Tuesday, October 26, 2010

Amsterdam yeay!

Hey guys.

Semalam saya ada paper IPK503. Semalam juga lah saya kena hantar 1st draft thesis saya. Ah well, ada lagi seminggu untuk paper seterusnya. I mean, lebih kurang seminggu lah. Well this week, saya akan sedikit sibuk.

This is how my schedule would be:

Isnin : Exam IPK503, 1st draft thesis
Selasa: Flight to Amsterdam
Rabu : Amsterdam
Khamis : Amsterdam
Jumaat : Flight back to KL
Sabtu : Kenduri kahwin Peq di Sepang, kerja di BR
Ahad : Kerja di BR
Isnin (1Nov) : 2nd draft thesis

Hoho. Sibuk. Sibuk. Dah. Jangan cakap banyak. Ouh yah. I'm off to Amsterdam. Siapa nak kirim barang? Adam cakap; "Aku nak kirim ganja. Haha!" Dengan gelak jahat kau tu. Sengaja nak kenakan aku. Bajet aku nak jadi lurus bendul nak ikut cakap kau? Cis. Saja je kau kan?

Hah! Oke. Siapa nak kirim barang? Bukan suruh beli souvenir ye. Kirim barang tu, kirim dan bayar balik pada saya berapa harga barang tu. Haha. Souvenir jangan mintak. Saya pergi sekadar nak basuh kaki kat sana then balik la. Sebab tu pergi 2 hari je. Haha.

Dah penat taip. Bye semua! :)

Sunday, October 24, 2010

Hye Si Merah.

Hye Si Merah.
Peringatan untuk awak.
Tolong jangan buat saya marah.
Nanti saya campak awak dari tingkat 4 rumah Capa.
Kalau agak-agak nak buat hal lagi, boleh tak, tunggu time dah habis presentation fyp?
Dah pakai windows ori, software ori, pun nak buat hal lagi ke?
Ini dah kali kedua awak buat hal macam ini.
Agak-agak kalau nak masuk ICU dengan boyfriend awak Mr Dunhill tu, tunggu lepas 15hb boleh tak?
Sekali lagi peringatan, tolong jangan buat hal.
Nak exam, nak VIVA dah ni.
Ini bukan waktunya untuk bermain; "I'm crash, Fix me!"
Jangan buat saya stress sekarang.
Sangat tidak kelakar.

Layout baru :)

Nah. Musim exam, background pun perlu ada unsur-unsur exam juga.

Masuk exam jangan lupa bawa calculator. Harus ingat, bateri calculator jangan dihabiskan. :)

Saturday, October 23, 2010

Facebook account

Facebook account saya dah deactivate. Selagi facebook tu ada, selagi itu sibuk nak buka untuk main game. Sekarang senang, tak payah buka. Karang tak pasal-pasal, menangis seorang-seorang sebab tak siap first draft for thesis. Duh -.-"

Siapa-siapa yang mahu contact saya secara terus, mesej sahaja di nombor celcom or maxis saya. Kalau tak ada nombor, boleh ym. Dekat tepi sebelah kanan itu ada link untuk add.

Kalau nak cara lama, boleh email. Nanti saya reply; tong_sampah_masyarakat@yahoo.com
Thank you. :)

Exam and VIVA

Exams. Exams. Exams. Semua posting blog students mesti cerita pasal exams. Yeah. And as for me. Same je dengan semua orang. Tak ada beza pun. Cuma bezanya sem ini ade VIVA.

Seluar jeans saya semakin longgar, so now akan mula lah zaman gelap di mana saya akan terperap dalam bilik memerhatikan baris-baris ayat dalam buku dan cuma memahami dengan sejelas-jelas nya apa yang ditulis dalam setiap buku-buku eh, tak! Dalam setiap nota-nota yang saya print. Saya tak beli buku. Lupa pula. Dah senior kata orang, malas nak beli. Normal la tu. Typical student.

Sebab sem ini ada VIVA, so now is the time juga saya akan cuba merenung Microsoft Words mengharapkan keluar segala ayat-ayat bombastic yang membolehkan saya menggoreng di dalam Thesis yang perlu dihantar selepas presentation VIVA saya.

Ah. Tolong ye, saya ulang sekali lagi TOLONG jangan tanya, "Dart, kenapa kau makin kurus ni? Tak makan ke?" Adalah diingatkan di sini, bila tibanya zaman saya bergelap di dalam bilik, itu adalah zaman saya akan mengurangkan diri bergerak ke dapur untuk semata mencari makanan. Makanya dengan itu, saya simpulkan, saya kurang makan bila saya ada exam. Sila paham, dan jangan banyak tanya oke?

Buat semua orang yang sibuk nak ambil exam seperti saya, "Semoga berjaya!"
Buat mereka yang rasa nak kurus, boleh amalkan apa yang saya lalui sekarang. Haha! Jangan! Gurau je. Tak elok untuk kesihatan tahu? :)

Friday, October 08, 2010

Kalam Tuhan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Praise be to Allah, Lord of the universe.
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Most Gracious, Most Merciful.
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Sovereign of the Judgement Day
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
You alone we worship, and Thine aid we seek.
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Show us the straight path,
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
(They are) the road that you have to give favors to them is not (the way) they are condemned and not the (way too) those who go astray.

Sumber: tokeikedai


Bila baca balik kalam Tuhan, rasa jauh nya saya dengan Dia.
Bila baca balik satu-satu ayat dari muka pertama, rasa cacatnya bacaan saya.
Teruknya.
Lama sangat tinggalkan Kitab suci itu, sampai baca pun tercungap-cungap, tergagap-gagap.


"Ya Allah, ampunilah Wardati kerana alpa seketika."

Janganlah ditutup hidayah mu padaku, sesungguhnya aku butuh hidayahmu ya Allah.

Thursday, October 07, 2010

Rehatkan otak, relakskan minda

Nah, sekarang sudah nak masuk hujung tahun. Semua sibuk dengan final year project, sibuk dengan exams, sibuk dengan kerja-kerja assignment.

Why not kita ambil masa 10 minit, relax kan otak kita, tengok video ini.
Sila perhatikan budak yang memakai pampers sebagai costume dia untuk dance ini.



Salute gila budak ini. Pampers dah siap jatuh, dia boleh capai balik, untuk cover balik. Tanpa mencacatkan tarian dia. Tabik! Tabik! :)