Sunday, September 19, 2010

Tentang raya seminggu

Seminggu raya sibuk habis. Kesana kemari pergi open house situ sini. Ouh. Rumah sendiri pun ada open house juga. Khamis yang lepas. Ada lah beberapa orang sahabat yang datang. Kawan-kawan boy datang sampai kul 12 malam. Semua jenis tak tahu siang-malam punya budak kan. Ah. Budak-budak zaman sekarang mana nak sama dengan zaman dulu. -.-“

Pergi beraya rumah Bobby hari Jumaat. Pergh. Tak naik gila lah kan jalan dekat Rawang tu. Jammed teruk. Nak pergi exit 1km pun ambil masa sejam. Baik lah tak payah pergi. Kalau macam ini, Bobby nanti kahwin dekat dewan luar Rawang lah. Senang semua orang nak datang. Tak payah masuk jammed. Haha. Pergi Andalas lepas Berjaya keluar dari Rawang. Terlewat sedikit. Hafizuddin dah tutup rumah, saya baru nak sampai. Tapi itu lah. Jemputan itu Wajib. Tunjuk muka, datang beraya pun oke. Lagipun katanya, petang itu sepanjang hari dia tak ada di rumah. Kawan-kawan semua menunggu sahaja. Lepas beraya rumah dia, pergi ke rumah Adam.

Oh my God (?) Kawan-kawan semua dah berubah. Sungguh. Kawan-kawan yang kecil time sekolah tiba-tiba jadi tinggi melangit macam KL Tower dah. Ada pula yang tu, yang kurus kering dulu dah macam bapa orang dah. Kalau pakai tudung pun orang boleh percaya mereka mengandung 3 bulan. Haha. Buncit! Haih. Time goes by, people do change a lot right? 5 tahun tak jumpa, baru macam ini. Esok lepas 5 tahun lagi, apa agak nya jadi ye. Sulu kalau jumpa semua sibuk cerita pasal kerja sekolah. Sekarang jumpa, semua sibuk cerita pasal kereta, kerja. Kalau perempuan, pasal tunang, kahwin, kerja. Huh. -.-“

Semalam open house rumah Lynn dekat setiawangsa, boleh pula sesat dekat Bukit Bintang. Haih la Bobby. Bagus betul driving. Sampai rumah dah petang, malam pergi open house lagi dua rumah. Buncit lah! Adoi. Ah. Sebut pasal driving, saya pernah tulis entry pasal lesen saya mati tahun lepas, entri Rojak. Hari itu saya nak ambil kumin dekat rumah dia di Damansara. Sampai area rumah dia, kena bagi lessen. Tiba-tiba Nana tegur, kenapa bagi lesen sambung, bagilah lesen mati. Fikir-fikir balik, lessen sambung saya dah sebulan mati. Teruk betul. Minggu depan baru nak pergi renew. Alarh. Nana ada, boleh jadi driver meh. Hee.

Cuti dah nak habis, final year poject apa cerita? Open house sana sini, nak tolak rugi. Rezeki babe. Jangan ditolak kan? Oke lah. Sementara Nana ada di rumah, boleh lah break sekejap dari memandu adik ke sekolah. Tumpukan pada FYP dulu. Argh! Stress pula sebut FYP. Senggugut pula rasa. Haha. Eh sudah lah. Banyak pula taip entry kali ini. Adoi.

No comments:

Post a Comment