Tuesday, September 28, 2010

Terima kasih untuk kasih sayang selama 3 tahun

Belum cukup sebulan cerita tentang Mr Dunhill sudah tua, belum cukup seminggu cerita tentang Mr Dunhill dapat girlfriend, hari ini dia koma tak sedarkan diri setelah kena sawan.

Ha. Macam mana nak describe sawan tu? Bila dia windows mula minimize dengan slownya sehingga mengambil masa satu jam untuk minimize sepenuhnya. Juga, berbunyi tit.. tit.. tit.. tit.. secara malar apabila ym di buzz oleh orang. Cis.

Petanda akan koma, apabila button start mula tidak berfungi, makanya saya sebagai jururawat peribadi, shutdown secara paksa dengan cara mencabut power supply. Kalau mengikut cerita House, bius untuk tidak sedarkan pesakit.

Haih.

Mr Dunhill, terima kasih untuk 3 tahun yang sangat bermakna. 3 tahun itu cukup lama untuk kita bekerjasama menyiapkan semua assignment-assignment saya. Ouh. Sangat terharu. Nanti saya rawat awak secepat mungkin. I love you.

2 comments:

  1. awak! kite punye lappy lagi lah. bukan sawan. trus koma. bile start tak sampe masok window dah of.kadang kadang tibe tibe restart sendiri. gile! nak tuka sayang sebab dah 4 tahun. haih.

    ReplyDelete
  2. motherboard prob tu syg. pergi baiki. bese la tu. nk mnje2 ngn tuan.

    ReplyDelete