapat perfume. Fair and square dah tu. Harga pun sama.


Ah. Hari ini macam nak pergi shopping tudung untuk baju-baju raya yang 5 helai itu. And kelmarin baru pulang dari beli kasut raya. Crocs lagi. I loves crocs. :)

Sumber:crocs.com

Ouh well, apa-apa pun, Selamat Hari Raya semua! :)


9 comments:

  1. akk...terharu giler bce post ni..keh3~

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cik punya blog. Selamat hari raya. Lama tak singgah sini. Kamu sihat tak Dart? Selamat hari raya again yea.

    ReplyDelete
  3. anon; sape anon nie? part mane terharu tu?

    grunge; wah1 lama gila menyepi, selamat hari raya. :)

    ReplyDelete
  4. thanks for birthday cake

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya Dart :D
    xtau lak ko wat bisnes kuih raya

    ReplyDelete
  6. odin; slamat ari raya babe. huhu. itu lah aku rahsia kn. hehe.

    ReplyDelete
  7. patutnyer promote jerk kat fb .. senang kawan kawan nak beli ..

    ReplyDelete
  8. odin; lorh. kau nk beli ke? aku x terpikir kwn2 nk beli.

    ReplyDelete