Tuesday, September 14, 2010

Raya Touch n' Go

Kelmarin a friend of mine tanya, kenapa posting pasal tak puas hati dulu baru nak posting entry pasal raya? Here's my answer: Kalau post pasal raya dulu, nanti tak ingat nak tulis apa dekat post tak puas hati tu. Haha!

Ever since blogger pun ada statistic, sekarang saya cuma mengusha statistik post dari dashboard. Kalau tak dulu sibuk kena login nuffnang semata mahu tengok statistic dari mana orang datang, posting apa orang selalu tengok. Haha. Semalam punya entri pasal saya tak puas hati itu betul-betul jadi hit. apple punya pasal, naik jadi no 5 ranking dalam kategori all the time. Bagus betul readers blog ini kalau bab mengumpat ye.

Dah. Dah. Hari ini tak ada mengumpat-ngumpat. Kita cerita raya touch n' go versi family saya pula. oke? Kami gerak dari rumah pulang ke Kedah petang puasa terakhir tu. Sempat lah merasai sesak-sesak berbuka puasa di RnR Tapah tu. Sesak-sesak tu juga lah yang menjadikan kami sampai malam itu, tak terlalu lewat I think. Still pukul 11 ke 12 malam macam tu. Pagi raya saya tak boleh sembahyang raya. Jepun datang menyerang, perlulah angkat bendera putih untuk sembahyang raya di masjid. Rugi lah juga di situ. Tak mengapa.

Dalam jam 10 pagi, kelam kabut. Harus bersiap dengan segera. Mahu ke rumah Tok Ngah and Tok Long. Tak sempat nak tangkap gambar raya pagi itu. Well, kelam kabut punya pasal. Kata raya Touch n' Go. Biasa lah tu kan.

Rumah Tok Ngah. Serba sederhana.


Si kepoh di rumah Tok Long. Haha.

Isfarel. Handsome boy.
Pandai cakap 'bodoh' lebih dari perkataan lain. Haha.


Starting to love both of those pictures. :)

Raya kedua pagi-pagi dah gerak ke Sungai Petani. Melawat Tok Long sebelah Tok wan pula. Ah. Tengah hari baru sampai. Biasa lah tu. Tak perlu kelam kabut. Relaks je bawa slow-slow lah kan. Dalam jam 1.30 tengah hari, gerak lah kami pulang ke Terengganu. Pergh. Jam teruk di Jeli buat kan kami mengambil masa 11jam di atas jalan raya sahaja untuk tiba di Terengganu. Kejang habis bontot-bontot. Belum kira berapa kali berhenti rehat untuk makan, buang air, beli jajan. Haha. Masing-masing perut tong dram. Biasa la tu.

Jam 12 malam sampai lah kat rumah Cu di Gong Badak. Pergh. Penat punya pasal, mandi terus flat. And this is when pagi-pagi ada orang mesej yang menyebabkan saya panas baran tu. Ganggu tidur yang nyenyak di atas katil yang empuk sahaja. Pukul 9 pagi dah kena bangun siap-siap untuk pergi kenduri di Dungun. Saya tak runsing pasal baju kurung untuk dipakai, sebab sebelum tidur dah siap iron awal-awal. :)

Adik Siti. Bangun tidur belum mandi, tapi dah pakai baju raya.

Sebelum ke Dungun, haruslah melawat abang-abang yang lebih tua di rumah mereka. Utamakan yang lebih tua kan. Jadi kami singgah di Durian Burung and Pasir Panjang, then barulah gerak pergi Dungun.

Kak nona dengan Zaim currently at rumah Ayah Long (Abang Ummi di Durian Burung).

Kalau sampai rumah orang, saya orang pertama akan ke meja kuih raya.
Rumah Pak Long (abang Baba di Pasir Panjang.)

And now, family picture. From left;
sit behind: Nana, Me, Umi, Mak Long, Pak Long, Baba, Abang, Abang Ngah, Abang Long.
sit front: Kak Na, Nabila, Liyana, Aidil, Azam, Adik, Afuan, Boy.

Adik beradik kalau dah jumpa, borak-borak cerita lebat betul. Haha.

Bila dah habis raya, barulah gerak ke rumah kenduri kahwin, Che Ngah (kakak ummi) yang mengahwinkan anak dia Jukri. Agak petang baru sampai. Ye lah, bukan dekat Dungun-Kuala Terengganu. Makan sejam juga. Belum campur lepak dekat Masjid Marang untuk sembahyang Jama' Zohor-Asar.

Haziq anak Kak Long, cucu Che Ngah.

Afifah Najwa anak Kak Jamie, cucu Che Ngah.

Ayah Ngah agak patriotik. Rumah penuh dengan bendera Malaysia.
Jadi, ayahnda saya ini sibuk betul nak buat ala-ala Ketua Pengawas sekolah nak naikkan bendera Malaysia. Haha.

Ah. Habis raya, setelah dapat topup Celcom Rm10 dari Ayah Ngah sebagai duit raya, kami pun pulang. First time ever dapat duit raya dengan topup Rm10. Celcom pula tu. Siapa pakai Maxis sangat rugi. Tak boleh guna. Unless pergi jual pada kawan-kawan. Haha.

Balik rumah, jalan tak berapa jam. Kereta banyak, tapi masih smooth. Sampai rumah, flat! Mandi, tidur. As usual. Huhu. Raya touch n' go. Berani buat?

2 comments:

  1. First, thanks sebab ajo tengok pasal statistic tu. Baru tau ada stat dekat dashboard. Secondly, wah nampak pro lar Dart pegang baby tu. Dah boleh dah tu. :P

    ReplyDelete
  2. grunge; haha. bole lak baru tahu ni. eh. blom bole lagi ni. lambat lagi ni.

    ReplyDelete