Wednesday, September 08, 2010

Mr Dunhill sudah tua

Mr Dunhill sudah semakin tua. Ya. Laptop kesayangan saya sudah semakin hari semakin di mamah usia. Dia sudah baligh. Suara sudah pecah. Kini saya hanya boleh menonton movie seorang sebab cuma saya boleh guna headphone jika mahu menonton movie. Atau dengar lagu-lagu jika kebosanan.

Mr Dunhill sudah semakin tua. Semua deria-deria (ports) sudah seperti tidak berfungsi. Kalau cucuk external harddisk ke, pendrive ke, cuma boleh read file, tak boleh copy, error akan keluar. Setiap kali ports digunakan, My Computer akan lambat berfungsi. Laptop akan tiba-tiba menjadi jammed. Task manager pun mengambil masa lebih kurang dua minit untuk keluar.

Mr Dunhill sudah semakin tua. Memory card reader pun dah tak boleh berfungsi. Tak boleh detect memory card langsung. Kalau mahu gambar-gambar dari camera, Perlu transfer ke laptop lain dahulu, baru boleh masuk ke dalam Mr Dunhill.

Mr Dunhill sudah semakin tua. Tolong bertahan sekejap. Saya ada lagi 3 bulan sahaja nak habis degree. Please. Saya butuh kamu untuk final year project saya. Tolong bertahan untuk saya.

4 comments:

  1. masa untuk membeli baru .. :)

    ReplyDelete
  2. beli netbook je. murah dan sng nak dibawa kemana2 :D

    ReplyDelete