Saturday, October 23, 2010

Exam and VIVA

Exams. Exams. Exams. Semua posting blog students mesti cerita pasal exams. Yeah. And as for me. Same je dengan semua orang. Tak ada beza pun. Cuma bezanya sem ini ade VIVA.

Seluar jeans saya semakin longgar, so now akan mula lah zaman gelap di mana saya akan terperap dalam bilik memerhatikan baris-baris ayat dalam buku dan cuma memahami dengan sejelas-jelas nya apa yang ditulis dalam setiap buku-buku eh, tak! Dalam setiap nota-nota yang saya print. Saya tak beli buku. Lupa pula. Dah senior kata orang, malas nak beli. Normal la tu. Typical student.

Sebab sem ini ada VIVA, so now is the time juga saya akan cuba merenung Microsoft Words mengharapkan keluar segala ayat-ayat bombastic yang membolehkan saya menggoreng di dalam Thesis yang perlu dihantar selepas presentation VIVA saya.

Ah. Tolong ye, saya ulang sekali lagi TOLONG jangan tanya, "Dart, kenapa kau makin kurus ni? Tak makan ke?" Adalah diingatkan di sini, bila tibanya zaman saya bergelap di dalam bilik, itu adalah zaman saya akan mengurangkan diri bergerak ke dapur untuk semata mencari makanan. Makanya dengan itu, saya simpulkan, saya kurang makan bila saya ada exam. Sila paham, dan jangan banyak tanya oke?

Buat semua orang yang sibuk nak ambil exam seperti saya, "Semoga berjaya!"
Buat mereka yang rasa nak kurus, boleh amalkan apa yang saya lalui sekarang. Haha! Jangan! Gurau je. Tak elok untuk kesihatan tahu? :)

No comments:

Post a Comment